Hukum Bermain Gitar

Pagi tadi aku baca komen dari saudara bebudak dari post aku bertajuk Hobi Lama Kembali Menyengat. Begini bunyinya:

mu cite main gitar lak….aku baca byk dlm ni psl haram n halal…sah…..mu x tau ke alat muzik bertali tu hukumnya ape…?

Begini saudara bebudak. Sebenarnya aku dah banyak cari maklumat pasal hukum main gitar ni. Aku minat gitar sejak dari kecik lagi. Tapi parents aku tak bagi aku main gitar atau bawak balik gitar ke rumah, sebab katanya haram hukumnya bermain gitar. Tetapi oleh kerana aku ni minat sangat nak main gitar, aku pun cari pasal hukum main gitar. Tapi aku tak jumpa sumber yang soheh mengatakan hukum bermain gitar itu haram.

Sampailah satu ketika aku tengok Al-Kuliyyah TV3 yang membincangkan tentang alat muzik. Masa tu aku tengok ngan mak aku. Tiba di part gitar. kata pengerusi al-kuliyyah (tak ingat nama tapi beliau seorang hafiz al-Quran), main gitar itu hukumnya harus. Aku pun dengan nada terkejut sampai terbeliak biji mata kegirangan, terus tanya mak aku di sebelah (sebab aku nakkan kepastian). Mak aku pun pelik, sebab selama ni yang dia tahu hukum bermain gitar itu haram.

Aku pun terus call al-kuliyyah (kebetulan dia buka talian untuk sebarang kemusykilan), tapi tak dapat, sampai habis siaran. Aku pun tanya lagi mak aku, dia diam.

Alternatifnya, aku pun (dek kerana minat sangat ngan gitar) call pejabat agama negeri Pahang (sebab masa tu aku dok kat Kuantan) bertanyakan hal ni.

Dari situ saya bincang dengan seorang ustaz. Panjanglah perbincangan dengannya melalui telefon.

Dari perbincangan tersebut, dapat disimpulkan bahawa hukum bermain gitar itu adalah harus. Namun, akan jatuh haram apabila ianya melekakan daripada mengingati Tuhan, lagha, mencetus maksiat, dan sebagainya.

Kemudian, aku dapat peluang melanjutkan pengajian di IPT. Aku tanya ustaz aku masa aku belajar di Kota Bharu. Hukumnya sama, harus. Katanya, kalau main gitar tu untuk tujuan yang menuju ke arah maksiat, haram hukumnya. Tapi katanya lagi, kalau kita main gitar untuk kita sendiri, sebagai hiburan untuk kita, dan tidak melekakan, harus hukumnya.

Namun begitu, ramai yang mengatakan, kalau terdapat banyak pendapat, sehingga jatuh syubhah, lebih baik ditinggalkan. Aku pun akur dengan penyataan tersebut.

Tapi terpulanglah kepada masing-masing. Aku minat bermain gitar, aku suka bermain gitar. Aku main gitar untuk diri aku sendiri. Aku main perlahan-lahan, tidak mengganggu sesiapa sama ada isteri, jiran-jiran mahupun masyarakat. Aku tidak leka dan tidak lagha dalam bermain gitar. Aku rasa aku sentiasa dapat bahagi masa antara tanggungjawab dan hiburan. Isnya-Allah aku akan sentiasa menjaga masa aku dengan baik.

Diharap dapat menjawab komen saudara bebudak. Wallahu a’lam.

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kadangkala untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan. Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan.”

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan). Buangkan benda itu dari diri anda. Jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya mudah dikenali jika berlaku sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki:-

  1. Gelang Kayu
  2. Gelang Kristal
  3. Gelang Tasbih
  4. Gelang Getah / Plastik
  5. Gelang Bermagnet
  6. Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-

  1. Gelang pesakit di hospital (sebagai tanda nama pesakit dan wad)
  2. Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang ditangkap polis)
  3. Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallahu a’lam.

Pembebel Mempersoal Laman Web MyKakis

Lama rasanya tak tulis blog. Sibuk sangat kebelakangan ni dengan tugasan pejabat – almaklumlah nak raya. Banyak kerja yang perlu di’setel’kan sebelum cuti ni.

2 hari lepas, aku ada baca blog pembebel, tentang isu laman web MyKakis. Dia persoal pulak motif MyKakis tu, Islam ker tidak, dan sebagainya. Termasuklah satu cadangan tentang merekacipta software canggih untuk mem’block’ site-site lucah macam tu untuk masuk ke negara kita.

Bagi aku, mengikut pengalaman aku dalam bab-bab programming ni, aku rasa agak mustahil untuk merekacipta sejenis software yang boleh block or suspend site-site macam tu. Software yang macam tu kalau nak di’install’ pada PC individu, individu tu sorang jer lah yang takleh masuk site tu. Tapi kalo nak block whole Malaysia, aku rasa hosting MyKakis tu pun kat Malaysia. Habis macam mana nak block?

For me, it’s nearly impossible. Yang boleh kita buat ialah setiap orang mesti ada kesedaran, and it will take a very very long time. It’s all about mentality. Kerajaan pun sangat-sangat patut memainkan peranan penting. Buat iklan banyak-banyak macam JKJR tu, “Anda Mampu Mengubahnya”, atau macam dalam iklan recycle tu – “Jangan Cakap Aje, Buat”.

Anyway, tu hanyalah pendapat aku.

Wallahu a’lam.

Tuhan Itu Ada

Ada seorang guru tadika yang tidak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Die pun mendapat satu akal…

Guru tadika: Anak-anak, nampak tak pen ni?
Anak-anak: Nampak, cikgu.
Guru tadika: Pen ada kan?
Anak-anak: Ada, cikgu.

Kemudian guru tadika tadi pun memasukkan pen itu ke dalam poket bajunya, kemudian bertanya lagi.

Continue reading Tuhan Itu Ada

Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus

Terngiang-ngiang jer ceramah Ustaz Ismail Kamus di telinga saya. Lucu betul. Tapi ada benarnya juga. Bacalah, kot-kot ada yang terkena…

  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
  3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
    (tidak Islam). Continue reading Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus