Anak Hafal Quran Suatu Nikmat

Ramai ibu bapa suka ‘berangan’ nak hantar anak ke sekolah cina bila dapat baby baru.

Ramai juga yang ‘berangan’ menghantar anak ke international school, kononnya nak anak speaking berberai-berai. ­čśÇ

Saya juga begitu.

Saya juga begitu..

Angan-angan Menjadi Cita-Cita

Lama kelamaan angan-angan itu menjadi lebih realistik bila saya mula bercita-cita untuk menghantar anak ke islamic English kindergarten.

Akan tetapi dengan 3 anak perempuan, saban hari kerisauan mula menyelubungi diri bila semakin hari gejala keruntuhan akhlaq yang melibatkan wanita semakin menjadi-jadi.

Dunia semakin tidak selamat, malah pembentukan akhlaq anak-anak semakin mencabar. Masa untuk kembali kepada fitrah, dan ia mestilah bermula dari rumah.

Kembali Kepada Fitrah

Sejak itu saya mula mencari dan mengkaji fitrah yang semakin dipinggirkan.

Pencarian saya tidak lama. Sekolah-sekolah yang menuju ke arah fitrah mula terbentang di depan mataku, iaitu sekolah yang meletakkan Al-Quran di hadapan.

Program tahfiz perempuan

Pun begitu, faktor usia menjadi kekangan. Anak saya yang saya sangka lewat, rupanya di Terengganu terlalu awal untuk menghafaz Al-Quran di usia 6 tahun.

Bukan kelajuan, bukan kuantiti, tetapi pengisian dan kualiti yang dicari. Makhraj, tajwid, waqaf, terjemahan dan pernafasan perlu seiring bersama hafalan.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya memilih untuk mengajar sendiri.

Pengorbanan..

Pendidikan Al-Quran memerlukan pengorbanan yang besar. Ibu bapa mendidik diri kepada kesabaran, bukan pasrah. Besar perbezaannya.

Sabar ialah (sebagai contoh) bila mana kita mampu menghantar anak ke sekolah mahal tetapi memilih untuk mengajar sendiri sehingga membuahkan hasil sepertimana yang kita inginkan.

Pasrah pula ialah (dalam contoh yang sama) berkeinginan untuk menghantar anak ke sekolah mahal tapi oleh kerana tidak mampu maka kita terpaksa mengajar sendiri.

Begitu juga dengan kemampuan kita untuk melepaskan kemarahan kepada anak kecil apabila berpuluh kali diulang tetapi masih tidak dapat ingat dengan baik.

Kita mampu, tapi kita memilih untuk tidak membenarkan amarah itu meletus. Kita yang tentukan, dengan suatu pengorbanan berbentuk kesabaran.

Maka sabar itu tentunya suatu pengorbanan yang besar.

Ubat Kesabaran

Kalau terpaksa menangis menahan marah dan sabar, menangislah sekarang, bukan menangis penyesalan esok. Lelaki yang menangis menahan sabar mendidik anak adalah macho! ­čśŤ

Oleh kerana anak-anak saya tiga orang semuanya perempuan, hadis-hadis Rasulullah s.a.w berikut sentiasa menjadi ubat buat saya:

Tika saat Rasulullah s.a.w melihat anak perempuan, Rasulullah s.a.w sering berpesan,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka!”

Saat itu bangun seorang sahabat lalu ia bertanya Rasulullah,

“bagaimana jika dua orang sahaja ya Rasulullah?”

“Jika dua pun aku tetap menjaminnya..!”

“bagaimana jika seorang?”

“Juga untuk seorang!”

– Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke syurga!”

– Hadis Riwayat Al-Bukhari

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

– Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi

Insya-Allah saya akan berkongsi perjalanan saya menuju destinasi yang jauh ini.

Doakan kekuatan buat saya dan isteri, demi anak-anak, untuk masa depan ummah!

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

Jom Langgan / Follow Soleh.Net

Akhir kata, jangan ketinggalan tips sihat untuk beramal! Langgan Soleh.Net terus ke email anda, ianya PERCUMA! Klik sini.

Anda juga boleh follow terus melalui NetworkedBlogs!

Ahmad Imam bin Khalid
014.818.6582 (call/SMS/WhatsApp)
Islamic Independent Father
www.facebook.com/imamkhalid

Komentar

comments

Published by

ImamKhalid

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *