Saya teruja melihat Ainul Mustafa yang begitu kuat walaupun sedang hamil 3rd trimester. Dia mampu memanjat Candi Borobudur, Indonesia tanpa rasa mengah malah berjaya mendahului rakan-rakan yang tidak hamil! 😀
Sejak Disember 2013 lagi saya sudah behenti mengepam susu untuk Atiqah (anak ketiga saya), kerana Atiqah sudah tidak mahu minum Ekspress Breast Milk (EBM).
Malam tadi bawa Kakak cabut gigi susunya di Klinik Pergigian Rina di Marang. Ini pengalaman pertama kami bawa anak untuk cabut gigi.
Masa kecil-kecil dulu, saya tak pernah ke klinik semata-mata untuk cabut gigi susu, cabut sendiri jer dengan kain. Kadang-kadang gigi susu tercabut sendiri jer masa tengah gigit makanan keras. 🙂
Masa cabut gigi tadi, Kakak tak nangis pun, siap Angah masuk sekali teman dia. Hehe… mereka memang akrab.
Lepas cabut gigi Kakak, papa offer pegi makan di Pantai Peranginan Kelulut, Marang.
Sotong celup tepung di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu. Ada sesiapa alergik?