Seronoknya Anak-Anak Bersama Papa di Gambang Water Park!

18 April 2014 lepas kami sekeluarga ke Gambang Water Park, Pahang kerana saya menghadiri seminar ‘Bangkit Niaga’ anjuran Richworks Sdn Bhd.

Ini kali pertama saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman. Sebelum ni dengar nama jer, kali ini Alhamdulillah saya berpeluang menghadiri seminar anjurannya bersama cucu Shaklee saya kak Suhaida Sulong.

Kami bermalam di homestay berhampiran yang amat berpatutan harganya, RM130 sahaja semalaman. Waktu check-in jam 8 malam dan check-out jam 6 petang yang ditetapkan sangat menyelesakan aktiviti saya sekeluarga.

Pendaftaran seminar bermula seawal jam 7 pagi, bertempat di Bukit Gambang Resort City.

Wahhh, terkejut saya melihat begitu ramai sekali orang yang hadir. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami masuk ke dalam dewan seminar.

Suami saya pula tolong jagakan anak-anak. Terima kasih yer papa sebab izinkan mama hadir seminar ini. Seminar berakhir jam 1 petang.

Gambang Water Park

Sepanjang ketiadaan saya, suami membawa anak-anak bermain dan bermandi manda di water park.

Adeh… tak dapat saya bayangkan bagaimana suami handle tiga orang anak yang saya kira masih sangat kecil itu serentak.

Sangat sukar bagi saya, dengan anak-anak belum boleh uruskan diri, tanpa bantuan sesiapa. Anak pertama 5 tahun, anak kedua 3 tahun dan anak ketiga setahun dan masih lagi merangkak (lambat pulak Atiqah ni boleh berjalan).

Bayangkan macam mana keadaan papa di sana. Tetapi saya tengok anak-anak happy jer. Siap boleh main gelongsor dan menyelam. Atiqah pun main air jugak.

Maaf tak banyak gambar sebab jurugambar tu jaga tiga orang anak sekali gus dalam situasi yang cukup berisiko.

Atiqah memerhatikan kakak dan angah bergembira di Gambang Water Park.
Atiqah memerhatikan kakak dan angah bergembira di Gambang Water Park.
Atiqah bebas dalam dunianya sendiri.
Atiqah bebas dalam dunianya sendiri.
Kakak dan angah pula dalam dunia tersendiri masing-masing.
Kakak dan angah pula dalam dunia tersendiri masing-masing.
Atiqah dengan pelampungnya.
Atiqah dengan pelampungnya.

Dalam hati saya sebenarnya bimbang juga anak-anak mandi di water park ni kerana mereka baru jer sihat dari demam, batuk dan selesema.

Biasanya saya akan bekalkan mereka dengan Omega Guard dan Chewable Vitamin C sebelum mereka mulakan aktiviti seperti itu.

Malangnya saya tak teringat langsung nak bawa satu pun vitamin untuk mereka. 🙁

Selesai sahaja seminar di Bukit Gambang Resort City, saya terus pergi mendapatkan mereka di Gambang Water Park.

Setibanya saya di sana, mereka sudah selesai mandi dan salin baju. Mereka kelihatan puas, letih dan mengantuk. Mata juga merah, isk.. isk.. ni mesti menyelam bukak mata.

Walaupun nampak letih dan lapar, mereka sangat seronok, tak putus-putus bercerita tentang aktiviti mereka bermain air tadi. Angah kata dia terjatuh, sakit kepala. Disokong pula oleh kakak.

Saya bertanya suami, suami juga mengiakan. Semasa berhenti makan ais krim di gerai luar water park, angah kata rasa nak demam.

Kami pun beredar dari water park menuju ke homestay, anak-anak dah tertidur keletihan dari dalam kereta lagi. Kami bercadang bertolak balik ke Terengganu lewat  supaya anak-anak dapat rehat secukupnya di homestay.

Agak lama mereka tidur, tak berbunyi, tak bergerak. Letih sesangat la tu. Selepas azan asar baru mereka bangun.

Angah mengadu lagi, sakit kepala. Mungkin sebab kesan jatuh tadi.

Nutriferon

Saya mencari-cari sesuatu di dalam handbag, kot-kot terjumpa sesuatu. Yeahhhh…. Alhamdulillah, saya terjumpa sachet-sachet Nutriferon.

Nutriferon® (30 sachet x 1.2 gram) RM181.25.
Nutriferon® (30 sachet x 1.2 gram) RM181.25.

Ya, memang saya mengharapkan ada pun sebab biasanya Nutriferon sentiasa ada, standby beberapa sachet dalam handbag saya.

Saya terus berikan Nutriferon kepada anak-anak, satu sachet bahagi tiga. Nutriferon sangat bagus untuk menguatkan imun meraka. Sesuai sangatlah diambil sebelum atau selepas anak-anak melakukan aktiviti lasak seperti berenang dan bersukan, atau pun rasa-rasa seperti nak demam, batuk dan selesema.

Pendek kata, Nutriferon ni sebagai perisai melindungi anak-anak dari mendapat demam, batuk dan selesema. Anak-saya pun memang dah biasa makan Nutriferon. Mereka telan serbuk macam tu jer, tanpa dibancuh dengan air.

Dalam sejam selepas makan Nutriferon, angah dah aktif semula seperti biasa. Siap bagitahu, dia dah tak demam. Hehehe….

Alhamdulillah, sebelum balik kami sempat singgah di safari park untuk tengok binatang-binatang di sana. Jalan kaki jer.

Singat putih (white lion).
Singat putih (white lion).
Llama.
Llama.
Harimau & zirafah - patung jer...
Harimau & zirafah – patung jer…

Selesai melawat safari park kami bertolak pulang. Lewat malam juga kami sampai di Marang, Terengganu, kira-kira jam 11 malam.

Keesokan paginya, anak-anak kekal sihat dan aktif seperti biasa. Oleh itu, saya amat syorkan ibu-ibu untuk berikan Nutriferon kepada anak-anak supaya imunisasi anak sentiasa pada tahap yang sempurna.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *