Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

Amna & Atiqah.
Amna & Atiqah.

Minggu lepas Amna & Atiqah demam. Bermula suhu badan anak kecil meningkat, maka bermulalah episod merengek, menangis, semuanya serba tak kena.

Yang jadi mangsa keadaan melayan karenah Amna dan Atiqah ialah kakak sulungnya Ain Nasuha. Sekejap-sekejap mama panggil minta tolong dukung Atiqah. Sekejap-sekejap Amna pula memanggil meminta buatkan susu untuknya. Pendek kata, kena bulilah kakaknya waktu itu. Kesian kakak. ūüôā

Anak-anak saya sangat jarang demam. Tapi bila demam, boleh tahan juga tinggi suhunya, iaitu mencecah 40¬įc. Disebabkan saya sudah pun mempunyai tiga orang anak, maka saya sudah tidak sepanik dulu, sepertimana anak pertama dahulu.

Berikut saya kongsikan bagaimana cara saya turunkan suhu anak-anak ketika demam:

1. Jangan Guna Ais / Air Batu / Air Sejuk

Sentiasa jelung atau basahkan kepala anak dengan air suam, BUKAN dengan ais atau air sejuk biasa. Cara ini saya belajar dari Dr Najimu Al-Farid Najimuddin, seorang pakar kanak-kanak di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS).

Katanya, apabila menggunakan air suam, liang-liang kulit akan terbuka untuk mengeluarkan haba demam. Sekiranya menggunakan ais, liang-liang kulit akan semakin tertutup menyebabkan haba sukar untuk keluar dari tubuh badan.

Basahkan juga menggunakan air suam di celah-celah lipatan seperti ketiak dan peha. Suhu badan akan dapat diturunkan dengan lebih cepat.

Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh gunakan cool fever sebagai alternatif, terutama jika keadaan basah menyulitkan keadaan. Apa pun, air suam original atau tuala basah dengan air suam adalah yang paling baik.

2. Mulakan Pemantauan Suhu Badan Anak

Sentiasa pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer.

Elakkan mengagak dengan tangan kerana tangan beradaptasi dengan suhu sekeliling. Jika suhu sekeliling panas, maka anda akan rasa suhu badan anak anda sejuk manakala jika suhu sekeliling sejuk, anda akan rasa suhu badan anak anda panas.

Jika menggunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang anda rasa dengan tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.

Bagi mengatasi kesukaran memeriksa suhu badan anak yang biasanya merengek dan meragam kerana ketidakselesaan demam, gunakan thermometer satu saat.

Ear & Forehead Thermometer - thermometer satu saat.
Ear & Forehead Thermometer – thermometer satu saat.

Harga thermometer satu saat kini pun tidaklah semahal dulu. Saya gunakan Multi-Functional Talking Ear & Forehead Thermometer dari Little Bean yang saya beli di Moms Basic KT.

Dengan thermometer tersebut saya hanya perlu letakkan satu saat sahaja thermometer tersebu di telinga atau dahi anak untuk dapatkan result yang konsisten.

Thermometer bermuncung besi biasa di pasaran akan mengambil masa yang agak lama, sukar untuk dapatkan bacaan konsisten dengan keadaan anak-anak yang tidak selesa dan menangis-nangis.

3. Tanggalkan Pakaian Anak

Tanggalkan baju dan seluar anak. Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik, sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.

Bagi bayi, cukup mengenakan cloth diapers sahaja. Jangan sesekali membungkus atau mengenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan membuatkan si kecil berpeluh sekaligus menurunkan suhu badan.

Cara membungkus adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam adalah sukar mengeluarkan peluh.

Pada sebelah malam pun sama. Sekiranya dirasakan perlu, pakaikan baju dari jenis kain kapas yang nipis sahaja.

4. Guna Paracetamol Suppository (Supp)

Paracetamol Suppository untuk turunkan suhu badan anak.
Paracetamol Suppository untuk turunkan suhu badan anak.

Masukkan supp melalui punggung anak setiap 6 jam sekiranya suhu mula mencecah 39¬įc. Supp disyorkan untuk anak-anak yang tidak dapat menelan ubat demam jenis syrup.

Untuk dosej supp, sila rujuk kepada doktor atau farmasis dengan menyatakan berat badan anak.

Saya biasanya menggunakan supp pada waktu tengah malam, hanya jika suhu badan anak mencecah 39¬įc sahaja. Pendek kata, guna bila perlu sahaja.

Adakan stok supp hanya sebagai standby unit, bimbang kalau-kalau suhu badan anak meningkat mendadak pada sebelah malam.

5. Kerapkan Menyusu

Atiqah masa demam minggu lepas, langsung tidak mahu makan. Bila disuapkan bubur atau makanan lain terus dikehek keluar dari mulutnya. Atiqah tak lalu makan, tidak berselera.

Jadi sepanjang demam, susu ibu sahajalah makanannya. Oleh itu, saya memerlukan nutrisi yang cukup untuk membekalkan susu yang berkualiti kepada Atiqah di saat dia demam, batuk dan selesema.

Saya amalkan set menyusu Shaklee yang terdiri daripada Sustained Release Vita C Plus, B-Complex, Vita Lea, ESP, Performance, Garlic dan Nutriferon.

5. Elakkan Drugs

Sebolehnya saya tidak mahu ada sebarang drugs dalam tubuh anak-anak saya termasuklah paracetamol.

Oleh itu, sebagai altenatif menurunkan suhu badan anak, saya bagi anak-anak saya Nutriferon setiap kali demam, batuk dan selesema.

Untuk Amna saya beri dia Meal Shakes, Chewable Vitamin C dan juga Omega Guard.

Alhamdulillah setakat ini, demam, batuk dan selesema anak-anak saya masih dalam keadaan terkawal dan cepat pulih tanpa diberikan ubat-ubatan dari drugs.

Bukan bermakna saya menolak hospital, cuma selagi boleh elak, saya akan cuba elak dan lebihkan kepada vitamin untuk kanak-kanak. ūüôā

6. Amalkan Minum Air Zam Zam

Air zam zam adalah penawar universal, termasuk menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.

Saya sentiasa beri anak-anak minum air zam zam. Dalam rumah saya memang tidak terputus bekalan air zam zam, sepanjang masa berada di rumah. Saya dapatkan dari Sabasun hanya RM89.90 untuk 10 liter.

Air zam zam adalah minuman kegemaran Atiqah. Saya pun hairan pada mulanya, bila diberi air biasa dia tak minum. Terasa sahaja air biasa terus dibiarkan meleleh keluar dari mulutnya.

Bila diberi air zam zam, sangat banyak dia minum, macam orang dahaga di tengah padang pasir. Lucu juga saya melihatnya.

Dengan amalan-amalan di atas, biasanya demam anak tak lama. Saya rasa anda juga akan rasai pengalaman ini. Dengan izin Allah s.w.t keesokan harinya anda akan dapati demam anak anda telah pulih sepenuhnya, insya-Allah.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Cara Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *