Hati kotor atau hati yang berpenyakit sukar untuk disedari, apatah lagi untuk dirawati. Rahsia untuk menyedari hati kotor ialah jangan semak orang lain, tetapi semak diri sendiri.
Sebaik semak diri nescaya tiada masa nak semak orang lain. Di tahap mana anda sekarang?
Sekian lama kutinggalkan blog ini, dengan alasan kesibukanku yang tidak pernah pudar. Aku pun tidak tahu di manakah titik noktahnya kesibukan duniawi itu. Apa yang aku dan kamu semua tahu, Soleh.Net sudah lama tidak kubelai.
Hari ini aku cuba mencari adrenaline untuk mula mem-boost-kan penulisanku yang telah lama terhenti. Aku rasa mulai dari sekarang aku harus mula melapangkan masa untuk Soleh.Net, bukan lagi menunggu masa lapang untuk Soleh.Net.
Sesi pencarian pengganti Soleh.Net juga masih belum menemui jalan penyelesaian. Masih belum ada yang benar-benar layak untuk mengambil alih Soleh.Net secara total.
Apa pun, aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada yang mencuba. Aku amat menghargai usaha kamu semua. Mungkin buat masa ini aku akan cuba cari jalan untuk terus berusaha mempertingkatkan mutu persembahan Soleh.Net, supaya tidak lagi bersawang sebegini.
Insya-Allah dalam masa seminggu lagi aku akan datang semula dengan design baru yang lebih baik untuk membuka semangat baru dalam diriku ini.
Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi
…
hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.
Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.
Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.
Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!
Selepas saudara NoktahHitam membuat linkback kepada Maybank2u, barulah saya sedar tentang keluhan beberapa staf di pejabat tentang portal kewangan tersebut. Maybank2u.com sudah berwajah baru!