Persediaan Puasa Bagi Ibu Hamil Dan Menyusu

Alhamdulillah… ¬†Insya-Allah pada tahun 2014 ini merupakan tahun ke-6 saya dapat berpuasa penuh.

Mengimbas kembali pengalaman saya berpuasa tahun sebelum ini:

  1. 2009 – Mengandungkan anakanda pertama (Ain Nasuha)
  2. 2010 – Menyusukan anakanda pertama (Ain Nasuha)
  3. 2011 – Mengandungkan anakanda kedua (Amna Solehah)
  4. 2012 – Menyusukan anakanda kedua (Amna Solehah)
  5. 2013 – Mengandungkan anakanda ketiga (Atiqah)
  6. 2014 – Menyusu anakanda ketiga (Atiqah)

Sangat indah aturan Allah s.w.t untuk saya, syukur. Selepas bergelar ibu, terlalu banyak nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada saya.

Salah satu daripadanya ialah nikmat berpuasa penuh. Bila dapat berpuasa penuh, sudah tentulah solat pun penuh juga! ūüôā

Bagaimana Berpuasa Penuh 6 Tahun?

Ramai yang bertanya, kenapa dapat puasa penuh? Tak datang period kah? Tak bahaya kah? Macam pelik jer…

Ya, setiap kali selepas bersalin, anak dah umur setahun setengah baru saya datang period. Bila dah datang sekali period, bulan berikutnya, terus tak datang (sebab dah hamil) hehehe….

Memang begitu aturan Allah s.w.t untuk saya. Saya terima seadanya tanpa mengamalkan apa-apa perancang keluarga.

Alhamdulillah saya sentiasa sihat dan tidak membahayakan kesihatan saya. Semasa anak pertama dahulu, saya pernah bimbang sebab tidak datang period dalam tempoh yang lama.

Doktor memberitahu ianya normal bagi ibu menyusu seperti saya. Tidak ada apa yang perlu dipelikkan. Insya-Allah di entri yang lain saya akan huraikan lebih lanjut.

Persediaan Puasa Saya

Apakah persediaan puasa saya sebagai ibu hamil dan menyusu?

1. Asas persediaan puasa saya sudah tentulah memastikan kekuatan fizikal saya sentiasa pada tahap optimum untuk menjalani tempoh 30 hari berpuasa.

Saya akan mengambil makanan berkhasiat dalam menu sahur dan berbuka dengan memperbanyakkan pengambilan sayur hijau, mengurangkan pengambilan air manis ke tahap yang paling minima dan tidak sesekali mengambil ais.

Alhamdulillah sudah 3 tahun saya tidak mengambil ais.

2. Bekalan kurma ajwah satu kemestian dalam persediaan puasa saya. Semasa berbuka dan sahur, pengambilan 3, 5 atau 7 biji kurma Al Ajwah sangat membantu memberi tenaga, tidak rasa lapar, tidak gastrik, tidak dahaga dan membuatkan susu badan sentiasa cukup untuk anak, malah semakin banyak.

3. Sentiasa berfikiran positif iaitu TIDAK sesekali menganggap puasa suatu yang membebankan dan boleh membahayakan anak dalam kandungan.

Kebiasaannya ibu hamil kerap berasa lapar. Ibu menyusu pula seringkali berandaian susu berkurangan, anak tidak cukup susu dan susu menjadi cair.

Itu semua adalah andaian-andaian negatif yang lahir dari minda ibu itu sendiri dan boleh menyebabkan ibu tidak dapat berpuasa dan susu dapat sikit jer bila pam.

Oleh itu sebagai persediaan puasa, saranan saya ialah TUKAR mindset anda kepada:

“Saya dan kandungan sangat sihat jika berpuasa.”

“Susu saya Allah s.w.t buat cukup¬†untuk anak saya.”

“Saya tak sabar nak puasa penuh!”

4. Saya memilih set berpuasa Shaklee sebagai persediaan puasa untuk ibu hamil dan menyusu. Set ini saya ambil semasa bersahur dan saya sangat syorkan agar ibu-ibu mengambilnya.

Set ini terdiri daripada:

ESP Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00.
ESP Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00.

ESP (850 gram) RM150.00 – Membuatkan saya kenyang sepanjang hari.

Performance¬ģ - Natural Orange (539 gram) RM82.50.
Performance¬ģ – Natural Orange (539 gram) RM82.50.

Performance Drink (539 gram) RM82.50 – Memberi tenaga dan menhidratkan tubuh saya sepanjang hari.

Meal Shakes - French Vanilla 544 Gram RM113.75
Meal Shakes – French Vanilla 544 Gram RM113.75

Meal Shakes 544 gram RM113.75 РMembekalkan multivitamin dan mineral kepada saya sepanjang hari.

5. Jangan tidur selepas sahur.

Kalau hari bekerja memanglah tak tidur sebab kena pergi kerja. Semasa hari cuti pun, jangan amalkan tidur selepas sahur kerana ia boleh menyebabkan badan jadi lemah.

Penuhi hari berpuasa anda dengan pelbagai aktiviti seperti kemas rumah, basuh baju, mengaji / bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Ingatlah, di bulan Ramadhan semua ibadah sunat mendapat ganjaran setinggi ibadah wajib manakala semua ibadah wajib mendapat ganjaran 70 kali ganda pahala luar Ramadhan.

6. Minum air secukupnya iaitu antara 2 hingga 3 liter sehari.

persediaan puasa

Caranya ialah pecahkan 3 liter kepada seberapa banyak pecahan waktu dalam segelas air 250ml.

Sebagai contoh:

  1. selepas berbuka puasa dengan kurma segelas (250ml),
  2. selepas makan segelas (250ml),
  3. sebelum ke masjid segelas (250ml),
  4. semasa solat tarawih segelas (250ml),
  5. selepas witir segelas (250ml),
  6. pulang dari masjid segelas (250ml),
  7. selepas mengaji Al-Quran segelas (250ml),
  8. sebelum tidur segelas (250ml),
  9. bangun tidur untuk bertahajjud segelas (250ml),
  10. sebelum bersahur segelas (250ml), dan
  11. selepas sahur 2 gelas (500ml).

Jumlahnya sudah pun 3 liter.

Ada Sebarang Kemusykilan?

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, ringan-ringankanlah jari untuk berdiskusi melalui ruangan komen Facebook di bawah ini, semoga menjadi manfaat kepada pembaca lain.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA!

Untuk sebarang pembelian, bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir) atau CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid).

Jangan lupa SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.