Bekerja untuk Bekerja – Adakah Anda Dalam Situasi Ini?

Anda bekerja untuk apa? Adakah anda bekerja untuk bekerja? Perhatikan di manakah anda.

Tekanan bila kita bekerja untuk bekerja.

Pelbagai sebab orang bekerja. Ada yang bekerja untuk duit, ada yang bekerja untuk masa depan, ada yang bekerja untuk makan, ada yang bekerja untuk isi masa lapang, dan sebagainya.

Kebanyakan orang bekerja untuk duit. Tapi dalam banyak-banyak orang bekerja, yang paling malang ialah golongan yang bekerja untuk bekerja. Saya harap anda tidak tergolong dalam golongan ini.

Apakah Golongan Bekerja Untuk Bekerja?

Golongan bekerja untuk bekerja ialah orang yang tidak suka dengan kerja dan persekitarannya, tidak sukakan bosnya, tidak berasa seronok dalam menjalankan tugas, tetapi tetap meneruskan kerjanya. Mengapa?

Kerana orang ini terpaksa bekerja setiap hari untuk mendapatkan gaji di akhir bulan, untuk membayar pinjaman keretanya yang digunakan untuk pergi kerja.

Setiap hari juga mencatu duit gajinya mengisi petrol kereta, semata-mata untuk pergi kerja.

Gaji itu juga digunakan untuk membayar sewa rumah tempat tinggal sementara yang jauh dari pangkuan keluarga, hanya semata-mata untuk dekat dengan tempat kerja.

Catu lagi beberapa belas ringgit sehari untuk mengisi perutnya untuk mendapat tenaga semata-mata untuk bekerja.

Sedikit lebihannya digunakan untuk membeli baju atau seluar atau kasut atau tali pinggang atau tudung atau aksesori dan sebagainya, hanya untuk dipakai untuk pergi kerja.

Betapa sikitnya baki yang tinggal selepas kena potong Biro Angkasa akibat pinjaman peribadi yang dibelanjakan untuk membeli gajet yang akhirnya hanya banyak digunakan untuk kerja.

Kereta yang semakin ditelan usia juga kadang-kadang buat hal, terpaksa pula korek tabung haji yang ‘mujur ada’ sebab buat potongan gaji dulu. Akhirnya habis licin buat baiki kereta untuk pergi kerja.

Yang dah berkahwin pun dua-dua bekerja sebab nak tingkatkan ekonomi keluarga. Bila dah ada anak terpaksa habiskan duit untuk hantar anak ke taska atau rumah pengasuh, sebab nak pergi kerja.

Kalau Tak Kerja?

Seketika anda terfikir, kalau tak kerja tak perlu hantar anak ke taska, jimat sikit duit. Kalau tak kerja takdelah kereta buat hal. Kalau tak kerja takdelah nak stylo beli gajet canggih-canggih, jimat lagi duit.

Kalau tak kerja tak perlu beli baju seluar aksesori bagai, makin jimat. Kalau tak kerja tak perlu bayar sewa rumah, duduk dengan mak ayah di kampung, makan jer lah apa yang ada.

Kalau tak kerja tak perlu isi minyak kereta, tak perlu bayar pinjaman kereta sebab tak perlu ada kereta, tak kena marah dengan bos sebab takde bos. Wah bahagianya hidup!

Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur, nak tak nak terpaksa juga bekerja untuk bekerja!

Anda tidak keseorangan, ramai yang senasib, malah ramai yang dah berjaya keluar dari ‘sumpahan’ ini.

Anda Senasib? Jom Keluar Sekarang!

Ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.