
Alhamdulillah… saya dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan yang sihat, comel dan senang dididik. Lihat sahajalah gelagat mereka, sentiasa buat mama tersenyum.
Proses melahirkan ketiga-tiga anak ini sangat mudah. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang komplikasi, proses yang lama, sakit berpanjangan, sakit sekejap-sekejap dan pelbagai lagi yang seringkali menjadikan ibu-ibu fobia untuk mengandung lagi.
Oleh itu, entri ini akan saya kongsikan petua yang saya amalkan yang kemungkinan besar menjadi sebab utama kepada saya untuk mudah bersalin.
Sebelum itu, saya ingin mengimbau semula detik-detik saya melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga.
Masa kelahiran anak pertama, suami sempat berada di sisi saya. Beliau memperalunkan bacaan-bacaan doa dan zikir.
Masa anak kedua, suami tidak sempat kerana proses bersalin saya terlalu cepat. Masa sampai di hospital, bukaan saya sudah 8cm. Ketika itu, suami sedang sibuk membuat pendaftaran masuk labour room.
Masa anak ketiga pula, saya langsung tidak rasa simptom-simptom nak bersalin. Alhamdulillah dengan sekali teran, bayi ketiga telah selamat dilahirkan tanpa sempat disambut suami juga.
Haaaa…. lepas ni, untuk mengelakkan suami tidak sempat menyambut kelahirkan anak-anak, maka suami tidak boleh ke mana-mana lah, takut pisang berbuah tiga kali.
Pihak hospital sering menyangka saya sudah terasa sakit lama di rumah dan sengaja melengahkan ke hospital. Padahal, saya memang tidak terasa apa-apa.
Suami pecut ke hospital pun sebab secara tiba-tiba keluar darah atau air ketuban sudah pecah.
Sejak dari pengalaman tiga kali itu, ramai yang bertanyakan apa yang saya amalkan sehingga semudah itu saya bersalin.
Petua Mudah Bersalin

Sebelum ke petua bersalin, bagi yang belum mengandung saya syorkan anda amalkan vitamin cinta berahi suami isteri dan set kesuburan Shaklee.
Bagi yang sukar hamil, sila baca artikel PCOS yang mungkin menjadi punca anda sukar hamil.
Bagi yang pernah mengandung tapi gugur, ikuti pengalaman dua kali yang cukup bermakna bagi saya.
Insya-Allah saya akan cuba perincikan setiap satu petua mudah bersalin yang saya amalkan.
1. Amalkan Bacaan Surah Maryam
Semasa mengandung, saya tidak pernah miss baca surah Maryam. Paling kurang sekali dalam sehari.
Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Semasa sampai dekat ayat sujud tilawah tu, memang saya akan sujud. Setiap kali dalam sujud, saya akan berdoa supaya dipermudahkan bersalin.
2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, saya akan pastikan saya khatam Al-Quran sekali.
Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.
3. Selalu Bersenam.
Nak bersenam sendiri tak pandai, akhirnya saya ikut video melalui YouTube sebagai panduan.
4. Jaga pemakanan
Saya tidak sesekali makan makanan yang ada MSG, makanan ringan, organ dalaman termasuk hati dan paru-paru, walaupun di luar kehamilan.
Ada pendapat mengatakan makan hati baik untuk ibu hamil, tapi bagi saya tidak. Ibu boleh rujuk kajian tentang pertembungan sains dengan agama untuk penerangan lebih terperinci.
Sebarang jenis pil seperti ubat tahan muntah & paracetamol juga saya elakkan sama sekali. Kalau boleh tak nak ada sebarang jenis dadah di dalam tubuh kita dan tubuh bayi dalam kandungan.
5. Amalan Doa & Selusuh
Saya amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan sudah masuk 7 bulan, di samping mengamalkan minum minyak selusuh dan sapu di perut dari atas ke bawah, bertujuan memudahkan bayi meluncur keluar.
Kata orang-orang tua, paling baik minyak selusuh itu suami yang buatkan. Tapi saya cuma dapatkan minyak selusuh moden dari minyak kelapa dara keluaran Tropika.
6. Kerap Bersama Suami
Saya kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original.
Jika mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.
Dengan kata lain, terdapat risiko keguguran bagi hubungan seks di awal kehamilan, kerana air mani bertindak ‘membuka’ rahim secara semulajadi, yang kemudiannya menggugurkan kandungan jika rahim tidak cukup kuat ‘memegang’ kandungan.
Namun begitu, tidak semua pengamal perubatan bersetuju dengan pendapat air mani penyebab kontraksi ini. Ada juga yang pengamal perubatan yang menafikannya.
Maka terpulang kepada individu untuk mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai.
7. Elakkan Terlalu Berehat
Saya selalu duduk itik masa buat kerja-kerja rumah, seperti kemas mainan anak-anak.
Saya juga membanyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
8. Pemakanan Sunnah
Saya mengamalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan.
Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.
9. Berendam Sebelum Ke Hospital
Sebelum ke hospital, saya terlebih dahulu berendam air suam, untuk mempercepat proses bersalin.
Tak semestinya perlu ada bathtub, kolam renang kanak-kanak pun sudah memadai.
10. Pastikan Tenaga Mencukupi
Saya akan pastikan tenaga saya mencukupi sebelum masuk labour room. Saya makan secukupnya bagi mengelakkan letih dan lapar sewaktu bersalin.

Saya juga minum segelas minuman Performance® dari Shaklee bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kekeringan (dehidrasi).
Performance® juga berfungsi memulihkan tenaga yang banyak hilang sepanjang sesi bersalin.
Saya sangat syorkan pengambilan Performance® ini.
11. Posisi Bebas, Ikut Fitrah
Semasa dalam kontraksi, saya berposisi mengikut apa yang saya suka, tidak semestinya berbaring terlentang sepanjang masa.
Jururawat pun ramai yang sedia maklum akan hal posisi ini, jadi ibu tidak perlu takut dimarahi oleh jururawat.
Dalam hati dan minda, kuatkan percaya pada fitrah, insya-Allah dipermudahkan.

Percayalah, tiada yang lebih indah selain saat seorang ibu melahirkan anak dengan penuh ketenangan.
12. Jangan Meneran (straining)
Sewaktu saya terasa sakit masa kontraksi, saya tidak meneran.
Saya sentiasa kawal diri untuk tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.
Meneran bermaksud menekan atau memberi tekanan kepada otot-otot tertentu seperti dubur dan faraj.
Meneran otot faraj untuk bersalin boleh disamakan seperti meneran otot dubur untuk membuang air besar. Meneran otot dubur yang kuat dan berlebihan akan mengakibatkan buasir.
Buang air besar tanpa meneran dapat memelihara otot dubur. Begitu juga perumpamaannya dengan meneran faraj ketika hendak bersalin.
13. Jangan Menongkat Kaki
Ingin saya ingatkan juga, JANGAN SESEKALI menongkat kaki. Menongkat kaki bermaksud ibu mengangkat punggung (dalam posisi baring) menggunakan kekuatan otot kaki dengan berpijak di atas katil hospital.
Menongkat kaki membuatkan otot tegang, yang kemungkinan besar akan mengakibatkan koyak teruk pada faraj ketika anak sedang keluar.
Oleh itu sentiasa longgarkan otot, berikan pergerakan semulajadi terhadap proses kelahiran.
Itulah sahaja 13 petua mudah bersalin yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan sehingga bersalin.
Akhir Kata, Selepas Bersalin…
Jangan lupa amalkan tips penjagaan semasa berpantang. Saya juga syorkan supaya ibu-ibu mengambil set berpantang Shaklee untuk proses ‘recovery‘ yang sempurna.
Jangan lupa juga untuk share petua mudah bersalin ini yer, mudah-mudahan manfaat yang ada dapat sama-sama kita sebarkan untuk kebaikan bersama.
Ikuti tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.
Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!
Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement
as salam sis. maaf tumpang tanya. boleh saya tahu apa maksud menongkat kaki tu? bukan mencangkung kan? means dalam keadaan baring atau duduk menongkat kaki tu? terima kasih sis..
Hasanah Zulcefli, soalan yang baik, baru update semula entri ini.. ya, dalam keadaan baring di atas katil hospital, bukan mencangkung.
Habiah Abd Kadir terima kasih dear 🙂
Peranan suami juga sangat penting dalam menjaga psikologi isteri yang hendak bersalin. Suami2, sila ambil perhatian!
Betul tu, ker guane Rohayu Ismail? Cik abg Mohd Fazli bagi sapot tak?
tips yang terbaik….
bagus tips ni..sangat berguna..tq for sharing
Bagus-bagus tipsnya…
Makyong yang sedang menunggu hari:-)
Tips yang terbaik..sangat sesuai untuk mereka yang baru nak menempuh pengalaman bersalin kali pertama.
Salam Soleh Dot Net, saya bakal bersalin tidak lama lagi.. dan sentiasa mencari bahan bacaan sebelum bersalin, sehinggalah saya terjumpa blog Soleh.Net ini.. moga jadi panduan buat saya dan para Ibu dan bakal ibu di luar sana… InshaAllah…
Memang tenaga sangat penting untuk meneran dalam labour room..
Tapi kalau sakit kontraksi berpanjang boleh menyebabkan tenaga semakin lemah kan.
Cuba legakan sakit kontraksi untuk elak keletihan semasa tiba masa meneran.