Kenapa Saya Tak Boikot Shaklee? Secara Ringkasnya…

Saya tidak taksub dengan Shaklee – kerana saya tahu Shaklee tidak sempurna, dan produk lain juga tidak kurang bagusnya.

Saya tidak menangguk di air keruh – kerana amalan ini belum terbukti membawa kejayaan, malah menimbulkan kebencian dalam sesebuah masyarakat.

Boikot Shaklee?

Orang kita kerjanya suka beralasan, menjatuhkan dan memporak perandakan. Selesai kerja, tinggal.

Kalau ada 1001 jawapan kepada 1001 persoalan, akan ada soalan yang ke-1002. Walau satu juta soalan sudah terjawab, akan timbul pula soalan yang ke satu juta satu.

Senang cerita, yang anti Shaklee akan kekal anti, yang sakit hati akan terus sakit hati, yang benci akan kekal membenci, yang negatif akan terus negatif.

Walau apa pun syarikat dan jenama, bila masuk pasaran orang kita, asal naik pasti ada yang tak senang. Asal berjaya pasti ada yang berhasad dengki. Asal menjadi pasti ada yang memburuk-burukkan.

Berlaku sahaja keadaan begini terhadap diri saya, saya akan tersenyum bangga. Ini semua berlaku tiada maksud lain, melainkan saya sedang mendahului anda.

Apakah Tujuan Anda Mempersoal Shaklee?

Berbalik kepada tujuan asal, apakah tujuan anda? Jangan jawab kepada saya, tetapi tanya hati anda dan jawab kepada diri sendiri. Usah menipu diri sendiri, tiada manfaat.

Jika niat tidak baik maka terjadilah status-status umum yang menjadi ‘medan perang’ yang anda rasa akhirnya anda akan rasa ‘puas hati’ setelah menzahirkan segala kegeraman yang terpendam dengan “puak-puak pengedar Shaklee yang taksub” sejak sekian lama.

Diulang, saya tidak taksub. Buktinya, rumah saya dipenuhi produk Shaklee, tapi jenama lain pun penuh juga. Qaseh Ana Edar, Radix HPA, Habbah, Talbinah, Halagel, Mukmin, Kodomo Lion, malah Cosway dan 4Life pun ada.

Jika niat baik membantu saudara seIslam maka nasihat haruslah dengan hikmah dan bijaksana serta tidak memalukan pihak lawan – itu pun jika benar mereka di pihak yang salah. Sekiranya anda yang salah sekalipun, anda tidak akan termalu sendiri kemudian hari kerana tidak bertindak di khalayak ramai.

Utamakan Yang Utama! (Part I)

Kita bukan bercakap isu “haram pun main langgar jer sebab dapat duit” atau “biarlah terlepas dunia asal bahagia di Akhirat kelak”. Oleh itu diharap sangat agar pembaca benar-benar faham apa yang berlaku.

Sebelum bermula, eloklah kita kais sedikit apa sebenarnya isu yang dibincangkan.

Isu yang sudah jelas dan bukan lagi menjadi isu perbincangan ialah:

  1. Produk Shaklee disahkan halal dan diperakui kehalalannya oleh JAKIM melalui ISA.
  2. Pelan pemasaran Shaklee belum lagi dipanelkan oleh mana-mana badan ketiga, kini masih bersandarkan dengan kupasan UZAR sebagai ukuran halal haram.
  3. Hasil perniagaan Shaklee tidak disalurkan kepada Israel atau Yahudi mahupun Zionist.

Isu yang dibincangkan ialah Roger Barnett merupakan seorang Ahli Lembaga Pengarah kepada the Elie Wiesel Foundation.

Sesiapa yang belum benar-benar faham apa itu the Elie Wiesel Foundation sila jangan bazirkan masa menyebar fitnah melalui internet, kelak susah nak minta maaf. Sila dapatkan pemahaman yang betul dari perspektif yang merdeka.

Lihatlah Dengan Perspektif Yang Betul

Shaklee Corporation sebelum ini dimiliki oleh Yamanouchi Pharmaceutical dan kemudian dibeli oleh Roger Barnett dengan harga 310 juta dolar.

Untuk mengupas isu perspektif, saya perlukan satu kisah dongeng untuk anda bayangkan.

Jika ditakdirkan Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary membeli Shaklee pada harga RM2 bilion, apa perasaan anda? Adakah anda akan join Shaklee?

Anda pun akan jawab “Ya, saya akan join Shaklee!”

Bagi saya, tidak. Anda baru berkira-kira nak join Shaklee kemudian mendapat khabar berita “pengurusan Shaklee ada masalah” atau “lembaga pengarah ada yang cha ya nun alif” kemudian anda pun “nasib baik aku tak join” atau “saya sanggup tinggalkan Shaklee untuk kali yang ke-3” dan sebagainya.

Ok, Saya Bergurau!

Berbalik kepada isu perspektif tadi. Apabila Syed Mokhtar beli Shaklee dan dunia mendapat tahu pemilik Shaklee orang Islam, maka anda fikir mereka akan quit Shaklee?

Tahukah anda apa perspektif dunia tentang Islam? Bagi mereka, Islam ialah terrorist, Islam ialah pengganas. Malah ramai yang menyokong Israel kerana menyangka Islam ialah pihak jahat.

Anda pula tak puas hati dengan pihak yang menyokong Israel dan menyatakan mereka tentu tidak faham apa Islam sebenarnya. Anda mahu mereka faham, tetapi seakan mustahil kerana mereka dari perspektif yang berbeza.

Begitu juga dengan pemakaian. Bagi mereka wanita bebas memakai apa sahaja, jika lelaki tidak dapat menahan nafsu melihat wanita memakai seksi maka lelaki itu tidak berpelajaran kerana tidak mampu mengawal nafsunya sendiri.

Nak buat macamana itu dah perspektif mereka. Tetapi bagi perspektif kita, wanita itu sendiri yang tidak berpelajaran (jahil) apabila berpakaian tidak menutup aurat.

Dari perspektif harta kekayaan pula, sudah pastinya anda juga akan menyumbang kepada bangsa dan agama sendiri dan bukan kepada bangsa lain dan agama lain. Begitu juga dengan Syed Mokhtar, dan begitu juga dengan Roger Barnett.

The Elie Wiesel Foundation?

Sekali lagi, jika tidak tahu apa itu the Elie Wiesel Foundation, sila buat kajian sendiri dan jangan ikut-ikut khabar angin dan buah mulut orang.

The Elie Wiesel Foundation memperjuangkan hak-hak kemanusiaan, keadilan, kesaksamaan dan kesejagatan seluruh manusia. Elie Wiesel pula seorang Israel yang menganut agama Yahudi. Jangan ikut-ikut yang saya tulis ini, kaji sendiri OK!

Cuba bayangkan melalui perspektif Syed Mokhtar tadi. Jika Syed Mokhtar memiliki Shaklee, dan penganut Buddha dan Kristian tahu bahawa lebih RM1 bilion telah disumbangkan kepada Islam menerusi yayasan kebajikannya, membantu umat Islam bukan sahaja kepada warga Malaysia malah kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia, adakah mereka akan bertindak memboikot Shaklee?

Jika saya di tempat anda, saya tidak akan terbayang begitu. Bagi saya setelah segala kebaikan yang ada pada Shaklee itu bertahan selama lebih setengah abad, Shaklee pasti dibeli semula oleh penganut agama lain. Shaklee akan terus direbut untuk dijadikan hak mereka, kerana mereka terlalu ingin memonopoli perniagaan yang bergenerasi. Anda di mana?

Quit jer…

Quitters Never Win, Winners Never Quit!

Winners di sini bukan bermaksud pemenang tetapi orang yang berjaya (just in case ada yang tak tahu).

Kejayaan seorang muslim diukur dari berapa banyak mereka memberi dan berapa banyak mereka mampu memberi lagi setiap hari. Bukan diukur dari sesanggup mana diri sendiri memusnahkan apa yang telah dibina dan kemudian memandang mulia perbuatan tersebut.

Nak tanya yang quit Shaklee, berapa banyak sumbangan anda terhadap Islam? Apa yang telah anda sumbangkan? Sedangkan bangsa lain di Malaysia pun sibuk memberi dan menyumbang terhadap bangsa dan agama mereka sendiri dengan pendapatan yang diperoleh dari Shaklee, kita pula sibuk meruntuhkan dan merasa mulia dengan perbuatan yang sebenarnya di dalam tipu muslihat syaitan dan nafsu itu sendiri.

Jangan Terpesong, Jangan Terpedaya

Syaitan dan nafsu menipu kita bukan dengan membisikkan maksiat dan kejahatan semata. Mengapa? Kerana syaitan tidak bodoh, tak mungkin membisikkan kejahatan yang tidak memberi keuntungan kepadanya. Nafsu pula memang kerjanya menipu, tak mungkin mudah ditipu.

Orang alim dibisikkan riak dan takbur, orang kaya dibisikkan sombong dan angkuh, orang bisnes dibisikkan was-was dan halal haram. Antara setiap jenis individu ini hanya yang benar-benar faham sahaja akan boleh mengharungi bisikan-bisikan sebegini.

Dalam surah al-Asr ada menyatakan bahawa demi masa sesungguhnya setiap manusia itu berada dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan dengan haq (benar) dan yang berpesan dengan sabar.

Maka yang berpesan kepada kemusnahan itu pastinya tergolong dalam golongan yang rugi. Anda di mana?

Saya bukanlah para ilmuan cendikiawan, saya bukanlah pendebat politik, saya bukanlah guru yang hebat.

Saya hanyalah pengedar Shaklee biasa yang beroleh sedikit pendapatan untuk hidup, di samping beberapa sumber pendapatan lain yang bergerak seiringan.

Namun prinsip saya ringkas dan jelas, prioritize!

Prioritize: Utamakan Yang Utama! (Part II)

Orang boleh berkata, para cendikiawan boleh melontar pandangan, para agamawan boleh keluarkan hukum berdasarkan sebuah perspektif. Tetapi Islam tidak memberatkan, dan Islam tidak membebankan.

Dalam seluruh kehidupan itu masalah akan sentiasa datang dan pergi. Bila sampai masa ia akan datang, bila sampai masa juga ia akan pergi. Begitulah turun naik jatuh bangun setiap yang bergelar insan di atas muka bumi Allah s.w.t ini.

Saya rakyat Malaysia, Malaysia adalah negara saya yang tercinta, dan saya berbangsa Melayu. Adakah saya mempunyai pilihan untuk tidak mencintai Malaysia? Apakah saya mempunyai pilihan untuk tidak berbangsa Melayu? Itu secara umum.

Bila pergi lebih mendalam sedikit, ada sesiapa di zaman ini yang boleh hidup tanpa sekeping pun wang kertas pun sepanjang hidupnya? Tahukah anda hukum wang kertas itu pada asalnya ialah haram kerana tidak disandarkan kepada sebarang nilai?

Jika benar anda sayangkan saudara seIslam anda, tolong hentikan penggunaan wang kertas seluruh saudara seIslam anda. Boleh? Jangankan seluruh saudara seIslam, untuk diri sendiri pun adalah teramat sukar untuk dilaksanakan.

Kita Pergi Dalam Sikit Lagi

Rokok. Mampukah kerajaan menghentikan rokok serta merta? Apa akan terjadi pada negara ini sekiranya rokok ditiadakan terus dalam negara kita? Penyeludupan berleluasa, rasuah tidak terkawal, jenayah meningkat berpuluh kali ganda (this is reality).

Tapi nak tanya, apakah hukum merokok pada ketika gejala ini masih terus berleluasa? Masih haram, bukan?

Sedangkan rokok tiada lain fungsinya melainkan membinasakan. Merosakkan kesihatan, membazirkan wang ringgit, merosakkan keturunan, dan 1001 jenis keburukan yang jelas dan nyata. Namun mengapa masih diteruskan tanpa diboikot?

Pernahkah anda bertanya, apakah nasib penjual-penjual rokok? Yang menghisapnya jangan lagi ditanya, memang parah. (Anda hisap rokok tak?) Yang menjual ini – Apakah yang disuap kepada anak bini mereka?

Saham Sikit Sorang

Bagaimana pula dengan pengedar rokok, pengilang rokok, bos syarikat rokok, badan yang meluluskan rokok, apakah nasib mereka? Tidakkah anda kesian dengan golongan ini, yang mungkin saudara mara anda sendiri? Yang pastinya masih saudara seIslam anda juga, bukan?

Yang mengutip hasil jualan rokok, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangannya, yang keseluruhan hasil ini kemudiannya disalurkan pula kepada jabatan-jabatan lain, yang menjadi sumber bayaran gaji kepada para penjawat awam.

Pernahkah anda mempersoal halal haram gaji tersebut? Mampukah dipersoal sampai macam tu sekali? Perlukah? Pernahkah anda terfikir di mana letaknya rokok dalam hal ini yang mungkin menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlaq & moral masyarakat kita sekarang?

Anda hisap rokok? Vivix ada untuk membantu anda bebas dari rokok…

Rokok & Israel

Belum lagi dibahaskan tentang berapa banyak pula hasil rokok disalurkan kepada Israel? Pernahkah anda perjuangkan? Perokok yang membayar harga rokok, walau berjuta RM sekali pun sebulan, tidak akan dapat balik walau 1 sen pun.

Yang merosakkan badan, yang membinasakan agama dan bangsa, yang menghancurkan masyarakat ini didiamkan walaupun ibarat meletakkan pisau di leher sendiri tetapi yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan ini juga yang diporak perandakan.

Ini yang saya sebut prioritize!

Wang kertas masih digunakan kerana kita belum mampu untuk berurusan dengan wang dinar dan dirham.

Rokok masih diteruskan secara bebas kerana menjadi sumber pendapatan tinggi kepada negara, walaupun haram.

Shaklee Di Mana?

Yang jelas Shaklee itu sebuah perniagaan, yang berpusat di Amerika. Tiadakah umat Islam di Amerika? Yang bukan Islam di Amerika sekali pun, adakah mereka ada pilihan untuk tidak membayar cukai kepada kerajaan mereka sendiri yang menyumbang kepada Israel yang menjadi peluru kepada orang Islam di Palestin?

Adakah anda fikir umat Islam di Amerika yang membayar cukai ini menyokong pembunuhan rakyat Palestin? Tapi adakah mereka mempunyai pilihan untuk tidak membayar cukai? Kita pula menyibuk “kenapa tak pindah?”, “berhijrah jer lah”. Amboi senangnya bercakap, tak kena bayar pun.

Adakah kita yang menentang kenaikan harga minyak sanggup berpindah ke negara lain sepertimana yang diperli oleh seorang menteri? Jadi apa bezanya kita dengan Muslim di Amerika?

Fikirkan dengan wajar dan bijaksana. Saya juga sudah bertahun tak makan McD dan KFC, tapi saya tidak pernah menyebarkan keburukan mereka untuk memuaskan hati kononnya melakukan sesuatu yang murni.

Pasti anda tertanya, mengapa saya sebut KFC? KFC menyumbang kepada Israel kah? Bukan yang menyumbang kepada Israel sahaja hidup kita di atas muka bumi Allah s.w.t ini tuan-tuan, tetapi tanggungjawab kita jauh lebih besar dari itu.

Amal Ma’ruf, Nahi Mungkar!

Berbuatlah baik dan tinggalkan keburukan. Rokok tidak baik, tinggalkan. Makanan segera tidak baik, tinggalkan. Maggi tidak baik, tinggalkan. Ajinomoto tidak baik, tinggalkan. KFC tidak sihat, tinggalkan. Ayam daging tidak sihat, tinggalkan. Nestle produk Israel, pun tinggalkan.

Shaklee sihat, teruskan. Shaklee baik, amalkan. Sebagai penutup, saya kongsikan ayat pada screenshot rambang ini untuk renungan bersama.

boikot-shaklee

TERBARU: Ini pula video pengakuan Roger Barnett sendiri berhubung isu konflik kemanusiaan:

Sekian dahulu mukaddimah ringkas saya untuk hari ini, nak terperinci lagi mungkin kena tulis buku kot. Diharap pembaca membaca sambil berfikir, yang tergantung itu sambunglah dengan perspektif sendiri yer.

Baru kupas sikit pun dah 2 ribu patah perkataan, maaf ambil masa pembaca sekalian, wallahu a’lam.

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

56 thoughts on “Kenapa Saya Tak Boikot Shaklee? Secara Ringkasnya…”

  1. Penejelasan yang betul2 memberi kesan dalam diri saya..tersentuh membaca nya.. bak kata mummy saya, Mummy fuzza nisa..boikot dengan ilmu..
    HArap sape2 yg memboikot tuu..dapat laa berfikir secara waras….

  2. Itanimulli IsNothing tak baca entri ini kot..? Main komen jer yer… Untuk makluman, isu yang tuan nyatakan ini sudah jelas lama dahulu. Isu ini telah menyebabkan lebih meramaikan umat Islam join Shaklee. Mengapa? Sila kaji sendiri, anda pasti akan join juga tanpa paksaan dan hasutan sesiapa (itu pun jika tuan faham apa yang tuan baca).

    Untuk ingatan kepada diri sendiri juga, jangan menampakkan kemalasan kita membaca, jangan menampakkan kegagalan kita dalam memahami sesuatu perkara, insya-Allah kita akan nampak pandai walaupun hakikatnya tidak seberapa.

    Wallahu a'lam.

  3. minta penjelasan ttg Keneseth Israel jgk ye…. sbb mmg ceo die kan ahli lembaga pengarah elie wiesel foundation… mmg foundation tu humanity punye foundation tapi hnya tolong n menderma kepada kanak2 israel je… boleh tolong jelaskan..??

    i mean,, jadi lembaga pengarah takkan x menyumbang ape2 utk elie wiesel foundation tu??

  4. Fatin Nabihah Nilman seperti yang diterangkan di atas, sila buat kajian sendiri, jangan dengar buah mulut orang.

    Cara nak kaji, search Keneseth Israel dan baca serta fahamkan, search Elie Wiesel Foundation dan baca serta fahamkan. Tonton video pada entri di atas dan fahamkan. Connect-kan dengan Shaklee.

    Bukan saya tidak mahu beri penjelasan, tetapi saya tidak mahu kemalasan menjadi sikap utama bangsa saya sendiri, saya tidak rela fitnah berleluasa di kalangan penganut agama saya sendiri, saya tidak suka misassumption yang dilakukan oleh saudara saya sendiri, kemudian perkara yang tidak dikaji dibiarkan tidak dikaji tanpa sebarang inisiatif, tetapi berlumba2 menjadi wartawan tidak bergaji, lebih2 lagi yang bersifat menjatuhkan sesama kita.

    Cuma satu ingin saya bertanya sebagai klu bagi persoalan anda, pernahkah anda bersedekah walau sekecil RM1 di masjid atau surau? Jika ya, mengapa dan apakah tujuannya? Jika tidak, anda tidak layak mempersoal apa yang orang lain sumbangkan untuk agama mereka sendiri.

    Disebabkan isu ini juga semakin ramai umat Islam yang sertai Shaklee. Masing2 berlumba2 untuk meningkatkan tahap sumbangan terhadap agama tercinta. Tapi anda, di mana? Anda buat apa?

    Wallahu a'lam.

  5. beberapa ciri mereka yg anti shaklee,
    – malas membaca
    -asal buruk shaklee..share..kasik jd viral
    -lepas tu rase puas hati..
    tanpa sedar..ianya hanya untuk memuaskan rasa cemburu pada sid..
    diaorang tetap begitu..hanya mencari buruknya shaklee..
    dan sid semua..teruskan berlari..jangan berhenti..

  6. Xkn nk suruh roger barnett menyumbang kpd Sekolah pondok di Msia pulak..

    Eisel wiesel tu humanity utk agama dia la.. (Untukmu agamaku.. Untukku agamaku – surah Alkafirun)…

    Brpuluh ribu sebulan geng2 shaklee sumbngkan ke rumah2 anak yatim etc.. Xkn kitaorg nk kumpul mklumat bgtau dlm ni bru korang prcaya…

    Mudah je.. tgk watak2 SID shaklee ni. Ada ke yg tunjuk kete mewah hari2, tdo atas duit…??..

    Jika rzki tu x berkat.. Allah takkn lorongkan hati kita ke Shaklee.. Subhanallah.. Byk dh yg dpt bngun… Tapi kita asyik komplen org… Isk Isk

  7. maaf puan, saya rasa hujah "kenapa saya boikot shaklee" tidak dijawab dengan hujah oleh puan tetapi penulisan puan lebih kepada persepsi. Puan seperti jump to conclusion berdasarkan apa yg puan baca bukannya mengemukakan hujah untuk pembaca menilai dimana kebenarannya. Saya tidak menyokong mana-mana kerana saya tidak membuat kajian yang mendalam seperti puan. Penulisan puan ada kebenarannya tetapi tidak secara menyeluruh. Kita jangan terlalu taksub dengan pandangan kita sendiri dan merasakan kita benar secara mutlak. Berlapang dada dengan semua fakta yang ada, baru buat pertimbangan secara kritikal bukan secara emosi.

  8. Pertama, saya tidak menjawab hujah "kenapa saya boikot Shaklee", tetapi menyatakan sebab saya tidak boikot Shaklee. Dua isu berbeza.

    Kedua, seperti yang dinyatakan dalam artikel itu sendiri, hujah saya banyak tergantung dan mungkin memerlukan saya menulis buku untuk pergi secara terperinci.

    Ketiga, saya memberi ruang kepada pembaca untuk menyambung dengan perspektif sendiri, bukan memutlakkan pandangan peribadi.

  9. Kami tidak pernah berkompromi dengan hukum, tidak pernah dengan sengaja melanggar hukum, samada kerana duit atau sebab lain. Hukum tetap hukum, isu yang dibincangkan bukan tentang melanggar hukum tetapi perbezaan pendapat tentang hukum.

    Orang yang tidak terlibat mudah komen ikut luar, tak masuk ke dalam sebab tak tau apa nak celah. Tapi tolonglah, komen tak berkenaan tak diperlukan di sini. Dialog mesti kena pada isunya, bukan main celah ikut tepi jer.

    Bila tak jawab kata senyap tak terkata, tapi nak jawab macamana bila dah lari dari tajuk dan isu yang dibincangkan. Bila kata tak baca kang marah, tapi bila komen macam tak baca.

  10. Keempat, nak jawab isu "kenapa saya boikot Shaklee" hujah saya:

    (1) meletakkan fatwa di tempat yang salah adalah perbuatan yang tidak betul,

    (2) mengharamkan yang halal adalah berdosa,

    (3) menggunapakai entri UZAR yang telah dipadam,

    (4) the Elie Wiesel Foundation tiada kena mengena dengan Shaklee, malah Roger Barnett tidak pernah menggunakan duit daripada Shaklee kepada perkara yang luar daripada Shaklee termasuk foundation tersebut.

    (5) Shaklee bukan hak milik kekal Israel seperti Nestle dsb malah ia boleh dibeli oleh orang Islam. Roger juga membeli Shaklee dari syarikat Jepun pada April 2004 pada harga $310juta.

    (6) Kenyataan beliau bahawa hukum Dr Yusof Al Qardhawi berkenaan wajib boikot barangan Israel dan amerika yang bercanggah dengan hukum asal mengharuskan muamalah dengan orang bukan Islam, yang dinyatakan dikeluarkan 10 tahun yang lalu, tidak boleh digunapakai kerana ada kebarangkalian berlaku lagi pertukaran hukum selepas 10 tahun berlalu dengan isu yang berbeza.

    (7) Kenyataan beliau lagi yang menggunakan fatwa ulama tersebut secara terus tanpa sumber secondary, dalam fatwa tersebut secara terus tidak ada menyebut Shaklee, maka sumber yang anda baca (dari beliau) adalah berbentuk secondary, sumber yang tidak diyakini oleh beliau, jadi mengapa anda harus yakin dengan sumber secondary tersebut?

    (8) Kenyataan "Bila bermula?" tidak boleh digunapakai kerana dirujuk kepada laman KI yang telah pun menurunkan logo Shaklee atas arahan Shaklee.

    (9) Bantuan paling afdhal ialah yang paling dekat. Mula2 bantu diri, kemudian keluarga, then masyarakat, negara dan dunia. Kalau dah kesempitan wang bagaimana ingin membantu Palestin? Isu "carilah produk lain, berlambak dibuat oleh orang Islam" tidak boleh digunapakai selagi anda tidak tinggalkan penggunaan wang kertas yang "berlambak dinar dan dirham yang boleh digunakan sebagai matawang". Juga tidak boleh digunapakai selagi keseluruhan Shaklee itu berstatus halal, tidak haram dan tidak berdosa mengguna, membawa, membeli dan menjual.

    (10) Menjatuhkan memang sangat mudah, tapi membina, beliau sendiri pun tercungap2 nak dapat RM1k-3k, kemudian bila tak dapat seperti orang lain yang peroleh RM100k-RM1juta maka jadilah suatu yang menyalahi agama pula. Sedangkan jika betul membangunkan Islam seperti yang dicanangkan, jalankanlah perniagaan produk Islam dan naik sehingga mengalahkan Shaklee, baru betul membantu Palestin (mudahnya berkata2). Bayangkan orang lain yang dikatakan menyokong Israel pun sumbang ratus2 ribu ke Palestin. Yang quit mungkin 1 sen pun tak sampai ke Palestin. Jadi apa bukti yang ingin anda bawa berjumpa dengan Allah s.w.t kelak bahawa anda membantu umat Islam di Palestin?

    Kalau nak jawab penuh mungkin tak habis malam ni, mohon bagitau mana part yang anda tak tahu yang belum terjawab yer, mungkin lebih memudahkan, insya-Allah.

  11. Terlalu ikut duniawi dan kajian melalui internet. Al-Quran sumber yg kebenaran yg memang pasti. Refer Al-Quran dan Istiqarah. InshaAllah dpt petunjuk. Sumber dr internet dan apa2 dari manusia benda yg tak pasti tp Al-Quran? Fikir sendiri.

  12. Elie wiesel foundation is an organisation yg support pembangunan dan humanitarian israel. Semua ni jelas di tulis di web page elie wiesel. Sila baca betul2 di web page tersebut.
    Jika tiada alternative and nyawa mmg bergantung pada shaklee itu tidak mengapalah tapi asal ada alternative lain baik elak kan dr bersangkut paut dgn produk yahudi. Wallahualam

  13. Hujah2 yg diberikan tak kuat. Contoh: artikel kata boleh tak kiter tak nak guna duna wang kertas atau berhenti merokok. Dalam quran already mention cth riba haram sbgai cth. So haram lah. Cuma kiter takde choice mcm penggunaan wang dinar sbgnyai atau membuat loan takde riba. Tapi tetap dosa n haram. Tuh pon kiter guna jugak sbb takde alternative lain. Mcm ni takde choice sngt ker? Mcm penggunaan makanan sunah dan sbgainya. Sori..just my 2 cents. Artikel mmg alasan tak byk facts…n pjg berjela yg takde isi yang kuat. Anyway, i would understand y ppl are very angry because we as muslim are making money out of this. Tak dinafikan saya juga consume sharklee but facts still facts. Just pilihan di tangan kiter. Use wisely. Don't have to tegakkan mende yg mmg facts.

  14. Habiah Abd Kadir ikut al-quran = ikut tepi? al-quran petunjuk hidup dari semua segi. maksud sy sy tak komen biz shaklee ni truk ke apa, sy just ckp refer al quran n istiqarah minta petunjuk Allah. dah buat ke? from there inshaAllah mana tahu Allah bg petunjuk. don't understand y u have to be soo defensive…..

  15. Salam puan,
    Semoga puan sentiasa dalam rahmat Allah. Isu memboikot produk2 yg
    menyumbg kepada zionist berkait rapat dgn akidah dan tggjwb sebagai seorg
    islam. Lantas sy fikir tidak wajar dilihat
    secara perspektif. Sy amat tidak bersetuju jika pn kata kita tidak ada pilihan. Pn telah pilih utk tdk makan kfc dan mcD, tp kenapa x boleh utk tgglkan produk shaklee? Adakah pn tidak yakin akan rezeki Allah. Adakah pn rasa semua rezeki yg pn dapat selama ini adalah kerana usaha pn semata-mata? Tidak!!! Sebagaimana tiada seorangpun yg akan memasuki syurga Allah melainkan dgn rahmatnya (bkn dgn amalan2nya) begitu juga dgn rezeki. Firman Allah swt, Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kami lah yg memberi rezeki!

  16. Hafiz Hamilluddin, maksud komen ikut tepi ialah keluar topik, iaitu komen tanpa mengikut pada isu yang dibincangkan.

    Al-Quran dan sunnah adalah akar umbi kepada perbincangan kita, dengan Al-Quran dan sunnah kita selaraskan kehidupan seharian. Solat istikharah juga merupakan asas yang dilaksanakan sebelum sebarang isu dikeluarkan.

    Kemudian kita turun ke dalam dan ke dalam lagi sehinggalah menjadi halus dan benar2 menuju kepada perkara yang menimbulkan perbezaan pendapat (yang pada asalnya adalah mengikut hukum Al-Quran dan sunnah).

    Maka setelah perbincangan itu semakin ke dalam, tiba2 tuan muncul dengan memberikan hujah "sebelah atas" yang saya kira tidak memberi manfaat dalam perbincangan ini.

    Untuk memudahkan pemahaman tuan dan pembaca lain, saya berikan satu contoh mudah.

    Ibarat enjin kereta tak hidup. Saya pun berdoa kepada Allah s.w.t supaya dipermudah urusan, kemudian turun dari kereta dan buka bonet enjin. Saya cek satu2, bateri ker, wayar2 tercabut ker, tangki radiator bocor ker, starter rosak ker, dsb.

    Tiba2 pomen datang dan mencelah, ini semua dari Allah s.w.t dan kemudian berlalu pergi. Selesai tak masalah kereta tadi?

    Wassalam.

  17. Ini pun salah satu contoh tipikal orang Melayu kita, memutar belit ayat. Bila saya sebut dengan jelas bahawa tuan komen ikut tepi, tuan pula menukar ayat saya kepada "saya kata Al-Quran itu ikut tepi". Kalau tuan diputar saudara seagama, tuan marah tak?

  18. Habiah Abd Kadir Sy hanya komen selepas baca tulisan saudari di atas. Berdasarkan tulisan saudarilah dimana sy fikir terlalu mengikut rencana dunia. Terpulanglah. Tanya diri kita, kita nak ke mana? Maaf kalau ada menyinggung perasaan saudari, niat asal hanya untuk memberi sedikit pandangan/nasihat.

  19. Wsalam puan,

    Saya telah pilih untuk tidak makan KFC dan McD kerana ia tidak bagus, tidak sihat (dan tidak menyihatkan), tidak selamat, tidak semulajadi dan (McD) menyumbang secara direct kepada Israel.

    Saya tidak boikot Shaklee kerana ia bagus, sihat dan menyihatkan, selamat, semulajadi dan tidak menyumbang kepada Israel samada secara direct atau pun tidak. Hanya pihak yang tidak tahu sahaja akan menuduh melulu.

    Tak timbul isu tidak yakin rezeki Allah s.w.t, atau rezeki kerana usaha semata, dsb. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan ekonomi ummah dengan kaedah yang halal dan tidak dibuktikan haram tetapi dicemar segelintir pihak hanya kerana Roger Barnett membeli syarikat Shaklee. Bagaimana kalau Roger Barnett membeli syarikat Bernas?

    Saya tidak boikot Shaklee juga boleh disamakan sepertimana puan belum dapat tinggalkan Facebook yang mungkin kerana media sosial alternatif ummaland.com masih belum dapat mengalahkan kualiti Facebook, maka puan masih tetap setia menggunakan Facebook. Apa pandangan puan terhadap aqidah puan sendiri jika berterusan menggunakan Facebook?

    Begitu juga saya yang masih menggunakan Shaklee kerana (1) belum ada produk yang diketahui dapat menandinginya secara menyeluruh, dan (2) ada jalan untuk kita orang Islam memiliki syarikat Shaklee itu sendiri.

    Mungkin puan akan kata "saya guna Facebook tapi tak menyumbang satu sen pun kepada mereka" namun apa yang tidak ramai orang tahu, traffic = money, setiap seorang yang login dan guna Facebook akan menyumbang dana kepada mereka melalui pengiklanan (sehinggakan Mark Zuckerberg berjaya mengumpul USD64bilion pada usia muda). Dari mana? Dari pengguna percuma seperti kita semua.

    Sama juga seperti TV3, tonton tanpa membayar satu sen pun, tapi dari mana dana itu datang? Dari penonton yang ramai juga dana akan sampai kepada TV3. Jika tiada seorang pun yang tonton TV3 secara percuma, adakah dana akan sampai ke tangan mereka?

    Ummaland juga tidak akan berjaya sekiranya trafik tidak tinggi (tidak ramai orang) yang daftar percuma dan guna setiap hari. Jadi puan sebagai pengguna Facebook boleh nafikan menyumbang kepada Facebook?

    Kalau bukan kita yang rebut, nak tunggu siapa? Kalau bukan kita yang berusaha, usahlah dicemuh usaha murni orang lain.

    Wallahu a'lam, semoga puan sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t, amin.

  20. Hafiz Hamilluddin ibarat kisah pomen tadi, memang tak salah malah 100% betul apa yang dikata, tapi tak kena pada tempatnya, malah membuatkan perasaan orang lain terganggu. Apa hukumnya?

    Bagaimana pula sebagai contoh jika saya yang tak tahu cerita tiba2 bertanya, "kenapa tuan simpan misai? tuan tak ikut sunnah ker?" atau "kenapa kawan2 tuan main futsal nampak aurat? tak takut siksaan Allah s.w.t ker" atau "kenapa post gambar perempuan main futsal yang tidak menutup aurat?" Kemudian bertanya kita nak ke mana.. syurga atau neraka? Tanpa mengenali tuan dan tanpa mengetahui pokok pangkal apa yang berlaku.

    Kemudian bila orang dah marah, kita pun berlembut dan meminta maaf. Tapi bila orang yang kita mohon maaf tadi masih bersuara, kita pula akan kata keburukannya tidak memaaf, kuat melenting dsb sehingga melupakan siapa yang menyebabkan kemarahan dan apa hukumnya.

    Rencana dunia itu seperti yang telah saya nyatakan, Al-Quran dan sunnah sudah pun di hadapan, yang dipersoal itu adalah yang di dalam isu. Takkan nak jawab tengok Quran? Dalam Quran mana ada sebut Shaklee dsb..

    Sama juga kisahnya dengan rokok, dalam Quran tidak disebut rokok tetapi apabila dibincangkan lebih mendalam maka keluarlah fatwa merokok itu haram. Kalau tuan kata ikut Quran dan sunnah sahaja, maka rokok tidak haram.

    Tapi yang terjadi fatwa haram itu pula kebanyakannya mengikut rencana dunia, merosakkan kesihatan, bayi lahir pramatang, merosakkan jari, masalah puntung rokok dibuang merata dsb yang bersifat rencana dunia. Bila saya sebut isu kualiti dan kesihatan, tuan kata saya mengikut rencana dunia seolah tanpa Quran dan sunnah.

    Kadang2 niat tu nak kena perbaiki juga, samada nak menghentam atau membina. Jika menghentam, memang sangat mudah dan tak akan pernah habis tapi tak ke mana. Jika membina, mungkin sukar tapi insya-Allah kita boleh mengalahkan puak2 kafir laknatullah.

    Wallahu a'lam.

  21. Puan Ayeen Abdul Rahman tak akan rasa takde choice bila puan belum pernah melangkaui tahap kemampuan sesebuah syarikat atau sesuatu produk. That's the fact yang orang yang melaluinya sahaja yang tahu.

    Puan pernah jual makanan sunnah sehingga tidak mampu menampung permintaan? Sehingga tutup kilang? Sehingga bertukar pengurusan? Di mana pada waktu itu tak sampai tahap ratus ribu pun income setiap bulan.

    Yang ini sudah lebih setengah abad masih tetap berjuang tanpa tutup, tanpa quit, bahkan diperbaiki lagi dengan pantas setiap masa dan ketika tanpa henti. Apa lagi fakta yang puan inginkan?

    Pemakanan sunnah sudah lebih tiga syarikat saya sertai, namun kini hanya tinggal satu yang masih berjalan dan saya sendiri masih sama2 memperjuangkannya. Puan ada buat? Bagaimana permintaan produk? Mampu tampung tak? Kalau tak mampu apa yang puan buat? Tunggu stok baru atau cari alternatif?

    Quran digital juga saya jual, sampai bergaduh pengilang dengan pengedar apabila stok tak sampai, tak cukup dan tak sempat nak restock, berebut customer dan pelbagai isu tidak sihat berlaku. Sampai sekarang terdapat ratusan jenama Quran Digital yang sangat teruk kualitinya. Puan ada buat?

    Apakah pilihan yang masih ada? Adakah saya tak buat pilihan2 lain masih ada itu?

    Berbalik kepada pokok, nak menghentam dan menghukum memang senang, tapi diri sendiri sudah berusaha kah? Sudah cukup membina? Apa yang boleh saya ikut? Apa yang boleh puan bantu saya dalam menjana ekonomi negara yang menjadi fardhu dalam hidup seorang muslim? Apa yang boleh puan bantu saya memerangi Zionist dengan sumbangan yang besar?

    Wallahu a'lam.

  22. wow..money can buy iman..tats all I can say. U don't trust dengan rezeki Allah. We have choice. Jgn kata takde choice yer Puan. Cuma pilihan di tangan kita. U r giving reasons on profit tat u gained and trying to rationalize it. Saya hanya memberi pandangan saya shj…terpulang. Wallahu a'alam. Cukuplah komen setakat ini.

  23. Terima kasih sudi jawab. Masa saya 1st baca entri ni pening sket sebab tak dapat nak syc point puan dengan entri 'kenapa saya boikot shaklee' rupanya bukan itu tujuannya. maaf atas 1st impression yang salah. Memang agak tergantung point puan, sebab tu saya tak paham.tapi penerangan semula ni lebih jelas untuk pembaca menilai sendiri. Masing-masing pihak ada kekuatan dan kekurangannya dalam menjelaskan isu ini. Harap pembaca ada usaha untuk buat research macam puan jugak bukan sekadar copy and paste ikut kemahuan diri tanpa bersandarkan kepada kebenaran. Syabas atas usaha puan. Semoga usaha ini atas niat yang ikhlas untuk memperbetulkan keadaan.

    "Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan kurniakan kepada kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah dan kurniakan kepada kami kekuatan untuk meninggalkannya"

  24. Ayeen Abdul Rahman Nestle bukan sahaja merupakan syarikat Israel, malah Milo tidak bagus untuk kesihatan (minum milo jadi kuat adalah agenda Yahudi), Nescafe juga tidak bagus, Starbucks juga tidak menyihatkan.

    Siapa yang kata produk Nestle bagus untuk kesihatan? Jangan reka fakta sebarangan. Even yogurt pun tidak diketahui sumber yogurt dan buah2an di dalamnya.

    Yup, kita boikot kerana tidak mahu menyumbang kepada ekonomi Israel. Maka apabila Shaklee tidak menyumbang kepada ekonomi Israel (malah yang ada cuma tuduhan tidak berasas), mengapa menyokong untuk diboikot?

  25. Read between the Lines and analyse. Tiada Perniagaan akan tulis terang2 yg mereka support Regime Zionist Israel. Kalau dahulu nya ada sekarang semua Webmaster mereka di arah utk delete.

  26. Zainal Hashim, ya diarah untuk delete oleh Shaklee, kerana melanggar P&R yang telah ditetapkan oleh Shaklee dan boleh disaman di bawah undang2 sekiranya ingkar. Tak jumpa tak kena, bila dah jumpa maka arahan terus dikeluarkan untuk delete logo Shaklee dalam laman web KI.

    Mengapa delete? Sebab takut kantoi? Bukan, sebab delete ialah kerana KI berniaga produk Shaklee, mendapat keuntungan dan sebahagiannya disalurkan kepada Israel, BUKAN Shaklee yang menyalurkan keuntungan mereka kepada KI.

    KI telah delete atas arahan Shaklee telah menunjukkan bahawa KI yang akur kepada Shaklee, dan bukan Shaklee yang akur kepada KI.

    Maka perjuangan kita sebagai seorang muslim ialah dengan merebut keuntungan yang lebih besar (dalam konteks ini ialah) melalui bisnes Shaklee untuk disalurkan kepada agama kita, BUKANNYA quit dan membiarkan kekayaan dibolot oleh musuh Islam.

    Brand yang diboikot adalah brand yang terang2an membuat kenyataan bahawa mereka support Israel seperti syarikat rokok, Nestle, Starbucks dan McD.

    Manakala Shaklee pula sudah pun membuat kenyataan terbuka bahawa mereka tidak terlibat samada secara langsung atau tidak mana2 konflik kemanusiaan.

    Kenyataan ini tidak perlu dipercayai jika tidak mahu atas dasar Roger Barnett itu Israel, tetapi adalah menjadi suatu yang melanggar hukum Islam (iaitu memfitnah) apabila kita membuat andaian yang tidak berasas.

    TAMBAHAN untuk Gedung Kirana, yang jelas dalam laman web the Elie Wiesel Foundation ialah mereka berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan sedunia tanpa mengira agama, tetapi pengasasnya ialah seorang Israel yang "warak" dalam agamanya.

    Dalam konteks Elie Wiesel ini, ia sama seperti kita orang Islam yang menginginkan keadilan dan kesaksamaan sejagat secara menyeluruh tanpa mengira agama, yang apabila kita menubuhkan yayasan khas untuk tujuan tersebut pastinya diasaskan oleh seorang yang warak dan kuat pegangan agama Islamnya.

    Wallahu a'lam. Semoga perbincangan ini membuka hidayah buat kita semua yang mendambakannya dan mudah2an kita semua dirahmati oleh Allah s.w.t atas niat lurus kita ke jalan yang diredhai-Nya, amin.

  27. Minta pengedar2 Shaklee membaca dan merujuk kepada Fatwa Palestine karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Isu2 berkaitan Palestine dibincangkan berpandu AlQuran dan Sunnah. Bukan bersifat peribadi semata- mata.

  28. Ayeen Abdul Rahman kita berperang dengan wang, bukan dengan air liur. Tanpa wang yang banyak bagaimana kita layak menyatakan kita berjuang untuk Palestin?

    Yes I'm giving reasons to do, not to quit and hoping others to help Palestinian.

    It's not money that buys Iman, but how you fight to expand your health & wealth in order to expand Islam and to fight justice.

    And yet, we're not doing Shaklee for money. We're expanding the benefits of health to other muslims and money comes to us.

    Akhir kata, yang negatif akan terus kekal negatif. Cuma yang saya harapkan agar melalui perkongsian ini kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t dan dikurniakan rahmat atas niat yang berlandaskan objektif kehidupan yang sama dalam Islam, wallahu a'lam.

  29. Zainal Hashim, yang tersirat itu lebih bersifat anggapan atau andaian dan ia tidak berasas. Jika betul satu kebetulan, jika salah menjadi fitnah. Nauzubillahi min zalik.

    Untuk membuat andaian tidak berasas adalah sangat mudah. Saya juga boleh beranggapan bahawa majoriti yang komen negatif di sini adalah yang tidak pernah tahu tentang Shaklee, malah mungkin juga seorang perokok yang tidak kisah 12% duitnya disumbangkan secara terus kepada Israel.

    Tapi untuk apa membazirkan masa? Sedangkan orang lain berebut2 memperjuangkan agama termasuk dari sudut ekonomi untuk membantu proses kebebasan konflik kemanusiaan di Gaza.

  30. Whatever yang di tulis kalau bercanggah dgn puan empunya Blog ini akan ada balasan daripada beliau utk pertahankan perniagaan beliau. This is all about money! Cara nya latak belakang nanti bolih kira! Daripada apa yang saya baca dari komen balas beliau.

  31. Zainal Hashim, saya sekadar menegakkan haq dan kebenaran, serta membersihkan kekotoran fitnah, bukan menegakkan wang dan emosi. Apa yang belum jelas, saya terangkan dengan apa yang saya tahu.

    Sebab itu saya berharap agar perbincangan ini mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah s.w.t, bukan berharap agar semua orang kata saya betul. Wallahu a'lam.

  32. Habiah Abd Kadir Tidak menyumbang 1 sen pun kepada Palestin adalah jauh lebih baik daripada menyumbang 1 sen ke kantung orang yang menyumbang kearah pemusnahan Palestin
    Fatwa memboikot Amerika dan Israel tak ada kaitan dengan muamalat dengan orang bukan Islam tapi berkait dengan kafir harbi

  33. Kattana My benar kata puan, terima kasih kerana membuka satu lagi perspektif dalam isu boikot. Saya bersetuju dengan perletakan point puan dalam isu ini.

    Isu ini tidak sepatutnya mengaitkan hukum halal berniaga dengan orang bukan Islam. Tetapi isu ini sepatutnya dikaitkan dengan jenis orang kafir yang kita tidak sepatutnya kita berurusan dengan mereka (yakni kafir harbi) kerana (salah satunya) mereka telah melanggar perjanjian. Benar apa yang saya faham dari apa yang cuba puan sampaikan?

    Jika benar sebagaimana yang saya faham, maka sebab itulah saya sangat tekankan untuk boikot rokok, Nestle & McD, yang saya faham adalah berurusan secara langsung dengan Yahudi.

    Shaklee pula bagaimana?

    Saya melihat ia seperti tanah Palestin yang dirampas oleh Israel dan usaha kita orang Islam untuk merebut kembali tanah tersebut (mohon betulkan saya jika saya salah). Kita akan terus berperang sehingga ke titisan darah terakhir.

    Shaklee Corporation yang dahulunya milik syarikat Jepun (Yamanouchi Pharmaceutical) telah "dirampas" oleh syarikat Amerika (Activated Holdings LLC) dan kita boleh "merampasnya" kembali dengan syarat kita berusaha dengan keras dari segenap sudut.

    Bagi saya suatu yang bukan mudah tetapi tidak mustahil. Yang penting pemahaman terhadap perjuangan itu sendiri mesti benar2 kukuh.

    Wallahu a'lam, terima kasih sekali lagi puan kerana telah berjaya membuka satu lagi perspektif yang tidak terkupas dalam entri yang serba kekurangan ini.

    Semoga Allah s.w.t terus merahmati kita semua yang tidak pernah berputus asa mencari kebenaran, amin.

  34. Habiah Abd Kadir Saya quote dari kata2 puan diatas. " Bantuan paling afdhal ialah yang paling dekat. Mula2 bantu diri, kemudian keluarga, then masyarakat, negara dan dunia. Kalau dah kesempitan wang bagaimana ingin membantu Palestin? Isu "carilah produk lain, berlambak dibuat oleh orang Islam" tidak boleh digunapakai selagi anda tidak tinggalkan penggunaan wang kertas yang "berlambak dinar dan dirham yang boleh digunakan sebagai matawang". Juga tidak boleh digunapakai selagi keseluruhan Shaklee itu berstatus halal, tidak haram dan tidak berdosa mengguna, membawa, membeli dan menjual. "

    Sungguh berbeza jika Syed Mohktar yang membeli SYKT SHAKLEE, pastinya ZAKAT akan dikeluarkan sesama asnaf yang layak. dan jika KAFIR yang membeli SYKT SHAKLEE pastinya tiada zakat dikeluarkan hanyalah foundation semata2 yang tak pasti (tersembunyi).

    Kekuatan ekonomi Islam bergantung kepada Peniaga dan Pembeli Islam itu sendiri. Jika ramai yang membeli produk Islam maka zakat akan diagihkan dengan baik untuk kemaslahatan ummah itu sendiri. Malah kita tak perlu bergantung kepada ekonomi luar. sbg contoh China. ekonomi mereka sungguh kuat sehingga tidak memerlukan produk asing, kerana produk mereka sendiri telah terbukti berjaya.

    Manakala jika membantu ekonomi negara luar seperti Amerika DSB, ekonomi umat Islam yang sebenarnya rugi. ini adalah pengaliran keluar matawang asing rm ke usd. maka lebih baik membeli produk tempatan Muslim kerana ianya bukan sahaja meningkat KDNK malah membanyakkan pengeluaran zakat dan umat miskin terbela. Ini adalah pandangan saya yang dhaif.

  35. Basyir Ar Rayyan nak keluar pandangan tak susah, yang susahnya ialah nak buat.

    Betul dan saya bersetuju dengan pandangan tuan, tapi adakah tuan melaksanakan seperti mana yang tuan kongsikan itu?

    Janganlah "aku tunggu kamu, kamu tunggu aku… aku tengok kamu, kamu tengok aku… aku harap kamu, kamu harap aku…" last2 satu apa pun tidak terlaksana.

    Ramai orang kita pandai memberi pandangan yang betul dan bernas yang tidak ada cacat celanya. Tapi rata2 saya lihat yang pandai memberi pandangan bernas itu tidak ada satu pun (atau sangat kecil sehingga tidak kelihatan) sumbangannya terhadap agama, bangsa dan negara.

    Sebaliknya yang banyak menyumbang itu tidak ada sedikit pun memberi pandangan dan nasihat selagi kita sendiri tidak pergi meminta pandangannya secara khusus. Mengapa? Kerana Islam yang ajar begitu.

    Sebaiknya tanya diri kita sendiri, sudahkah kita mengeluarkan zakat (selain zakat fitrah)? Berapa banyak zakat yang telah kita keluarkan? Berapa kerap? Adakah setiap bulan tak pernah missed?

    Selain zakat, apakah sedeqah yang telah kita keluarkan setiap hari? Adakah sekadar senyuman dan surah Al-Fatihah yang tidak memerlukan pengorbanan jiwa yang besar? Berapakah pecahan (atau peratusan) pendapatan yang dikhususkan untuk sedeqah?

    Benar, sungguh berbeza jika Syed Mokhtar membeli syarikat Shaklee, sebab itu kita mesti berjuang untuk mendapatkan syarikat Shaklee, bukan hanya membiarkan ia dimiliki oleh orang lain. Antara cara2 memilikinya salah satunya ialah memonopoli bidang dan perniagaan Shaklee itu sendiri.

    Sebagai contoh China, mengapa sampai ke hari ini kita semakin jauh ketinggalan? Kerana kita ramai yang menjawat jawatan "pegawai penerangan" yang sekadar memberi pandangan.

    Tuan boleh bercakap soal meningkatkan KDNK bila tuan tidak tahu berapa ratus juta dollar kerajaan Malaysia mengimport produk Israel ke Malaysia setiap tahun.

    Tuan boleh berkata pengaliran matawang asing RM ke USD menyebabkan kerugian bila tuan tidak dapat membayangkan berapa banyak disalurkan kepada pendapatan negara melalui cukai pendapatan setiap seorang Distributor Shaklee.

    Tuan boleh berkata lebih baik membeli produk Muslim bila tuan tidak tahu betapa banyak produk Melayu yang dibiarkan "berkulat" sehingga menghentikan pengeluaran zakat yang mengabaikan golongan miskin.

    Sebab itu (nasihat kepada diri sendiri juga) lebih baik membuktikan (kepada diri sendiri) melalui sumbangan daripada memberi melontarkan pandangan kepada orang lain yang kita tak tahu sumbangannya.

    Wallahu a'lam.

  36. Habiah Abd Kadir Terima kasih. Komen awk penuh emosi. ini melambangkan peribadi awk yang sebenar. Serba ringkasnya saya cuma nyatakan FAKTA dan minta penjelasan. Masih ada company tempatan yang tidak menyokong ISRAEL dan berdaya saing di arena ANTARABANGSA tapi kenapa masih ada juga individu Malaysia yang bersungguh-sungguh menyokong ISRAEL di saat saudara ISLAM kita dibedil oleh ISRAEL. Benang yang basah tak boleh ditegakkan.

  37. Itanimulli IsNothing, apabila tuan meminta fakta telah pun dijelaskan dalam artikel, ini bermakna tuan tidak membaca.

    Dan ya benar, itulah persoalan yang diutarakan, mengapa masih terlalu ramai individu yang bersungguh2 menyokong Israel, bukan sahaja di saat saudara Islam kita dibedil malah setiap masa dan ketika?

    Kenapa yang sudah jelas seperti rokok, Nestle dan McD masih digunakan oleh orang Islam setiap hari, kemudian dalam masa yang sama, mengapa mengeluarkan kenyataan fitnah tanpa berasas terhadap syarikat yang tiada kaitannya dengan Israel?

    Jika tuan masih tidak jelas tentang KI, saya ada satu soalan untuk tuan. JIKA saya mendaftarkan laman web sebegini:

    Official Website Shaklee Independent Distributor
    http://islam.myshaklee.com/us/en/about.html

    Dan kemudian menjadikan laman web tersebut sebagai satu web perniagaan saya, pada pandangan tuan, adakah orang Israel akan kata syarikat Shaklee itu kepunyaan orang Islam?

    Jika tidak, mengapa tuan boleh katakan dengan adanya http://kic.myshaklee.com/us/en/about.html maka Shaklee itu milik Israel?

    Itu sebabnya saya katakan tuan membuat kenyataan fitnah tidak berasas, bukannya menzahirkan emosi.

    Laman web tersebut langsung tiada kaitan dengan Shaklee, sebaliknya ia merupakan satu badan Israel yang mencari dana dengan menjadi Pengedar Bebas Shaklee.

  38. Satu lagi contoh – perhatikan ayat di bawah ini:

    "Selamat Datang ke Shaklee, pusat kesihatan, nutrisi, kecantikan dan pembersihan rumah yang sihat.

    Kesemua produk kami adalah hijau, dengan produk suplemennya HALAL!!!

    Shaklee telah menjadi sebahagian daripada berjuta kehidupan manusia selama lebih setengah abad, malah telah pun mara ke angkasa bermula 1993 dengan ASTROADE!

    Anda bukan sahaja membantu diri untuk menjadi lebih baik, kelihatan baik dan berbuat baik, malah anda akan membantu Yayasan Islam Kami.

    Bagaimana? Setiap kali anda membuat pesanan, Yayasan Islam Kami akan mendapat dana sebenar!

    Jadi apabila Shaklee dan Yayasan Islam Kami katakan segalanya HIJAU, kami memang memaksudkannya!!"

    JIKA saya letakkan ayat begini dalam Soleh.Net, adakah orang Israel akan merasakan bahawa Shaklee itu milik orang Islam di mana setiap kali mereka membuat pesanan, mereka akan membantu Yayasan Islam Kami secara khususnya dan Islam secara amnya???

    MESEJ SAYA ialah, ayat2 KI yang tuan maksudkan seperti terjemahan di atas hanyalah di laman web mereka, bukan Shaklee.

    Semoga jelas dengan fitnah yang disebarkan. Wallahu a'lam.

  39. Terima kasih kak Habiah. Ini adalah penjelasan yg sgt diperlukan ketika ini. Mohon kebenaran untuk disebarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.