Jangan Ambil Soya Semasa Dalam Pantang?

Selalu saya ditanya…

“Bolehkah mengambil ESP ketika dalam pantang?”

“Tidak bahayakah ESP untuk urat-urat dan peranakan saya?”

“Bukankah soya ini bersifat sejuk dan ibu yang dalam pantang, tidak sesuai mengambil soya ESP?”

“Benarkah soya ESP boleh menyebabkan keputihan, kentut faraj dan wanita menjadi kurang nafsunya?”

Dan pelbagai lagi soalan serta tanggapan negatif tentang ESP, soya dan berpantang, diajukan kepada saya.

Setelah beberapa penelitian dijalankan, saya mendapati satu corak permasalahan yang hampir sama telah berlaku di kalangan ibu-ibu yang ingin atau telah mengamalkan soya, baik soya biasa mahupun soya ESP Shaklee.

Soya & Berpantang

Soya yang tidak sesuai untuk ibu dalam pantang ialah soya komersial biasa (GMO).

Apa yang dimaksudkan dengan soya GMO? Rujuk artikel berikut:
https://soleh.net/2014/02/05/kelebihan-esp-shaklee

ESP merupakan soya non-GMO. Rujuk artikel non-GMO berikut:
https://soleh.net/2014/08/26/perbezaan-esp-dan-soya-lain

Apabila sudah dapat membezakan ESP dengan soya biasa, ibu akan dapat simpulkan soya jenis bagaimana yang tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu berpantang.

Soya ESP: Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00
ESP Soy Protein Isolate Powder 850 Gram RM150.00 — KLIK SINI untuk pesanan segera.

Soya Melemahkan Tubuh Ibu Berpantang

Disebabkan ramai yang mengenali set bersalin Shaklee, dan banyak feedback positif dari ibu-ibu, maka ramai yang telah mencuba set bersalin Shaklee semasa dalam pantang.

Salah satu suplemen yang terdapat dalam set bersalin tersebut ialah ESP Shaklee.

Apa yang berlaku ialah, ibu-ibu yang teruja dengan kesan positif set bersalin Shaklee ini telah berkongsi pelbagai reaksi / testimoni yang kadangkala bersifat over-claimed.

Sebagai contoh: tubuh tak rasa macam dalam pantang, seminggu lepas bersalin dah boleh keluar rumah, dan sebagainya.

Hal ini telah menyebabkan ibu-ibu lain turut bercita-cita untuk merasai pengalaman indah tersebut, tanpa mendapatkan info yang lengkap tentang bagaimana kesan positif itu diperolehi.

Info yang sering dilupakan oleh ibu-ibu yang bercita-cita indah ini ialah pantang larang itu sendiri dalam tempoh berpantang.

Ibu terlalu taksub dengan set berpantang Shaklee sehingga bertindak sesuka hati menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang pantang larang, malah seperti seorang yang tidak pernah bersalin!

Itulah sebenarnya punca tubuh ibu menjadi lemah dan tidak bermaya, lantas ESP juga yang dipersalahkan.

Kesan Buruk Tidak Berpantang

Tidak dinafikan ramai ibu-ibu muda di zaman ini yang semakin seakan ‘melupakan’ amalan berpantang selepas bersalin.

Mereka menganggap ia amalan remeh dan ketinggalan zaman. Tiada urut, tiada mandi ramuan herba, tiada bertungku & bertangkas, tiada bersalaian, bebas memakan semua jenis makanan dan tidak berpantang 100 hari!

Tahukah ibu-ibu bahawa perbuatan ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan jangka pendek dan panjang?

Antaranya ialah bentan, angin dalam badan, sejuk seluruh badan hingga terasa sampai ke tulang, demam, sakit bahagian peranakan, darah nifas tidak keluar dengan lancar iaitu sekejap ada dan sekejap tiada dan kemudian ada semula.

Ini semua merupakan tanda-tanda tubuh badan ibu tidak sihat.

Apa yang paling dikhuatiri ialah peranakan ibu boleh terkeluar (seperti buasir), nauzubillah.

Nasihat saya, ambil berat isu berpantang. Untuk lebih terperinci sila baca artikel Tips Penjagaan Semasa Berpantang.

Berbeza sekali dengan ibu yang menitik beratkan penjagaan dalam pantang.

Bukan sahaja bertambah sihat, malah ibu juga boleh melakukan kerja-kerja berat seperti kerja sawah bendang, ladang dan sebagainya yang menggunakan banyak tenaga.

Oleh itu, penjagaan dalam pantang tidak boleh diambil ringan, rasa kolot dan sebagainya.

Kesan Baik Apabila Berpantang

1. Tiada keputihan

Tahukah anda, mengalami keputihan selepas bersalin adalah antara tanda-tanda ibu tidak sihat, BUKAN disebabkan pengambilan ESP seperti yang hangat di-viral-kan dalam media sosial baru-baru ini.

2. Wajah kemerah-merahan atau tidak pucat

Semasa mengurut, bidan boleh nampak kulit ibu menjadi merah atau tidak akibat bekas urut.

Tidak merah atau pucat bermakna tidak sihat. Berpantang dengan baik akan memastikan kulit kekal kemerah-merahan.

Kulit kemerahan-merahan ini akan kekal sehingga ke habis tempoh berpantang. Oleh itu berpantanglah dengan baik.

Semasa mengurut, saya suka gunakan minyak kelapa dara sebab ia berbau wangi, tidak merengsakan dan tidak menggatalkan kulit.

Bidan pun mengesyorkannya. 🙂

3. Tidak sakit bila bersama dengan suami

Selepas 100 hari, ramai wanita yang takut untuk bersama suami kerana khuatir akan rasa sakit.

Sekiranya anda seorang yang menitik beratkan penjagaan berpantang, anda tidak perlu bimbang kerana anda tidak akan berasa sakit semasa bersama suami.

Suami pula tidak perlu bimbang nafsu isteri akan berkurangan selepas berpantang, kerana berpantang itu sendiri akan mengembalikan keremajaan isteri.

Oleh itu, suami perlu memainkan peranan dalam memastikan isteri betul-betul berpantang. Jangan sesekali meringankan atau membiarkan sahaja isteri tidak berpantang!

ESP & Berpantang Perlu Seiring

Diharap penjelasan ini memberi kefahaman kepada anda bahawa bukan ESP yang tidak boleh diambil dalam pantang. Bahkan ia sangat disyorkan.

Pengambilan ESP dan menitik beratkan penjagaan dalam pantang mestilah seiring dan tidak wajar dipisahkan. 🙂

Ibu-ibu tidak perlu lagi berasa takut untuk mengambil ESP semasa berpantang. Ia bukan sahaja menyihatkan malah juga merupakan milk booster yang selamat dan semulajadi.

Jelas Dengan Soya ESP?

Sudi-sudilah untuk share artikel ini di media sosial, bantu saya bersama-sama menyebarkan manfaat, insya-Allah kebaikan tetap bersama kita.

Bagi yang ingin mencuba ESP, beli secara online DI SINI <– sila klik untuk membuat pesanan segera.

Nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh, sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran RM150 untuk satu kanister ESP 850 gram.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

** Daftar ahli untuk mendapat lebih penjimatan setiap pembelian produk Shaklee selepas ini. Hubungi saya untuk pendaftaran yer!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *