Sijil Halal Shaklee – Sumber & Rujukan Sahih

Produk-produk Shaklee telah diiktiraf sebagai halal dengan terbitan Sijil Halal Shaklee oleh Islamic Services of America (ISA), iaitu sebuah badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (rujuk dokumen di akhir entri ini).

Untuk tahun ini (2013/1434H) sahaja sijil halal Shaklee telah diterbitkan sebanyak 2 kali. Iaitu kali pertama pada 6 Februari 2013 (25 Rabiul Awal 1434H) manakala kali kedua pada 14 Februari 2013 (4 Rabiul Akhir 1434H).

Penerbitan dua kali tersebut adalah susulan daripada penambahan produk terbaru daripada Shaklee iaitu CoQHealth Plus.

Berikut adalah sijil halal Shaklee terbitan pertama:

Sijil Halal Shaklee 2013 Terbitan Pertama

Sumber asal sijil halal Shaklee terbitan pertama:
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image2368284.pdf Continue reading Sijil Halal Shaklee – Sumber & Rujukan Sahih

Memahami makna Sunnah Rasulullah SAW

Daku memulakan penulisan ini dengan menyebut nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan dengan doa serta pengharapan yang besar semuga Allah SWT akan menunjuki diri ini ke jalanNya yang benar lagi lurus serta memberikan kekuatan kepada diriku ini untuk menghabiskan penulisan ini, Amin.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama bersyukurlah ke hadrat Allah SWT lantaran dengan limpah kurnia Allah SWT,  dianugerahkan untuk kita kekuatan hingga kita masih mampu untuk membaca dan menulis, masih mampu menghela nafas kita ini dan anugerah yang sangat besar adalah kerana kita masih mampu untuk menggunakan akal kita bagi mencari kebenaran yang hakiki.

Siang tadi, ketika saya berkesempatan untuk melawati Soleh.net, saya terpandang kepada suatu komen dari saudara kita yang bertanya mengenai kefahaman saya tentang Sunnah Rasulullah SAW. Maka kemudian saya menjawab kepadanya dengan memberikan suatu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang antara lain mafhumnya:-

“Sudah ku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat sepeninggalan ku jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah ku.”

Dan untuk memberikan kupasan yang lebih mendalam lagi, saya juga bawakan ayat Al Quran dari surah Al Ahzab ayat ke 21 yang antara lain mafhumnya:-

“Sesungguhnya pada Rasulullah itu mempunyai ikutan yang baik (uswah hasanah) bagi kamu iaitu orang yang mengharapkan Allah SWT, mengharapkan pembalasan baik di hari akhirat dan mereka itu banyak mengingati Allah SWT”

Continue reading Memahami makna Sunnah Rasulullah SAW

Sunnah Rasulullah (bhg 6)

Assalamualaikum sekelian sahabat dan saudara yang mengikuti Soleh.net semuga Allah menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.

Ku mulakan tulisan ini Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang datang dariNya, sekali lagi saya dapat menemui sahabat dan saudara-saudara sekelian. Maafkan saya kerana sebegitu lama tidak dapat mengikuti perkembangan Soleh.net dan tidak juga dapat menyalurkan sumbangan buah fikiran. Semuga Allah mengampuni saya di atas kelalaian ini. Continue reading Sunnah Rasulullah (bhg 6)

Sunnah Rasulullah (Bahagian 5)

Assalamualaikum,

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah saya dapat memberikan sumbangan yang seterusnya, Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini. Semuga tulisan yang sedikit ini mampu membuka pintu hidayah Allah SWT untuk kita semuanya.

Sahabat dan saudara seislam yang dikasihi,

Jika kita beriman kepada Allah SWT, maka kita mestilah mempunyai keyakinan yang benar, ikhlas dan bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah SWT itulah yang telah menciptakan langit dan bumi dan seluruh isi antara keduanya. Dialah Allah yang menciptakan Adam dari tanah di mana Adam itu dijadikan berketurunan sehinggalah tiba kepada zaman yang kita hidup sekarang ini. Jika keyakinan kita menjadi padu, maka kita akan merasakan betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa terbatasnya diri kita ini. Dalam semua hal, kita hanyalah insan yang kerdil sahaja, insan yang lemah dan mempunyai keterbatasan dalam semua hal. Continue reading Sunnah Rasulullah (Bahagian 5)

Sunnah Rasulullah (bhg 4)

Assalamualaikum,

Ku mulakan penulisan ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam buat Junjungan yang mulia, kekasih setiap yang beriman, Muhammad Rasulullah SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kekuatan anugerah Allah saya dapat memberikan sumbangan yang seterusnya, Saya berdoa dan amat mengharap semuga Allah menunjuki saya dalam pada saya mulai sehinggalah keakhir penulisan ini. Semuga tulisan yang sedikit ini mampu membuka pintu hidayah Allah SWT untuk kita semuanya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku seIslam,

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, marilah kita sama-sama mengulangkaji pada penulisan saya yang lalu, saya nyatakan bahawa jika kita inginkan hidayah Allah SWT, maka kita sewajarnya membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayah itu, jika kita menutup pintu hati kita, tentunya kita akan menjadi manusia yang sangat merugi. Ingatlah dengan ingatan yang bersungguh-sungguh pada ayat ini:

Jangan jadi mereka yang mengikuti dengan cara membuta tuli, jangan jadi mereka yang membenarkan tanpa ilmu pengetahuan dan jangan jadi mereka yang meletakkan kepentingan lain melebihi kepentingan penghambaan kepada Allah SWT

InsyaAllah dengan rahmat dan petunjuk Allah SWT, kita akan sama-sama memperoleh jalan yang benar lagi lurus dalam kehidupan kita. Continue reading Sunnah Rasulullah (bhg 4)