Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan

Kemuncak perayaan

Hari ini semua orang gembira. Kenduri kesyukuran diadakan di banyak tempat di seluruh Malaysia, termasuk Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan lain-lain.

Laungan “SPR Penipu!” sudah tidak lagi kedengaran mencucuk-cucuk lubang telingaku. Kedua-dua orang tuaku juga tidak putus-putus mengucapkan kata syukur kepada yang Maha Esa.

Kesibukanku juga nampaknya sudah semakin reda. Laporan kerja juga sudah dihantar. Bolehlah aku relaks sedikit, menyambung semula perjuanganku dalam Soleh.Net yang kucintai ini. Continue reading Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan

Server Down semalam

Maafkan aku…Maaf semua, hari ni sepatutnya aku ada post baru. Tapi aku tak sempat nak siapkan. Sebab server down semalaman.

Ingatkan pagi ni nak disudahkan, tapi pejabat pulak kelam kabut. Mungkin esok pagi baru dapat disiapkan. Tunggu yer..?

Sebelum ni tak pernah pun server down. Tapi sekali terkena tu, puas hati. Lama betul. Letih bayi kat sebelah ni menunggu, sampai dah jadi tua dah bayi tu sekarang.

Aku rasa mungkin server tu terbakar kot. Tak pun kabel network kat server tu digigit tikus. Tak pun datacenter kat Texas blackout.

Erk! Soleh.Net pakai server kat Texas, United States ker? Aku pun tak pasti. Continue reading Server Down semalam

Wajah baru Soleh.Net: Apa kata anda?

Wajah baru: cantik tak?Soleh.Net tampil dengan wajah baru!

Inilah dia, theme terbaru yang telah direkacipta sepenuhnya oleh (dengan bangganya) aku! 😈

Sebenarnya bukan sepenuhnya oleh aku. Ada jugak part yang aku copy dari theme lain. Biasalah, nak hidup.

Aku rasa, theme ni taklah cantik sangat. Tapi bagi aku, ianya agak lega sedikit berbanding dengan theme sebelum ni. Continue reading Wajah baru Soleh.Net: Apa kata anda?

WordPress 2.3.3 sudah terbit

WordPressPengumuman penting buat “penulis” WordPress sekalian!

Kalau korang rasa malas nak menaikkan taraf WordPress anda daripada versi 2.3.2 kepada versi 2.3.3, muat naiklah “xmlrpc.php” sahaja dahulu.

Diulang, “xmlrpc.php” sahaja dahulu. Continue reading WordPress 2.3.3 sudah terbit

Terengganu pun dah tak selamat

Terengganu pun dah tak selamatHah? Apa? Tak selamat? Apa yang tak selamat? Tak selamat dunia ker, tak selamat akhirat?

Ish bukanlah. Korang ni. Aku nak cakap pasal kes penculikan. Aku nak bagi tau, bukan kat KL atau Selangor jer yang terdedah dengan bahaya penculik tak bertanggungjawab ni.

Sekarang ni, penculik-penculik jahanam tu dah mula nak buat operasi kat Terengganu pulak!

Tak taulah penculik sama ker penculik baru yang baru terlepas kandang atau yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes jual budak nih! Continue reading Terengganu pun dah tak selamat