Isu dan permasalahan mandi wajib

Di mana silapnya?
Antara fakta dan mitos. Di mana silapnya?

Lama saya bercuti. Sepanjang ‘percutian’, saya tidak putus-putus dihujani persoalan berkaitan isu-isu dan permasalahan mandi wajib.

Mandi wajib itu penting, tetapi bukan perlu dikomplekskan. Antara persoalan yang timbul termasuklah:

  1. Niat sebelum atau selepas menjiruskan jirusan air pertama ke kepala;
  2. Was-was dengan mandi wajib;
  3. Antara wiladah dan nifas;
  4. Keperluan mandi wajib apabila masuk sesuatu ke dalam faraj, terkeluar air mazi, atau onani;
  5. Ukuran air 2 kolah;
  6. Wudhuk sebagai ganti kepada mandi wajib;
  7. Bilangan mandi wajib untuk lebih dari satu sebab;
  8. Terlupa bahawa sedang mandi wajib;
  9. Jarak masa antara penyebab dengan mandi wajib;
  10. Bilangan jirusan setiap bahagian tubuh badan; dan sebagainya yang kadangkala tidak berkaitan dengan bab tersebut.

Oleh itu, biarlah saya perincikan satu persatu isu-isu yang timbul ini. Continue reading Isu dan permasalahan mandi wajib

Antara niat dan lafaz

Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat
Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat

Ustaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat?
Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu?
Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya?

Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai yang masih keliru dan kurang arif tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat. Continue reading Antara niat dan lafaz

Pengertian Mufti menurut kacamata Islam

Album puisinya bakal terbit!
Album puisinya bakal terbit!

Dengar cerita Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal meletakkan jawatannya sebagai seorang mufti setelah habis kontrak. Tepat sekali dengan minat beliau yang mendalam terhadap wadah dakwah.

Berkebetulan dengan perletakan jawatannya, izinkan aku berkongsi sedikit pandangan tentang apa yang aku faham tentang mufti.

Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan seorang mufti. Apatah lagi hendak mempersoalkan kredibiliti seseorang yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam.

Sudah sekian lama hatiku bersuara. Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak tulis lagu puisi, apatah lagi menerbitkan album.

Mufti yang sebenar ialah seorang yang diberi mandat oleh Sultan (atau Raja) sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.

Mufti adalah seorang yang memegang kedudukan tertinggi selepas Sultan. Tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa dan membatalkan fatwa.

Jika dibandingkan dengan sistem perundangan Malaysia, mufti itu sebenarnya setaraf dengan seorang hakim. Continue reading Pengertian Mufti menurut kacamata Islam

Diberi betis nak peha!

Terdapat segelintir pengomen blog-blog agama (seperti Abu Saif dan UZAR) diibaratkan seperti “diberi betis nak peha”, yang menyebabkan komen mereka tidak dilayan.

Soleh.Net juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah ini. Apabila berlaku proses perkongsian ilmu, ada saja yang seolah-olah mahu menguji kehandalan si pekongsi ilmu.

Diberi betis nak peha!
Bersyukurlah, jangan jadi ibarat diberi betis nak peha - Gambar sekadar hiasan.

Continue reading Diberi betis nak peha!

Jenis-jenis air untuk bersuci

Dari bab perkara yang wajib diketahui sebelum solat, selepas topik definisi bersuci (bhg II).

Terdapat 4 bahagian dalam jenis air
Jenis-jenis air untuk bersuci

Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan. Continue reading Jenis-jenis air untuk bersuci