Aku Teraniaya!

Dua hari lepas, Soleh.Net telah disuspend oleh pihak hosting. Aku dituduh menjalankan aktiviti tidak bermoral, iaitu phishing site.

Pihak hosting melemparkan tuduhan kepadaku dengan sewenang-wenangnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu. Aku agak kecewa dengan tindakan mereka.

Padahal server mereka yang dihack oleh orang luar. Pada awalnya Google dapat kesan, kemudian terus maklum kepada pihak penyedia hosting, siap dengan bahan bukti.

Kalau aku yang jadi mereka, aku tak suspend dulu. Sebaliknya aku akan klik dulu pada bukti-bukti yang disertakan dan lihat dulu sekali imbas apakah justifikasi yang boleh kita berikan.

Sebab bila aku klik, terus dapat lihat phishing itu meniru laman web luar Malaysia, yang memang tidak ada kena mengena pun dengan kita semua.

Secara logik akalnya, tidak ada sebab untuk aku buat benda tu. Itu pun kalau aku memang pandai dalam bidang hack. Ini dah lah tak pandai, luar negara pulak tu. Hish, tak masuk akal langsung!

Bila kita report, diorang sengaja melambatkan proses nak up balik Soleh.Net. Bila ditanya, tak berjawab. Apa la nak jadi.

Moral of the story:

Jangan buat tuduhan melulu, buruk padahnya.
Jangan menganiaya orang yang tak bersalah, itu zalim namanya.

Sekian, wallahu a’lam.

Adrenaline di manakah kamu?

Sekian lama kutinggalkan blog ini, dengan alasan kesibukanku yang tidak pernah pudar. Aku pun tidak tahu di manakah titik noktahnya kesibukan duniawi itu. Apa yang aku dan kamu semua tahu, Soleh.Net sudah lama tidak kubelai.

Hari ini aku cuba mencari adrenaline untuk mula mem-boost-kan penulisanku yang telah lama terhenti. Aku rasa mulai dari sekarang aku harus mula melapangkan masa untuk Soleh.Net, bukan lagi menunggu masa lapang untuk Soleh.Net.

Sesi pencarian pengganti Soleh.Net juga masih belum menemui jalan penyelesaian. Masih belum ada yang benar-benar layak untuk mengambil alih Soleh.Net secara total.

Apa pun, aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada yang mencuba. Aku amat menghargai usaha kamu semua. Mungkin buat masa ini aku akan cuba cari jalan untuk terus berusaha mempertingkatkan mutu persembahan Soleh.Net, supaya tidak lagi bersawang sebegini.

Insya-Allah dalam masa seminggu lagi aku akan datang semula dengan design baru yang lebih baik untuk membuka semangat baru dalam diriku ini.

Wallahu a’lam.

Salam perkenalan….

Salam kepada semua pembaca setia Soleh.Net

Seperti yang anda semua maklum, Soleh.net merupakan satu wadah untuk kita memperoleh ilmu yang bermanfaat disamping dapat bertukar-tukar pendapat sesama kita. Tidak ketinggalan juga untuk kita kenal mengenal sesama kita yang sememangnya saudara seagama dunia akhirat. InsyaAllah.

Tujuan saya menulis entri ini adalah hanya untuk memperkenalkan diri saya. Sebenarnya selepas membaca web ini mahu diberikan kepada pengendali baru, saya terpanggil untuk menyumbang untuk kebaikan kita bersama. Mungkin isu yang saya akan kupas bukan berorientasikan agama tetapi lebih kepada yang lebih santai dan kesihatan. Saya seorang ahli farmasi berdaftar dan masih bekerja dengan kerajaan.

Saya merasakan mungkin ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu selama ini kerana saya juga berminat dalam penulisan terutamanya blog. Sebagai insan yang tidak mahu terlepas dari arus teknologi, saya juga pernah membuat blog sendiri tetapi memang bukan semudah yang disangka untuk mengekalkannya hit sepanjang masa. Oleh yang demikian, saya rasa bertuah untuk dapat bersama warga penulis di Soleh.net untuk memulakan era baru atau transformasi ke arah kebaikan yang lebih bermanfaat. InsyaAllah.

Sekian dulu buat masa ini. Saya juga mengalu-alukan isu yang semua pembaca mahu saya kupas terutamanya berkenaan ubat-ubatan dan khidmat kaunseling. Jika tida, saya akan menghasilkan entri mengikut kapasiti yang telah saya rancangkan. Terima kasih. 🙂

Misi mencari pengganti pentadbiran Soleh.Net

Salam semua,

Ada satu pengumuman penting—Saya terpaksa berundur dari Soleh.Net, kerana tidak sempat mengemaskini blog ini secara konsisten.

Memandangkan Soleh.Net masih ditaja selama 1 tahun lagi, sukacita ingin  saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung perjuangan Soleh.Net secara PERCUMA.

Selama 3 tahun Soleh.Net berada di awangan blog & internet, dan pernah mencapai Alexa ranking ke-80,000 laman web seluruh dunia, ke-2,000 laman web seluruh Malaysia meninggalkan Abu Saif dan UZAR, serta pernah menjadi tempat rujukan agama dan kesihatan yang popular.

Pendapatan bulanan yang tinggi dan konsisten adalah suatu kejayaan Soleh.Net dalam arena blog. Namun segalanya semakin menurun dek kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan. Continue reading Misi mencari pengganti pentadbiran Soleh.Net

Perhatian Pelanggan ASTRO View Free Version!

Di sini ada satu pengumuman penting kepada semua rakan-rakan yang melanggan ASTRO View.

Bagi sesiapa yang ada isi borang langganan ASTRO View sebelum Februari 2008 yang lalu, naskhah tersebut yang selama ini percuma akan mula dicaj mulai bulan ini atau bulan hadapan.

Jadi saya di sini ingin memberi peringatan kepada semua rakan-rakan termasuk saya sendiri untuk sama ada menghentikan langganan ASTRO View atau bersedia untuk membayar RM4.80 tambahan di dalam bil ASTRO sebagai bayaran kepada setiap satu naskhah ASTRO View yang dilanggan.

Sekian, terima kasih. Harap maklum.