Kewujudan Pelbagai Bangsa

Manusia adalah daripada keturunan Adam dan Hawa, tetapi bagaimana boleh wujudnya pelbagai bangsa?

Haa jawab, jawab…

Begini jawapannya:

Kejadian manusia diceritakan dalam al-Quran, yang mana asal usul semua manusia adalah daripada Adam dan kemudian diciptakan pasangannya, iaitu Hawa. Ini dijelaskan dalam ayat 1 surah an-Nisa yang maksudnya:

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari ‘diri’ yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.”

Wujudnya juga bangsa selepas penciptaan Adam dan Hawa juga perancangan Allah sehingga dijadikan anak mereka berkembar dengan pelbagai rupa dan warna sehingga timbul konflik antara Qabil dan Habil kerana perbezaan warna dan rupa pasangan mereka.

Ini dijelaskan dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang bermaksud: “Sesungguhnya wahai manusia, Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.”

Penjelasan paling baik adalah Adam dan Hawa memiliki genetik (bahan baka) yang dapat menghasilkan keturunan dengan pelbagai warna kulit. Jelas bahawa Allah mengkehendaki manusia memiliki rupa berbeza-beza. Masuk akal bahawa Allah memberi kepada Adam dan Hawa kemampuan untuk menghasilkan anak dengan warna kulit berbeza-beza.

Apapun penjelasannya, aspek paling penting daripada pertanyaan ini adalah, kita semua berasal daripada ras yang sama, semuanya diciptakan oleh Allah yang sama, semua diciptakan untuk maksud yang sama.

Wallahu a’lam.

Keajaiban Selawat

Selalu kita dengar – di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat. Continue reading Keajaiban Selawat

Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus

Terngiang-ngiang jer ceramah Ustaz Ismail Kamus di telinga saya. Lucu betul. Tapi ada benarnya juga. Bacalah, kot-kot ada yang terkena…

  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
  3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat
    (tidak Islam). Continue reading Cerita Jin Oleh Ustaz Ismail Kamus

Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa’ dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

Continue reading Hukum Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)

Tatacara Didik Diri Sendiri

Rasullullah (s.a.w) bersabda, sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat dan jika diabaikan, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain perkara negatif. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone dan toksin yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut dan sebagainya

Wallahu a’lam

Lihat menarik: