Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran

Bila diingat-ingat semula, ada sesetengah pengalaman buatkan saya rasa fobia jer nak ada bayi. Macam baru semalam rasa tak cukup tidur, penat berjaga malam, tak sempat urus diri dalam pantang sebab bayi asyik menangis tak kira siang malam.

Mengangis malam yang disebabkan bayi kembung perut atau bahasa saintifiknya ‘colic’ boleh menyebabkan punch card si bapa menjadi merah kerana bapa tidak dapat nak bangun pagi untuk pergi kerja.

punch-card-lewat

Hehehe…..  Itulah yang pernah terjadi pada suami saya semasa kelahiran anak pertama dan kedua dahulu. 🙁

Anak pertama dulu waktu bayi kembung perut bermula selepas jam 12 tengah malam. Cukup memenatkan!

Anak kedua pula, waktu bayi kembung perut tiada mula dan tiada akhir, siang malam tak henti! Arghhhhh…

Pengalaman Bayi Kembung Perut Dengan Anak Pertama (Ain Nasuha)

Kami takde pengalaman, takde google internet atau baca buku keibubapaan. Kami hanya mengikut apa sahaja yang mak saya ajarkan.

Mak saya cakap, dan saya percaya ramai ibu-ibu sama seperti mak saya juga iaitu memakaikan barut pada perut bayi sejak dari lahir sehinggalah ke usia 2 atau 3 bulan.

Malah ada yang sampai usia 6 bulan supaya perut bayi tidak masuk angin.

Tetapi Ain Nasuha (anak pertama) kembung jugak. Bila ditepuk-tepuk perutnya, memang bunyi perut kembung. Maka bermulalah detik kami berjaga malam. Berbagai-bagai petua yang kami buat supaya perut Ain Nasuha tidak kembung.

Antaranya ialah meletakkan daun mengkudu di dalam barutnya, meletakkan bawang putih pada perut dan pusatnya. Saya juga disuruh makan bawang putih untuk disalurkan kepada bayi semasa menyusu. Bawang putih berupaya mengeluarkan angin dalam badan.

Suami juga ada menyediakan tuam bayi dari bungkusan kain yang mengandungi pasir yang dipanaskan, tuam dengan kain lampin yang telah disterika dan sapu minyak bayi di perut, tapak kaki dan belakang badan.

Tapi bagi Ain Nasuha semuanya tidak berhasil. Sehinggalah kami bawa naik kereta pada lewat malam pusing-pusing kawasan tempat tinggal kami, baru dia terlena.

Kami andaikan perutnya dah tak kembung, sampai jer kat rumah, letak perlahan-lahan di atas tilam, terus terbuka matanya, apalagi… melalak pulaklah! 🙁

Sampai ke habis pantang Ain Nasuha macam ni.

Pengalaman Bayi Kembung Perut Dengan Anak Kedua (Amna Solehah)

Pengalaman bersama Amna Soleheh lebih mencabar kerana perutnya kembung siang dan malam.

Oleh itu, siang dan malamlah dia menangis. Siap muntah-muntah. Bila menyusu jer muntah. Dia lagilah tak nak tidur kat bawah, asyik nak kena dukung atas bahu jer. Lengan saya ni dah jadi sebesar Malek Noor.

Setiap masa saya kena salin baju baru. Atas tilam saya macam-macam bau sebab dia asyik muntah jer. Bila dukung dia, saya siap kena alas dengan kain lain atas bahu saya, standby sekiranya dia muntah.

Telah beberapa kali juga kami dapatkan ‘air tawar’ dari beberapa ustaz dan ustazah namun belum diizinkan oleh Allah s.w.t untuk sembuh.

Akhirnya kami terpaksa buat keputusan untuk bawa Amna Solehah berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak.

Kami berjumpa dengan Dr Najimu Al-Farid Najimuddin (Dr Farid) di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS). Masa kami pergi tu, dia sedang mengangis kembung perut. Suami saya yang mencadangkan supaya dibawa ketika sedang menangis, biar doktor tengok apa yang menangis sangat tu.

Semasa pendaftaran petugas di kaunter siap pelik lagi bila tahu kami ke hospital hanya kerana bayi kembung perut. Macam tak kena jer.

Lantak lah… orang tak tahu apa yang kami alami. Semasa dalam bilik Dr Farid, dia tersenyum jer. Dia tanya, anak sulung ke? Saya jawab, tak… ni anak kedua kami.

Dr Farid kata, anak saya lima-lima orang macam ni, dalam dialek Kedahnya.

“Lorr…. patut kembung, hang barutkan dia. Kesian dia.”

Dr Farid terus membuka barut Amna Solehah dan menepuk-nepuk belakang badannya. Kelihatan Amna Solehah sangat selesa duduk dalam keadaan begitu sambil belakangnya ditepuk-tepuk.

Teknik tepuk dengan tapak tangan dibengkokkan (cupped hand) ini dipanggil percussion. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bayi yang mengalami masalah selesema, batuk dan bayi kembung perut.

Tapak tangan dibengkokkan untuk tepuk belakang bayi kembung perut.
Tapak tangan dibengkokkan untuk tepuk belakang bayi kembung perut.

Tiada ubat yang diberikan, hanya ilmu dari pakar sahaja yang kami perlu bayar, iaitu jangan pakaikan barut pada bayi dan juga teknik percussion.

Muntah pula berlaku kerana saluran esofagus bayi masih pendek dan lemah, menyebabkan dia tak dapat menahan susu daripada terkeluar semula. Ini adalah normal, biasa terjadi pada awal kelahiran.

Pengalaman Bayi Kembung Perut Dengan Anak Ketiga (Atiqah)

Melalui pengalaman daripada dua orang anak sebelum ini, kami dah bersedia untuk hadapi yang ketiga. Kami tak pakaikan langsung barut pada Atiqah.

Ternyata Atiqah tidak mengalami kembung perut. Selain tidak mengenakan dia barut, saya juga selalu menuam perutnya dengan menggunakan tuam bayi yang mengandungi herba-herba terpilih dan juga menggunakan krim herba Tropika dibeli di Moms Basic KT. Krim herba ini wangi, tidak melekit, tidak berminyak, malah berangin jer.

Sebagai alternatif lain untuk elak bayi kembung perut, ibu boleh amalkan Alfalfa Complex. Ia berfungsi membuang angin dalam badan dan dapat mengelakkan bayi kembung perut.

Alfalfa Complex 700 Tablet RM97.50 / 330 Tablet RM53.75 sahaja.
Alfalfa Complex 700 Tablet RM97.50 / 330 Tablet RM53.75 sahaja.

Alfalfa Complex juga bertindak sebagai ‘Pelawas’ serta kacip fatimah moden.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

4 thoughts on “Bayi Kembung Perut: Bersedia Hadapi Ulangan Setiap Kelahiran”

  1. Pn. Amiza : Ha'ah… anak-anak saya tak pakai barut. Yang sulong jerlah pernah pakai barut. Tapi semakin menjadi-jadi kembungnya. Bila bukak barut tu, baru tak kembung. Specialist pun saran tak yah pakai barut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *