Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI! (Sambungan)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.
Pada penulisan saya yang lalu, saya menulis mengenai cara untuk kita mengenali Al Mahdi, seorang pemimpin besar yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui lisan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saya telah menulis mengenai fasa-fasa yang sepatutnya kita ketahui berhubung kronologi perlantikan Al Mahdi. Saya telah menyatakan fasa pertama iaitu kelahirannya dan fasa kedua iaitu perlantikannya. InsyaAllah pada kali ini saya akan berusaha untuk menyambung fasa yang ketiga.
Fasa ketiga kedatangan Al Mahdi: Misi Kelahirannya:
Al Mahdi dilahirkan ke dunia ini mempunyai suatu misi yang sangat besar iaitulah sebagai ‘Penyelamat Ummah’. Kerana itu, sebagai seorang Penyelamat Ummah, sebagaimana ‘Penyelamat Ummah’ terdahulu, dia akan melaksanakan misinya melalui beberapa peringkat.
Peringkat pertama Misi Al Mahdi: Mengembalikan Sunnah Rasulullah s.a.w
Dalam banyak penulisan saya yang lalu, saya berusaha untuk menyatakan hakikat sebenar ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ supaya kita dapat menyedari bahawa ‘Sunnah Rasulullah’ itu bukan hanya pada perkara-perkara remeh dan perkara-perkara kecil yang langsung tidak melibatkan persoalan ‘akidah’ tetapi ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ sebenarnya adalah untuk membawa Islam itu sebagai ‘Rahmatan lil Alamin’.
Hari ini, persoalan ‘Sunnah Rasulullah’ telah difahami dengan sebegitu ‘dengkel’ sehingga kita sanggup untuk berpecah belah kerana hal-hal yang sangat ‘tidak masuk akal’. Pada hal, perpecahan itu adalah merupakan suatu ‘fitnah besar’ dan ianya adalah merupakan suatu bid’ah yang sangat merosakkan bukan sahaja merosakkan ‘Akidah’ tetapi juga merosakkan ‘Ummah’. Continue reading KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI III