Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Continue reading Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Hadis palsu Rejab, Syaaban

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.

Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.

Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani. Continue reading Hadis palsu Rejab, Syaaban

Sujud Tilawah

Ramai yang tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat sujud tilawah. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘ di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:

  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.
  2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
  3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.
  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.

  1. Niat beserta takbiratul ihram
  2. Berdiri atau duduk
  3. Sujud sekali
  4. Salam pertama

Antara Perkara Sunat:

  1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
  2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
  3. Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…
  4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud
  5. Salam yang kedua

Fadhilat:

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.

Wallahu a’lam

Kitakah Orang Itu?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiarkan nasihat ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sujud Sajadah Sembahyang Lain

Sebagaimana yang saya ketahui, umat Islam akan membuat sujud sajadah dalam solat subuh di pagi Jumaat. Persoalan saya, adakah amalan ini merupakan sunnah nabi s.a.w atau bid’ah? Kenapa solat yang lain tidak pernah saya lihat orang buat sujud sajadah?

Insan Musykil, Terengganu.Â

Sujud sajadah dalam solat subuh hari Jumaat adalah sunnah nabi s.a.w. manakala solat yang lain tidak dibenarkan bagi kita untuk melakukan sujud sajadah dengan sengaja.

Kecuali seseorang itu tidak sengaja membacakan surah yang mempunyai tanda sujud, maka dibolehkan baginya untuk sujud atau pun tidak.

Sekiranya solat-solat lain dibuat sujud sajadah dengan sengaja, maka sia-sialah solat kita itu, dan mestilah diqada semula.