Cara Nak Tinggi

Wanita mana yang tak ingin memiliki tubuh badan tinggi menawan bak model, susuk tubuh langsing mengancam macam Dynas Mokhtar.

Terus nampak kementot berdiri sebelah Dynas.
Terus nampak kementot berdiri sebelah Dynas.

Hihi.. amik contoh Dynas laa, sebab saya pernah jumpa Dynas tu.. 🙂 Pendek kata, serba serbi lengkap, rupa ada, tubuh pun tinggi. Senang nak mengenakan pakaian yang cantik-cantik.

Tahukah anda ketinggian anak perempuan akan meningkat dengan mendadak bermula pada hari pertama dia datang period? Sebab itu, anda sebagai ibu disarankan supaya mencatat tarikh hari pertama anak anda datang period.

Bermula dari tarikh tersebut, anak perempuan anda hendaklah diberikan minuman dan makanan yang tinggi kalsiumnya selama 3 tahun bermula dari hari pertama dia datang period.

Cara Nak Tinggi Melalui Nutrisi

Kalsium yang diperlukan oleh remaja ialah 1000mg. Dalam tempoh ini amat penting bagi seseorang untuk mengambil kalsium yang cukup bagi mempengaruhi ketinggian tubuh remaja.

Bagi anak lelaki pula, dia memerlukan makanan dan minuman tinggi kalsium sehingga berusia 21 tahun untuk tingkatkan ketinggian tubuh.

Selepas tempoh tersebut tidak ada lagi peningkatan dalam ketinggian tubuh. Pertumbuhan akan terhenti, statik dengan ketinggian tersebut seumur hidup.

Sekiranya tubuh kelihatan ‘rendang’ jer, salah satu sebabnya ialah kekurangan nutrisi dari kalsium yang diperlukan untuk ketinggian.

Ostematrix sebagai sumber kalsium harian anda yang 100% semulajadi.
Ostematrix sebagai sumber kalsium harian anda yang 100% semulajadi.

Secara peribadi, saya syorkan Ostematrix dari Shaklee. Ostematrix merupakan sumber kalsium semulajadi yang terdiri daripada 250mg kalsium dalam satu kaplet.

Telan 4 kaplet sehari sebelum tidur setiap malam untuk cukupkan 1000mg keperluan harian kalsium. Satu kaplet Ostematrix dengan berat bersih 1046.41mg bukan hanya mengandungi kalsium semata tetapi juga dilengkapi nutrien keperluan harian termasuk magnesium, vitamin D, zink, kopper dan manganese.

Cara Nak Tinggi Melalui Senaman

Selain dari pengambilan kalsium yang cukup, saya juga ada mempelajari cara nak tinggi, yang boleh saya aplikasikan untuk tingkatkan ketinggian anak-anak sejak dari kecil lagi iaitu dengan cara melompat di atas trampoline.

Cara ini saya sedang praktikkan untuk anak-anak saya. Dengan ketinggian saya yang hanya 154cm dan suami 170cm, saya bimbang jika anak-anak turut ‘menurun’ ketinggian saya. Hehehe…

Baka juga mempengaruhi ketinggian, tetapi tak salah saya memberi dorongan tambahan untuk menaikkan ketinggian anak-anak saya iaitu dengan menggunakan trampoline.

Cara nak tinggi ini juga telah dipraktikkan oleh adik beradik suami yang ternyata berhasil! 🙂

Adik-adik suami tinggi-tinggi semuanya. Suami saya cakap, masa kecil, mereka suka sangat lompat-lompat di atas trampoline.

Trampoline ialah salah satu cara nak tinggi melalui senaman.
Trampoline ialah salah satu cara nak tinggi melalui senaman.

Inilah trampoline anak-anak saya. Saya beli masa anak sulung saya berusia 3 tahun lagi. Tubuh dia pun tinggi jer.

Dalam tempoh ini juga saya berikan anak-anak makan makanan yang tinggi kalsium seperti yogurt, keju dan susu kambing segar, sebagai tambahan cara nak tinggi melalui nutrisi.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

21 thoughts on “Cara Nak Tinggi”

  1. Untuk perempuan, sampai umur 18 sahaja. Selepas umur itu, tiada lagi kadar ketinggian. Tetapi, cik boleh jer nak consume sebagai suplemen kalsium seharian. Hanya amalkan 4 biji jer sebelum tidur. Berminat boleh order ye.

  2. Untuk perempuan, sampai umur 18 sahaja. Selepas umur itu, tiada lagi kadar ketinggian. Tetapi, cik boleh jer nak consume sebagai suplemen kalsium seharian. Yang penting konsisten. Hanya amalkan 4 biji jer sebelum tidur. Berminat boleh order ye.

  3. Trampoline boleh beli di kedai sukan atau kedai kanak2, harganya antara RM300 – RM500 sahaja.

    Selain trampoline, apa sahaja sukan yang bersifat melompat dapat membantu. Elakkan sukan yang memberat seperti angkat berat ketika usia tumbesaran sedang berlaku.

    Wallahu a'lam.

  4. Saya nk tnye..saya dh umur 25 thun..msih boleh tggi ke..sbb tggi saya hnya 164cm..ade cra yg boleh digunakan tak utk tggi lgi?

  5. hehehe best nyer lepas baca artikel ni.seronok la pasal saya tinggi. saya tinggi pasal makanan dan juga genetik.walaupun saya perempuan tapi ketinggian saya 173 cm. bangganya.setiap kali berjumpa kawan dan saudara mara,saya sering jadi tumpuan ramai.tapi masalahnya susah nak cari pakwe.hahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *