Susu Ibu Kurang / Tiada: Kenapa? Apa Faktor Penyebab?

Sebaik proses kelahiran anak, ada kebarangkalian untuk berlaku susu ibu kurang atau tiada langsung susu untuk anak tersebut.

Hal ini menimbulkan panik dan kebimbangan teruk di kalangan ibu yang mengalaminya, sehingga mengganggu emosi ibu di dalam pantang.

Gejala susu ibu kurang / tiada sangat mengganggu emosi si ibu.

Jika perkara sebegini berlaku kepada anda, jangan panik. Kekal bertenang dan lihat satu persatu untuk mengenalpasti punca sebenar mengapa berlakunya susu ibu kurang  atau tiada.

Elakkan Jump Directly To Suplemen

Pertama sekali dinasihatkan supaya ibu bersabar dan jangan terus nak beli suplemen itu ini.

Mengapa? Untuk elak gejala susu ibu kurang / tiada ini bertambah rumit dan kompleks.

‘Melompat’ terus kepada suplemen dengan harapan susu dapat keluar dengan meriah, tanpa mengetahui punca sebenar, biasanya akan menambah kekecewaan ibu.

Mulalah nak marahkan penjual suplemen, sehingga merasakan penjual suplemen tidak bertanggungjawab dan hanya melihat keuntungan kewangan semata tanpa memikirkan derita si ibu.

Ada juga segelintir ibu yang terlalu obses inginkan suplemen kerana emosi terganggu akibat susu ibu kurang / tiada

Faktor Susu Ibu Kurang / Tiada

Berikut disenaraikan faktor penyumbang kepada gejala susu ibu kurang / tiada, penyebab serta langkah-langkah mengatasinya:

1. Kesakitan Bekas Jahitan

Kebanyakan kes susu ibu kurang / tiada adalah disebabkan oleh kesakitan bekas jahitan yang dialami oleh ibu akibat episiotomi atau koyakan semasa bersalin.

Sebolehnya banyakkan bersabar dan redha dengan kesakitan. Anggaplah kesakitan sebagai kifarah dosa. Dengan penerimaan yang baik, emosi ibu akan terkawal walaupun sedang sakit.

2. Emosi Terganggu / Trauma

Ada juga segelintir ibu yang mengalami masalah lampau yang masih menghantui.

Kejadian atau pengalaman pahit yang pernah dilalui suatu masa dahulu kadangkala timbul semula semasa tempoh berpantang. Jika dilayan pasti menyumbang kepada gejala susu ibu kurang / tiada.

Dalam kes ini sangat penting bagi suami memainkan peranan. Tunjukkan diri, nampakkan kewujudan diri yang sentiasa berada di samping isteri ketika isteri mengalami gangguan emosi.

Nampakkan diri pun janganlah sampai membatu begitu sahaja. Sebenarnya suami yang menjaga kebersihan dan keceriaan rumah tangga sangat membantu isteri dalam melegakan emosi yang terganggu.

3. Induce & Epidural

Kelahiran yang bersifat ‘paksaan’ dan tidak semulajadi juga antara penyumbang kepada gejala susu ibu kurang / tiada.

Sebolehnya letakkan induce pada ikhtiar terakhir. Jangan gopoh dan jangan cepat setuju dengan nasihat pengamal perubatan, tetapi lebih kepada menilai dari bisikan hati yang bersih.

Pengamal perubatan yang mempunyai ilmu dan kepakaran, akan membantu ibu memberi cadangan terbaik untuk ibu.

Akan tetapi keputusan yang dibuat adalah 100% untuk diri ibu, bukan pengamal perubatan. Ibu yang lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ibu sendiri.

Epidural pula lebih kepada proses bersalin tanpa kesakitan. Sebenarnya kesakitan yang ibu rasai inilah yang memberi nikmat apabila sakit itu hilang sebaik bayi selamat keluar dari perut ibu.

Ibu yang tidak merasai kesakitan ini adakalanya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, tidak lengkap dan tidak cukup. Gelisah dalam diri sehingga mengundang gejala susu ibu kurang / tiada.

Oleh itu sebolehnya elakkan induce & epidural selagi tidak benar-benar memerlukan atas nasihat dan bimbingan pengamal perubatan.

4. Psikologi Niat Perbandingan

Ada ibu yang rasa tak senang hati apabila susu mereka sikit berbanding susu ibu lain.

Sedangkan setiap ibu adalah berbeza kuantiti susu, tetapi sangat bersesuaian dengan keperluan anak mereka sendiri. Psikologi yang terganggu akan mengundang gejala susu ibu kurang / tiada.

Oleh itu bagi ibu yang dikurniakan susu yang banyak, janganlah cepat berkongsi gambar susu yang banyak itu di media sosial. Fikirkan juga perasaan ibu yang tidak dapat menghasilkan susu sebanyak itu.

Ibu juga tidak disyorkan sering melihat susu banyak atau sikit, tetapi cukuplah sekadar memastikan anak kenyang setiap kali menyusu dan anak kekal sihat dan sejahtera, tidak kira sesikit atau sebanyak mana pun susu dapat dihasilkan.

5. Keletihan / Tak Cukup Tenaga

Anak menangis waktu malam adalah normal, tetapi sangat memberi kesan kepada tenaga ibu keesokan harinya.

Ibu akan mengalami keletihan yang jika dibiarkan akan menyumbang kepada gejala susu ibu kurang / tiada.

Jika ibu mengalami masalah keletihan dan bukannya 4 faktor lain di atas secara langsung, barulah ibu boleh ‘jump direct to‘ suplemen.

Saya syorkan ibu mengambil set menyusu Shaklee yang terdiri daripada khasiat soya ESP, B-Complex, vitamin C, alfalfa, kalsium dan multi vitamin.

Set Menyusu Shaklee [Set Besar RM543.50 / Set Kecil RM499.75]
Set Menyusu Shaklee [Set Besar RM543.50 / Set Kecil RM499.75]*
* Sila tambah kos pos RM10 (Sem) / RM20 (SS)

Maklumat terperinci berkenaan setiap suplemen dalam set menyusu Shaklee boleh didapati melalui link berikut:
https://soleh.net/2014/06/02/set-menyusu-shaklee

Faktor Berlaku di Luar Kesedaran

Apa pun faktor susu ibu kurang / tiada, perlu diingat bahawa faktor ini berlaku biasanya di luar kesedaran ibu (termasuk suaminya).

Ibu tak perasan secara langsung, tetapi apabila difikirkan dengan baik barulah si ibu dapat menyedari bahawa sememangnya inilah faktor gejala susu ibu kurang / tiada ini berlaku ke atas dirinya.

Dengan mengetahui faktor secara spesifik barulah ibu dapat bertindak menyesuaikan diri atau menangani masalah yang dihadapi, dalam memastikan gejala susu ibu kurang / tiada ini dapat diatasi dengan berkesan.

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Bagi yang nak buat pesanan, nak buat pindahan segera Maybank2u pun boleh. Sila klik logo Maybank2u Pay di bawah dan masukkan amaun bayaran seperti yang dipaparkan di atas.

Untuk bayaran manual, boleh dibuat ke mana-mana akaun berikut (klik logo Maybank2u Pay untuk pindahan segera):

  • Maybank 1530-1016-0950 (Habiah Abd Kadir)
  • CIMB 7048-944-353 (Ahmad Imam Khalid)

SMS/WhatsApp maklumat bayaran (bank, amaun, masa, tarikh) & maklumat penghantaran (nama, alamat, no telefon) ke 014.810.7259!

** Daftar ahli untuk mendapat lebih penjimatan setiap pembelian produk Shaklee selepas ini. Hubungi saya untuk pendaftaran yer!

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Habiah binti Abd Kadir
014.810.7259 (call/SMS/WhatsApp/Viber/WeChat)
Shaklee Independent Distributor
www.facebook.com/mamabasicsupplement

Komentar

comments

Published by

Habiah

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang comel & manja. Proaktif, berintegriti & lantang bersuara. Cintakan kesihatan semulajadi. Suka menghabiskan masa bersama keluarga. Connect with Habiah on Facebook and Google+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.