Vitamin E Shaklee Penyebab Naik Jerawat?

Pengalaman seorang individu terhadap penggunaan Vita-E Complex Shaklee.

Saya teruja tengok customer dan kawan-kawan saya kelihatan cantik berseri, bebas dari cela, kesan parut dan jerawat pada wajah mereka.

Dalam kumpulan tertutup Shaklee Golden Lounge juga banyak testimoni berkenaan keberkesanan Vita-E Complex™ (Vitamin E) daripada Shaklee ini.

Vita-E Complex™ (120 Kapsul) RM149.00 - Penyebab naik jerawat?
Vita-E Complex™ (120 Kapsul) RM149.00 – Penyebab naik jerawat?

Saya pun hairan kenapa saya tidak boleh amalkan Vita-E Complex™ Shaklee. Bila makan jer mesti naik jerawat. Jerawat yang takde isinya pulak tu. Bila picit tak keluar apa-apa pun. Kesan picit itulah yang akan jadi parut!

Membazir jer saya beli Vita-E Complex™ sebab tak boleh nak makan. Sayang punya pasal, saya jadikan masker. Saya andaikan tidak akan berlaku apa-apalah (dengan harapan, kulit bertambah cantik je).

Namun sekali lagi saya frust! Vita-E Complex™ memang tidak serasi dengan kulit saya. Semakin ranum jerawat singgah di kulit muka saya, lebih-lebih lagi di kawasan dahi.

Dari situlah saya tak berani nak suggestkan Vita-E Complex™ ini kepada customer, melainkan mereka sendiri yang inginkannya. Saya bimbang kalau-kalau customer juga mengalami nasib yang sama.

Bagaimana Nak Elak Naik Jerawat?

Dalam hati kecil, saya masih tidak berpuas hati Vita-E Complex™ Shaklee penyebab naik jerawat. Sedikit demi sedikit saya buat research sendiri.

Mengikut apa yang saya study, orang yang mengalami masalah kulit seperti kulit kering, kulit berminyak, mempunyai jerawat yang banyak, jerawat resdung, kulit sensitif dan kulit kombinasi belum boleh mengamalkan Vita-E Complex™ lagi.

Kulit bermasalah tersebut mesti mengambil GLA Complex terlebih dahulu untuk mengimbangi hormon dalam tubuh. Mereka yang mengambil Vita-E Complex™ naik jerawat itu adalah disebabkan oleh hormon dalam tubuh yang tidak stabil.

Amalkan GLA Compex (60 Softgel) RM91.25 untuk elak naik jerawat.
Amalkan GLA Compex (60 Softgel) RM91.25 untuk elak naik jerawat.

Hampir 6 bulan juga saya mengamalkan GLA Complex. Saya dapati kulit  muka saya glowing dan bertambah sekata. Sebelum ini kulit saya tidak sekata disebabkan oleh kesan pemakaian tudung.

Kawasan kulit yang ditutup oleh tudung itu lebih cerah berbanding dengan kawasan yang terdedah. 🙂

Bermulalah Sesi Baru Tanpa Naik Jerawat!

Selepas jerawat di muka saya sudah ‘segan’ untuk tumbuh, maka saya cuba mengambil semula Vita-E Complex™ itu dan ternyata, hasilnya sangat mengujakan iaitu jerawat tidak lagi tumbuh, malah kesan parut juga beransur pudar.

Alhamdulillah. Kini saya sudah seminggu mengamalkan Vita-E Complex™ dan ianya telah serasi dengan kulit saya. Kulit saya bertambah lembab dan terasa tegang jer! 🙂

Kalau macam tu, betullah tanggapan saya selama ini bahawa Vita-E Complex™ ini sememangnya sangat hebat!

Melalui pengalaman saya ini, bolehlah disimpulkan bahawa betapa pentingnya untuk kita tahu cara satu-satu vitamin itu berfungsi.

Jangan terlalu cepat menyalahkan vitamin, sedangkan cara pengambilan kita yang salah. Pasti ada sebab mengapa vitamin yang kita ambil tidak berkesan, malah ada yang sehingga memudaratkan diri sendiri pula.

Kini Vita-E Complex™ tidak lagi naik jerawat kepada saya, malah Vita-E Complex™ membantu saya untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tak sabar nak tengok kesan pengambilan Vita-E Complex™ selepas 3 hingga 4 bulan pengambilan! 🙂

Berminat Menjadi Pengedar?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya sangat memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri, termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran sepertimana yang dipaparkan.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

38 thoughts on “Vitamin E Shaklee Penyebab Naik Jerawat?”

  1. Waalaikumussalam…
    Encik ambil GLA Complex untuk jerawat yang jenis macamana ye? Sekiranya jerawat Encik disebabkan oleh resdung, alergik, sebaiknya lakukan proses detox dahulu iaitu melalui pengambilan Alfalfa Complex. Detox sangat penting kerana ia dapat membuang toksin-toksin dalam tubuh badan kita. Sekiranya dalam tubuh badan kita banyak toksin, maka nutrient-nutrient (vitamin) yang kita consume itu tidak dapat menyerap dengan lancar dalam tubuh badan kita. Oleh itu, perlu saya tahu.. keadaan sebenar Encik macamana.

  2. Waalaikumussalam…
    Encik ambil GLA Complex untuk jerawat yang jenis macamana ye? Sekiranya jerawat Encik disebabkan oleh resdung, alergik, sebaiknya lakukan proses detox dahulu iaitu melalui pengambilan Alfalfa Complex. Detox sangat penting kerana ia dapat membuang toksin-toksin dalam tubuh badan kita. Sekiranya dalam tubuh badan kita banyak toksin, maka nutrient-nutrient (vitamin) yang kita consume itu tidak dapat menyerap dengan lancar dalam tubuh badan kita. Oleh itu, perlu saya tahu.. keadaan sebenar Encik macamana.

  3. saya consume vit c dan e..da nak habis sebotol..tp mcm tu la…jerawat masih jgk keluar…nak kata kurang pun tidak…saya pun br dpt b complex hr ni…nak tgk kesannya plak bila combine ngan vit c dane….
    da bc ni so saya kena stop ambik vit c dan e ke?saya pun ada mslah resdung.

    1. Selepas pengambilan Alfalfa Complex, najis akan berbau, menandakan usus dicuci dan kotoran dibuang. Selagi pengambilan Alfalfa Complex diteruskan, selagi itu pembersihan dijalankan.

      Semasa pengambilan Alfalfa Complex, jika najis mula menjadi normal semula, bermakna tiada lagi kotoran keluar dan kemungkinan besar menandakan usus sudah bersih.

      Berapa lama pengambilan adalah bergantung kepada tabiat pemakanan seseorang. Tempoh ini boleh dipercepatkan dengan berpantang minuman berkafein seperti kopi dan teh.

  4. kalau minum milo ok tak? sebab saya memang tidak suka minum kopi and teh. oh ya, najis menjadi normal? bagaimana kita nak tahu ia menjadi normal.

    1. Milo juga mempunyai kandungan kafein tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Seeloknya banyakkan minum air kosong, dengan kuantiti harian sebanyak 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Contoh: Jika berat 50kg perlu minum 2 liter air kosong setiap hari.

      Najis menjadi normal boleh diukur sebelum dan semasa pengambilan alfalfa. Kita akan dapat tahu sendiri apabila baunya berbeza dari bau najis sebelum ini. Warnanya juga lebih gelap dan legap daripada biasa, menandakan kotoran lama dalam usus sedang keluar.

  5. Salam. Hi, saya ada mslh jerawat tp saya xde resdung dan period sy teratur. Jerawat jenis yg ade isi dan juga ade yg xde isi. Saya ade mkn esp, vit e dan c. Tp jerawat still keluar. Perlu ke sy stop vit e dan mula mkn Gla? Memandangkn period sy teratur, ade kesan pd period ke nti if mkn gla?

    1. Waalaikumussalam…

      Dah berapa lama cik/puan consume set tersebut? Kalau kurang pada 2-3 bulan, normal if jerawat still ada. Ia dipanggil proses healing crisis.

      Untuk atasinya, kena minum air kosong yang cukup iaitu 1 liter untuk setiap 25kg berat badan.

      Tapi kalau dah lebih dari tempoh itu, better cik/puan ambil GLA Complex. Jika period teratur, insya-Allah tidak mengganggu. 🙂

      Cik/Puan boleh dapatkan GLA Complex dengan saya dan saya akan consult secara eksklusif tentang masalah cik/puan/cik.

      Terima kasih.

    2. Hi yasmin, boleh tahu perkembangan
      Slepas cnsume esp,vit c n vit e mcm mana? Sbb sy pon mngalami sprti yasmin.adakah yasmin cntnue or stop?

  6. as salam saya nak tahu pandangan dari sis, sebab saya baru je mengambil supplement alfafa complexs tiga hari tapi sejak hari kedua saya rasa cepat berdebar dan terasa pedih di ulu hati..adakah kesan2 pergambilan alfafa memnag mcm tu? dan saya nak tahu adakah pantang larang minuman atau mkanan yang tidak boleh diambil semasa mengambil supplement ini. saya juga mengambil air kosong hamper 3 liter sehari seperti disarankan..so macamnaye sis?

    1. Wksalam. Cik ambil berapa biji? dan untuk tujuan apa ye? Jika ada rasa begitu, cik boleh kurangkan dos pengambilan. Pantang larangnya tidak ada, cuma Alfalfa Complex TIDAK boleh diambil oleh pesakit SLE.

  7. assalam .. sy mngamalkn shaklee esp,vit c n vit e hmpir sbulan stngah and jrwat/bintik merah xpnh surut .. dn knpa bila sy bt masker dr esp bintik merah tu lg subur je ? mohon jsa baik puan bri pncerahan

    1. Wksalam…

      Perlu saya mengetahui kondisi tahap masalah yang puan/cik alami. Adakah puan/cik mengambil set tersebut untuk masalah jerawat ataupun jerawat dan bintik2 merah naik setelah consume selama sebulan setengah set tersebut? Sekiranya puan/ cik mengambil set tersebut untuk masalah jerawat, seperti yang saya share di entri saya, saya tidak sarankannya pengambilan vit E sekiranya jerawat tengah naik.

  8. sblom nim xda mslh consume vit c n e but lpas amek esp bru jrwat n bintik2 merah ,, mla2 consume gtal2 n naik jrwat tp lpz smggu 2 gtal2 dah hilang ,, cma jrwat je x surut2 .. sy consume sbb jrwat jgk even lpz consume sbulan stngah still jrwat tp kulit sy mkin lembap ,, tak perlu guna pncuci muka pom ..adkah sy perlu truskn atau stop apa2 product shaklee ?

    1. Puan/cik boleh ambil Gla Complex kerana dalam Gla Complex juga mengandungi vitamin E. Cuma bezanya dengan vitamin E ialah Gla Complex dapat stabilkan hormon yang menjadi punca kepada masalah jerawat. Untuk lebih details, puan/cik boleh rujuk pengedar yang puan/cik beli itu 🙂

  9. Salam
    Seeloknya perlu makan berapa banyak Vita E dlm sehari ye?
    Ok ke kalau makan 3 biji sehari sekaligus lepas dinner?
    Tq

    1. Wsalam, bergantung pada keadaan. Puan boleh rujuk pengedar yang puan buat pembelian daripadanya. Dia mungkin lebih tahu keperluan puan, wallahu a’lam.

  10. Salam nak tanya. If kulit naik jerawat bila consume vita e tu, adakah dalam masa kita consume gla tu boleh makan/sapu vita e?

  11. Assalamualaikum..puan,sy ada masalah jerawat..jerawat sy jenis kcik dan merah..di pipi sja..bhagian lain tak ada jerawat..dulu kulit sy bersih dan tak ada masalah tp sejak stdy,kulit muka kluar jerawat smpai skrng..sy ke pakar kulit,mahal tp jerawat masih naik…espclly di pipi..sy buntu,malu..boleh ke klu sy trus cuba GLA complex?..

  12. Salam pn..sy mengalami mslh jerawat ni sudah bertahun2..dah bermcm produk sy guna tp xberkesan..saya tidak pernah ambil apa2 suplement sblm ni…bila baca entri puan, terasa berminat nk cuba produk shaklee tp xtau macam mana step vitamin yg perlu diambil…boleh puan beri pencerahan?tq..

    1. Waalaikumussalam…

      Puan boleh mengamalkan set jerawat daripada Shaklee. Saya akan bantu puan dari segi suggestion set mengikut kesesuaian dengan masalah kulit puan. Puan boleh call/ whatsapp saya 014.810.7259 untuk konsultasi dan pembelian.

  13. Salam puan,

    Sy ada mslh resdung, jerawat, bekas jerawat. Jerawat yg jenis besar2 & kdg bernanah. Lg 1 jerawat halus2 tapi jerawat tu mcm duduk di lapisan bawah kulit. Sebelum ni sy penah try vit c & vit e tp mslh jerawat x selesai. Sy try alfalfa utk detox tp timbul mslh lain, sy mgalami semput lps ambil alfalfa (sy mmg ad asma). Skrg sy dah stop alfalfa sbb xnk semput sy berlarutan. Boleh ke kalau sy ambil GLC Complex utk mslh jerawat ni? memandangkan sy punya period pn x stabil. Harap puan boleh membantu. Terima kasih.

    1. Wkmsalam… Ye, puan boleh mencuba Gla Complex. InsyaAllah dapat membantu masalah puan ini. Puan boleh beli melalui saya, dan saya akan guide tentang cara makan untuk masalah puan tersebut 🙂

  14. Slm sist…Saya pun sma mcm sist.. jrwat bnyk tumbuh dkt dahi lps pgmbilan vit e.. jdi sya x brni nk cntinue mkn vit e tue.. takut, nt mkin bnyk plk jrwat yg tmbuh.. lps bca entry sist nie bru saya tau yg hormon dkt bdn saya nie x skata hihi… i.allah lps nie sya nk cba gla complex plak… harap2 bjya.. lama dh idamkan kulit muka yg bersih dan cantik…

  15. Assalamualaikum..saya menghadapi masalah resdung dan jerawat saya banyak tumbuh di dahi (kebanyakan jerawat pasir) dan kedua belah pipi. Jadi adakah saya perlu ambil Gla-complex dhulu?
    saya dalam lingkungan 17-18 tahun. produk shaklee sesuai utk remaja ke ?kalau saya ambil ESP Shaklee boleh ke atau ESP hanya utk ibu mengandung ? tq

    1. Waalaikumussalam… untuk konsultasi eklusif untuk masalah adik ni, adik boleh hubungi/ Whatsapp Kak Biey di no 0148107259. Sekarang ada OFFER menarik yang Shaklee berikan pada sesiapa yang menjadi sebahagian drp ahli Shaklee.

  16. Assalamualaikum, saya mengahadapi masalah kulit berjerawat, mula2 makan vitamin c shaklee jerawat surut selepas seminggu makan kulit naik jerawat besar2. Adakah saya perlu ambil gla-complex dahulu?

    1. Wa’alaikumussalam…

      Cik boleh hubungi saya 014.810.7259 utk consultation mengenai vitamin yang sesuai dengan masalah cik. Tq

    1. Wa’alaikumussalam…

      Boleh beli online dengan saya. Hubungi/ whattsapp saya 014.810.7259 untuk pembelian dan consultation. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.