Pendapatan Pengedar Shaklee: Banyak Ker Dapat Setiap Bulan?

Tentu ramai yang sedia maklum dah ramai sangat yang menyertai bisnes Shaklee, maka ramai juga yang mula terasa secara logiknya peluang untuk meraih pendapatan tinggi dengan Shaklee semakin menipis bukan?

Berapa Pendapatan Pengedar Shaklee Sepenuh Masa?
Berapa Pendapatan Pengedar Shaklee Sepenuh Masa?

Untuk makluman, setakat yang pernah saya tahu selama menyertai bisnes Shaklee ini, pendapatan pengedar Shaklee sepenuh masa yang paling sikit pernah saya dengar ialah RM24,000 sebulan – ini pun saya dengar dari kumpulan lain, bukan dari kumpulan saya.

Angka pendapatan pengedar Shaklee ini adalah 12 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatannya sewaktu mula-mula bergelar engineer, 6 kali lebih besar daripada pendapatan seorang guru biasa, 4 kali lebih banyak daripada pendapatan seorang pegawai gred 44, 2 kali ganda pendapatan seorang profesor madya di universiti!

Bagaimana Menjadi Pengedar Shaklee Sepenuh Masa?

Bukan semua orang boleh jadi pengedar Shaklee sepenuh masa. Anda perlu melalui beberapa proses, iaitu bermula dari bawah, belajar teori dan melalui latihan industri, satu persatu sehingga anda ‘grad’ pengajian Shaklee dengan mendapat Master, barulah anda layak digelar pengedar Shaklee sepenuh masa.

Proses ini bagaimanapun hampir sama dengan proses yang dilalui oleh graduan universiti, iaitu perlu belajar sebanyak jam kredit yang ditetapkan, wajib hadir kuliah dan tutorial, wajib lulus semua subjek dengan mengekalkan kiraan mata CGPA melebihi 2.0 dan akhir sekali barulah anda boleh digelar graduan universiti.

Untuk menjadi graduan Shaklee dan memperoleh seperti mana pendapatan pengedar Shaklee sepenuh masa ini maka anda perlu berikan diri anda masa dan tenaga yang mencukupi untuk melalui proses pengajian ini.

Berapa lama proses pengajian ini bergantung kepada individu itu sendiri, ada yang sepantas 5 bulan dan ada yang sepanjang 5 tahun. Yang penting anda mesti merelakan diri sanggup berkorban sepanjang proses pengajian berlangsung.

Apa Erti Hidup Tanpa Pengorbanan?

Anda pun tahu, sebagai contoh untuk menjadi seorang profesor yang bergaji puluhan ribu sebulan, bukanlah suatu yang mudah. Seseorang itu perlu berkorban masa dan tenaga melalui sesi pengajian sehingga ke peringkat tertinggi dalam bidangnya, menerbitkan ratusan kertas kerja dan jurnal, membangunkan serta mengepalai rancangan kajian bebas dan pelbagai tugasan yang sangat mencabar.

Bayangkan pengorbanan yang sanggup ditempuhi untuk sampai ke tahap tersebut. Apakah rahsia seorang profesor boleh menjadi profesor?

Sebenarnya segala rintangan dan halangan tidaklah menjadi sesukar mana apabila wujudnya minat yang benar-benar mendalam terhadap sesuatu bidang.

Seperti sepupu suami saya yang baru sahaja tamat PhD. Air mukanya tenang, penuh ilmu di dada. Dari jauh dapat kami lihat betapa besar pengorbanannya sebagai seorang isteri, ibu dan anak, sepanjang pengajian yang bertahun-tahun lamanya.

Tamat sahaja PhD jawatan penting sudah memanggil, kerusi empuk sudah menunggu, gaji besar sudah tersedia bersama harapan membangun negara. Segala jerih perit langsung tidak kelihatan lagi. Suami dan anak sentiasa ceria, tersenyum bahagia sepanjang masa.

Rahsia Peroleh Pendapatan Pengedar Shaklee Yang Lumayan

Seperti yang saya katakan, apabila wujud sahaja minat yang benar-benar mendalam, yang nampak sukar itu bakal menjadi tidak sesukar mana pun untuk ditempuhi sehingga ke hujungnya.

Kenali Shaklee dengan lebih mendalam, pupuk minat untuk membantu lebih ramai orang di sekeliling kita, rasai nikmat memberi, insya-Allah anda juga akan peroleh sepertimana pendapatan pengedar Shaklee sepenuh masa.

Berbalik kepada persoalan yang bermain di benak anda, adakah benar peluang untuk meraih pendapatan tinggi dengan Shaklee semakin menipis?

Seperti yang anda tahu, jawapan saya semestinya TIDAK. Hakikatnya pengedar Shaklee sama seperti mana-mana industri dalam dunia ini, ia datang dan pergi.

Anda tidak tahu sehebat mana diri anda dalam Shaklee, sama seperti saya. Saya tidak pernah memasang niat untuk naik dengan Shaklee, tapi apabila terjebak, baru saya tahu, bisnes Shaklee sememangnya untuk saya, pendapatan pengedar Shaklee sepenuh masa juga untuk saya.

Anda Bagaimana?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat tanpa sebarang caj nyata mahupun tersembunyi!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

One thought on “Pendapatan Pengedar Shaklee: Banyak Ker Dapat Setiap Bulan?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.