Herb-Lax Legakan Masalah Perut Rasa Tak Selesa

Perut tidak selesa sangat mengganggu aktiviti harian. Legakan dengan Herb-Lax dari Shaklee.

Herb-Lax

Herb-Lax bertindak secara semulajadi ‘mencuci’ usus kecil dan besar dengan cara yang selamat dan tidak memudaratkan.

Akan tetapi, penggunaannya tetap perlu dikawal. Kawalan ini ialah untuk mengelakkan masalah jangka panjang, iaitu perut tidak lagi bertindak menghadamkan makanan sendiri, tetapi mengharapkan bantuan Herb-Lax semata-mata.

Penggunaan Herb-Lax disyorkan sebanyak 2 kali seminggu sahaja, bukan setiap hari. Telan 2 biji sahaja untuk setiap pengambilan.

Kesan Pengambilan Herb-Lax

Selepas pengambilan Herb-Lax sebelah pagi, bersiap sedialah untuk sesi ‘pembilasan’ pada sebelah petang.

Perut akan memulas dan anda akan terkejar-kejar ke tandas. Selepas sekali meneran, kelegaan pasti terpancar dari wajah, anda pasti tersenyum puas.

Begitulah yang suami saya alami selepas mengamalkan Herb-Lax. Suami saya tidak pernah amalkan setiap hari, malah 2 kali seminggu seperti saranan pakar nutrisi Shaklee juga tidak.

Suami saya hanya mengambil Herb-Lax pada saat dirasakan perlu sahaja, dan ia sangat memberi kebahagiaan kepadanya.

Jangan Ambil Herb-Lax Jika:

Jangan ambil Herb-Lax sebelum memulakan perjalanan jauh, bimbang nanti anda gagal mencari tandas di saat memerlukan.

Bagi wanita berkahwin, jangan ambil Herb-Lax sewaktu ingin mengandung, bimbang nanti tak semena-mena ‘tercuci’ sekali.

Bagi ibu menyusu, jangan ambil Herb-Lax dalam tempoh penyusuan, bimbang nanti mengganggu berat badan anak yang disusui.

Selain dari 3 keadaan di atas, pengambilan Herb-Lax adalah amat disarankan dengan cara yang betul.

Cubalah, baik lelaki mahupun wanita. Mak sedara suami saya pun sangat selesa dengannya dan sentiasa memastikan bekalan Herb-Lax ada bersama mereka suami isteri di mana sahaja mereka berada.

Anda tidak perlu takut atau ragu-ragu untuk mula menggunakannya. Cuba dahulu, ia sangat selamat dan tidak memudaratkan. Insya-Allah anda akan tersenyum setiap hari.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

2 thoughts on “Herb-Lax Legakan Masalah Perut Rasa Tak Selesa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.