Impianku Terengganu

First time aku dengar lagu ni, aku rasa macam layan jer. Tapi yang aku hairannya, setiap kali aku hadiri majlis-majlis rasmi yang ada kaitan dengan kerajaan (UMNO), lagu ni pasti berkumandang tanpa henti.

Mula-mula aku ingat lagu ni lagu top masa kini, tapi bila aku tanya member aku, dia kata lagu ni lagu baru negeri Terenggau. Dalam hati aku kata tak logik, senang-senang jer tukar lagu rasmi negeri, kang tak pasal-pasal Sultan murka.

Satu hari aku terdengar member aku (yang lain) pasang lagu ni kat PC dia. So aku pun copy terus arr, letak kat web server aku ni, untuk you all download. Lagu ni aku nampak macam matlamat YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Bin Jusoh. So sama-samalah kita memajukan Terengganu!

Mempersembahkan, lagu Idris Jusoh (di mana ada beliau, di situlah ada lagu ni)

Impianku TerengganuDownload

Terengganu Negeriku
Tanah berdaulat penuh semangat
Semua impian lama kusimpan
Pasti ku jadikan ia kenyataan

Akan ku melangkah dengan semangat kental di hati
Akan ku mengalah tunaikan janji yang terpatri
Terengganu maju

Impianku…

Impian ini…
(Chorus)
Bukan fantasi ia realiti berkat Ilahi
Kusahut cabaran gapai kejayaan bukti kemampuan
Genggam harapan
Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang bina tamadun yang gemilang

Terengganu maju impianku 2x

(Ulang Chorus)