Mengerjakan Umrah Ketika Hamil: Tips Dari Pengalaman Sendiri

Kaabah di Tanah Haram, Mekah, yang sentiasa dirindui.
Kaabah di Tanah Haram, Mekah, yang sentiasa dirindui.

Anda dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengerjakan umrah ketika hamil? Tahniah! Usah bimbang, Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Jangan disia-siakan peluang yang datang, sentiasa berharap agar dijemput oleh Allah s.w.t untuk ke sana, walau dalam apa keadaan sekali pun, insya-Allah.

Itulah pengalaman yang saya lalui… subhanallah sungguh indah!

Walaupun telah lama berlalu, namun pengalaman mengerjakan umrah pada Januari 2013 masih segar dalam ingatan.

Pengalaman mengerjakan umrah ketika hamil.
Pengalaman mengerjakan umrah ketika hamil.

Ia merupakan pengalaman pertama yang tidak mungkin saya lupakan, kerana ketika itu saya sedang hamil 7 bulan. Dan anak yang berada dalam kandungan saya ketika itu ialah, Atikah! ūüôā

Sejak pulang dari umrah, sampai ke hari ini kawan-kawan masih bertanya, apakah tips untuk mengerjakan umrah ketika hamil?

Sebelum membuat keputusan untuk mengerjakan umrah, saya tidak pernah merujuk sesiapa, bahkan tidak pernah mencari tips.

Cuma, dalam hati saya ketika itu, saya merasakan saya mesti pergi sekarang dan tidak boleh ditangguh lagi. Kalau saya tak ambil peluang ini saya fikir, adakah selepas bersalin?

Yakinkah saya untuk membawa bayi kecil bersama? Mampukah saya untuk tinggalkan bayi kecil bersama neneknya?

Pelbagai kerungsingan bercampur baur di antara bayi kecil, penyusuan, membebankan orang tua dan sebagainya.

Ketika itu keyakinan saya amat tinggi untuk pergi menunaikan umrah dalam keadaan hamil 7 bulan. Saya yakin mampu mengerjakan segala ibadah di sana tanpa sebarang masalah. Saya yakin Allah s.w.t akan melindungi saya dan kandungan.

Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman saya semasa mengerjakan umrah ketika hamil. Semoga dapat memberi gambaran kepada ibu-ibu hamil yang ingin mengerjakan umrah nanti.

Tips Mengerjakan Umrah Ketika Hamil

1. Maklumkan kepada pihak agensi tentang usia sebenar kandungan anda. Melalui pengalaman saya, pihak agensi tidak kisah, cuma mereka tidak mahu dipertanggungjawabkan sekiranya apa-apa berlaku pada kita sepanjang berada di sana.

Kita sendiri yang akan menanggung risikonya. Di sini, anda akan diminta untuk membuat surat yang mengatakan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya apa-apa berlaku dan anda tidak akan menyalahkan pihak agensi.

Anda adalah tanggungjawab anda, bukan tanggungjawab agensi umrah semata.
Anda adalah tanggungjawab anda, bukan tanggungjawab agensi umrah semata.

2. Mohon pihak agensi tempatkan anda di bilik  hotel yang paling bawah bagi memudahkan anda menggunakan tangga sekiranya lif penuh untuk ke masjid samada di Madinah atau pun di Mekah.

Sekiranya bajet mencukupi, pilihlah hotel yang paling berdekatan dengan Masjid. Jangan sayang tambahan RM1000, tiada apa yang lebih bernilai daripada dapat beribadat dengan sempurna di sana.

3. Dapatkan nasihat doktor yang biasa merawat anda dan kandungan, samada anda boleh mengerjakan umrah atau tidak.

Doktor akan keluarkan surat yang menunjukkan kesihatan anda mengizinkan anda untuk menunaikan umrah. Anda juga tidak akan dicucuk vaksin jika anda tidak mahu.

Pengalaman saya yang sedang hamil 7 bulan, doktor telah keluarkan surat bahawa kandungan saya sekitar 4 bulan sahaja.

Tujuannya adalah untuk lepas dari sekatan pihak kedutaan Arab Saudi terhadap ibu yang hamil 7 bulan menaiki pesawat.

Alhamdulillah, mungkin disebabkan perut saya yang agak kecil dan saya selalu mengenakan jubah atau telekung solat, tiada siapa yang perasan saya sedang hamil.

4.  Bawa barang-barang keperluan dalam kuantiti yang perlu sahaja kerana anda perlu bawa sendiri beg anda.

Bersama suami di hadapan pintu utama Masjidil Haram.
Bersama suami di hadapan pintu utama Masjidil Haram.

Jangan terlalu mengharapkan suami kerana suami juga perlu membawa begnya sendiri. Anda disyorkan membawa satu beg sahaja bagi mengelakkan kesulitan.

Mengikut pengalaman saya, semasa perjalanan menuju ke bilik hotel, kita perlu sentiasa cepat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Setiap pergerakan memerlukan anda untuk membawa beg anda bersama. Saya hanya membawa empat helai jubah dan dua helai baju tidur sahaja. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

5. Bawa losyen, krim pelembab muka dan pelembab bibir kerana di sana cuacanya kering dan boleh menyebabkan kulit anda tersangat kering.

Cuaca sejuk di bawah terik matahari di Madinah.
Cuaca sejuk di bawah terik matahari di Madinah.

Semasa saya di sana, cuaca ketika itu adalah musim sejuk. Saya terpaksa beli baju sejuk dan stokin tebal di Madinah demi untuk menjaga kandungan dengan sebaik mungkin.

6. Bawa suplemen Shaklee – Performance Drink (PD), ESP, Meal Shakes. Ketiga-tiga serbuk minuman ini saya campurkan dalam satu bekas sahaja iaitu dalam bekas ESP.

Minuman ini dapat memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh kita. Mengerjakan ibadah di tanah haram sebenarnya sangat memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi.

Saya syorkan sebelum anda ke sana, biasa-biasakanlah diri berjalan kaki dalam jarak yang jauh kerana di sana kita akan banyak berjalan.

Ke masjid, bermiqat (saya pergi Tanaim jer sebab paling dekat), tawaf dan saie. Antara banyak-banyak saie yang paling mencabar.

Selesai saie 7 pusingan di Bukit Marwah - maka selesailah satu umrah.
Selesai saie 7 pusingan di Bukit Marwah – maka selesailah satu umrah.

Alhamdulillah… saya dapat mengerjakan 7 kali umrah tanpa bantuan wheelchair. Cuma berlari anak antara safa dan marwah sahaja saya tak buat, saya jalan jer sepanjang saie. Rasa macam takut jer nak berlari.

Selain itu, vitamin-vitamin lain seperti Vita Lea, B-Complex, Vitamin C, Omega Guard dan Nutriferon juga perlu dibawa bersama.

Insya-Allah semoga tips ini dapat membantu anda kekal sihat sepanjang berada di tanah suci.

Alhamdulillah dengan mengamalkan tips ini penuh berdisiplin, selama berada di sana sehingga selamat pulang ke tanah air, saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti demam, selesema dan juga batuk.

Ya, kita hanya berusuha, Allah s.w.t yang menentukan.

Pernah Mengerjakan Umrah Ketika Hamil?

Jika anda mempunyai sebarang pengalaman mengerjakan umrah ketika hamil, apa kata anda kongsikan di ruangan komen Facebook di bawah ini, insya-Allah bermanfaat untuk semua.

Sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen yang sama juga.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Mengerjakan Umrah Ketika Hamil: Tips Dari Pengalaman Sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *