MLM vs SLM: Upline Vs Supplier

MLM – Multi Level Marketing (ada Upline & Downline)

MLM vs SLM: Upline Vs Supplier

Dalam MLM (termasuk Shaklee), tugas upline ialah menunjukkan jalan, iaitu membantu downline dengan sedaya upaya, dalam segenap aspek, supaya akhirnya downline yang nak buat bisnes itu benar-benar kenal produk, faham bisnes manual, serta pandai membuat pesanan online (www.shaklee2u.com.my).

Peranan Upline & Downline

Upline WAJIB sediakan tutorial berbentuk gambar atau video tentang bagaimana cara-cara membuat pesanan. Sekiranya downline tak juga pandai-pandai, upline boleh tunjukkan ‘demo’ di hadapan downline cara-cara membuat pesanan.

Downline pula mesti FOKUS semasa belajar kerana bisnes seorang downline adalah milik downline itu sendiri, bukan milik upline. Tugas hakiki upline adalah sekadar menunjukkan jalan bagaimana downline tersebut perlu lakukan untuk berjaya.

Downline tidak boleh mengarahkan upline buat itu ini hanya dengan memainkan isu upline ada bahagian (mendapat percentage) daripada jualan kumpulan mereka.

Analogi SLM

Cuba adaptasikan konsep Single Level Marketing (SLM) terhadap persoalan ini. Bayangkan situasi berikut:

Pengeluar biskut ‘memasarkan’ biskut melalui saluran pengiklanan seperti TV dan internet. Saya ulang, ‘memasarkan’. Memasarkan bermaksud aktiviti pemasaran, di mana pemasaran bermaksud memperkenal, bukan menjual.

Apabila wujud permintaan pelanggan daripada aktiviti pemasaran tersebut, maka pengeluar biskut tadi semestinya memerlukan penjual untuk mencapai permintaan pelanggannya. Tak mungkin pelanggan akan hadir ke kilang biskut beribu batu jauhnya hanya selepas terlihat iklan di kaca TV, kan?

Di sini persoalan yang ingin saya tekankan. Adakah penjual itu boleh meminta pihak TV membuat pesanan biskut daripada pengeluar biskut, hanya dengan memainkan isu ada bahagian untuk pihak pengiklan TV daripada jualan biskut itu tadi?

(Untuk yang kurang faham ‘ada bahagian untuk pihak pengiklan TV’: Hasil jualan akan diagihkan semula sebahagiannya ke bahagian pemasaran untuk wujudkan pembelian berterusan, bermakna pihak TV mendapat bahagian daripada jualan biskut.)

Begitu juga MLM. Yang penting anda mesti pandai meletakkan sesuatu pada tempatnya, barulah tidak dinamakan zalim.

Sebagai downline, anda diperkenalkan tentang suatu produk itu dari upline. Upline yang memperkenalkan suatu produk itu kepada anda sehingga anda bersetuju untuk mendaftar sebagai ahli di bawah upline tersebut dan bukan dengan orang lain.

Sejurus berdaftar sahaja, mulalah nak suruh upline buat semua kerjanya hanya kerana alasan tadi – upline ada percentage.

Sebenarnya faktor kejayaan dalam bisnes MLM adalah sama seperti bisnes SLM, iaitu 100% berdasarkan usaha sendiri, bukan atas usaha upline. Kalau anda malas, dapat upline sehebat mana pun, anda tetap tidak akan berjaya juga.

SLM – Single Level Marketing (Pembekal)

Contoh: jual tudung, baju, kosmetik, trading, dan sebagainya.

Jika anda adalah penjual, tugas pembekal ialah membekalkan produk untuk bisnes anda. Episod pembekal akan bermula apabila anda yang cari, bukan pembekal datang bergolek (kecuali dalam kes-kes tertentu yang berkepentingan).

Carian anda terhadap pembekal pula adalah dengan dua sebab, iaitu (1) wujudnya permintaan terhadap suatu produk, atau (2) wujudnya bakal permintaan berdasarkan ramalan dan pengamatan anda terhadap sesuatu produk yang baru dikeluarkan.

Dalam keadaan ini, sebagai entiti penjual, anda berurusan dengan tiga lagi entiti iaitu pembekal, pelanggan dan ejen pemasaran.

Keempat-empat entiti ini (pembekal, penjual, ejen pemasaran, pelanggan) tidak boleh dipisahkan untuk menghasilkan bisnes yang berjaya.

MLM vs SLM

Yang menjadi perbezaan ialah SLM terlebih dahulu memerlukan kos pemasaran sebelum mendapat pelanggan. MLM pula memerlukan pelanggan dahulu barulah kos pemasaran dikeluarkan oleh pembekal.

In fact, dalam hampir semua keadaan pun begitu. SLM memerlukan kedai dahulu baru ada pelanggan. SLM memerlukan hampir segalanya dahulu sebelum mendapat pelanggan.

MLM pula memerlukan pelanggan dahulu barulah dapat insentif atau bonus (sebagai kos pemasaran SLM tadi), dah ada pelanggan ramai baru perlu buat ‘kedai’ atau pejabat sendiri.

Namun apabila stok berkurang, kedua-dua penjual MLM & SLM akan membuat pesanan, tanpa melibatkan ejen pemasaran.

Nampak tak perbezaan antara kedua-dua bidang bisnes ini? Kedua-duanya adalah bisnes, perjalanannya menuju kejayaan hampir sama tetapi ada sedikit perbezaan.

Oleh itu, anda perlu memahami tugas dan peranan setiap satu entiti, jangan main redah jer.

Bila anda dah benar-benar faham tugas dan peranan setiap entiti ini, insya-Allah anda tidak akan bersikap menyalahkan orang lain jika anda tidak berjaya dalam suatu yang anda impikan, dan anda akan lebih berterima kasih kepada semua entiti lain jika anda telah berjaya!

Anda Faham?

Jom buat MLM Shaklee bersama saya.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *