Program Jana Pendapatan Dilancarkan!

Mungkin ramai yang ternanti-nanti entri terbaru Soleh.Net. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya mengapa Soleh.Net sangatĀ slow kebelakangan ini.

Begini jawabnya: Saya terlibat secara serius dengan satu pembangunan aplikasi web untuk satu program jana pendapatan bertunjangkan peserta, anjuran IBCT Enterprise.

Program jana pendapatan yang memaksimum keuntungan peserta dengan meminimumkan keuntungan penganjur ini telah pun dilancarkan 1 Mac 2010 baru-baru ini, dengan dikuasakan sepenuhnya oleh aplikasi tersebut.

Inilah faktor utama kepada kelembapan penulisan saya dalamĀ Soleh.Net. Sebelum terlewat, perhatikan frasa penting di bawah ini:

Bonus pembaca setia Soleh.Net disediakan di penghujung entri – terhad untuk 100 pembaca terpantas sahaja!

Program Jana Pendapatan Hanya Dengan Klik
Program ini bertujuan mendapatkan seramai mungkin ejen jualan kepada perniagaan topup yang dijalankan oleh pihak penganjur. Melalui program ini, peserta program dibayar untuk SETIAP KLIK yang diiklan menggunakan pautannya. Peserta juga dibayar untuk setiap pendaftaran sah yang terhasil daripadanya. Continue reading Program Jana Pendapatan Dilancarkan!

PayPal kini mesra Malaysia

PayPal semakin mesra Malaysia
PayPal kini mesra Malaysia

PayPal kini lebih mudah untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Tak pasti bila dilaksanakan, tiba-tiba jer dah boleh withdraw terus ke mana-mana akaun bank di Malaysia. PERCUMA pulak tu! (untuk RM40 ke atas).

Untuk cubaan pertama, saya telah membuat withdrawal terus ke akaun Maybank, tidak sampai 3 hari dah masuk. Lebih cekap dan hebat daripada withdrawal ke kad debit, yang biasanya mengambil masa 5 hingga 7 hari, ditambah pula dengan YURAN PEMPROSESAN sebanyak USD5! Nak dekat RM20 tuuu…

Bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes internet, silalah menggunakan PayPal. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Boleh dikatakan hampir menyerupai NBEpay, iPay88, dsb yang bezanya cuma PayPal tidak dapat mengaplikasikan sistem perbankan online Malaysia secara terus sahaja. Selebihnya, PayPal menang. Apa tidaknya, dah lah mudah, percuma pulak tu.

Dengan kata lain, PayPal kini mesra Malaysia. Wallahu a’lam.

Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Ok tak tajuk pos aku kali ini? Maklumlah, dah 4 hari tak menulis, rasa macam berkarat jer otak kiriku yang “penuh kekreatifan” ini. Apatah lagi jari jemariku yang halus kasar ini, rasa macam kekurangan otot jer.

Cuba perhatikan gambar di bawah ini:

Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Yang mana satukah tabung yang anda gunakan? Aku rasa saudara Affuan amat sesuai guna tabung nombor 6. Faris Fakri sesuai dengan tabung nombor 1. CikF=), ixora (selamat kembali dari cuti) dan nono pula mesti sukakan tabung nombor 4 dan 5.

SembangKomputer.Com yang berfikiran ke”komputer”an itu amat sesuai kalau aku nak padankan dengan tabung nombor 2 yang berbentuk empat segi macam monitor komputer. Buat Mr Ah Fa, ambiklah tabung nombor 3 yang sesuai untuk digunakan oleh pengantin baru yang baru balik honeymoon.

Korang-korang yang lain yang aku tak sebut kat sini janganlah kecik hati. Korang kenalah terima hakikat yang tabung-tabung ni tak sesuai untuk korang semua. Kih3!

Tak kiralah apa jenis tabung pun yang digunakan. Apa yang aku nak bagi tau ialah betapa pentingnya amalan menabung. Continue reading Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan