Anda Ada Pilihan – Kuasa Memilih Di Tangan Anda!

Semalam saya ada bertanya tentang objektif kerja. Anda bekerja untuk apa? Adakah anda bekerja untuk bekerja?

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda mungkin terlupa yang sebenarnya anda ada pilihan.

Anda ada pilihan.

Dengan kata lain anda mesti memilih untuk berkuasa dalam membuat pilihan.

Walau sebesar mana risiko, walau sesukar mana cabaran, walau sekuat mana dugaan, pilihan tetap di tangan anda!

Anda Ada Pilihan Dalam Segenap Aspek

Jika merujuk kepada topik semalam, untuk keluar dari kepompong “bekerja untuk bekerja” perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memberitahu diri sendiri bahawa anda ada pilihan untuk keluar.

Jika anda berjaya meyakinkan diri anda bahawa anda ada pilihan untuk keluar, jalan keluar akan muncul sendiri di hadapan anda. Itulah magik dalam kehidupan yang dialami sendiri oleh orang-orang yang sudah berjaya.

Didik diri untuk berkata dari hati, didik diri untuk mendengar kata hati. Mulakan dari sekecil-kecil perkara, dengan sabar dan yakin.

Sebagai contoh, cuba bayangkan sejenis makanan yang anda ingin makan tengahari ini. Tutup mata dan bayangkan sebentar, bayangkan keenakannya yang tidak terhingga, yang tak dapat dikalahkan oleh mana-mana makanan pun dalam dunia ini. Ya, sekarang.

Kecur air liur tak? Jika tidak, ini bermakna anda tidak dapat membuat pilihan dari dalam minda pun! Cuba lagi sampai kecur air liur anda, walaupun anda sudah kenyang.

Sebaik berhasil, cuba bayangkan perjalanan ke tempat makanan itu boleh dinikmati. Bayangkan yang kedai tidak ditutup sekarang dan makanan tersebut masih ada untuk anda.

Jika anda dapat bayangkan semua ini dengan jelas, cuba dapatkannya pada waktu yang anda bayangkan. Pasti anda dapat nikmatinya.

Jika gagal, bermakna anda masih belum pandai membuat pilihan. Belajar lagi, suatu hari anda pasti memiliki kuasa untuk memilih!

Dengan kata lain, walaupun pilihan itu banyak, anda tetap perlu belajar untuk menjadi bijaksana dalam membuat pilihan, anda tetap perlu belajar untuk memilih dengan tepat pada kali yang pertama.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.