Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?

Lucky Draw” atau dalam bahasa Melayunya “cabutan bertuah” adalah sesuatu yang tidak asing bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah seluruh dunia.

Setiap hari di mana-mana saluran media massa seperti TV, radio, Internet, akhbar, dan sebagainya, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis pertandingan yang menggunakan cabutan bertuah sebagai mekanisma.

Pertandingan seperti ini biasanya amat mudah untuk disertai, iaitu hanya dengan menghubungi nombor telefon tertera, di samping menjanjikan hadiah berupa wang tunai yang kadangkala mencecah sehingga jutaan ringgit.

Persoalan yang timbul sekarang, apakah hukumnya menyertai peraduan seumpama itu? Continue reading Apakah hukum menyertai “Lucky Draw”?

Sikap kerani awam di kaunter selalu menyakitkan hati

Dah cukup lama aku tak menulis. Masaku kini amat terhad. Atau, aku sendiri yang tak pandai nak urus masa?

Mungkin juga, aku kekurangan idea untuk mengarang kisah-kisah masyarakat. Malah aku juga kekurangan mood untuk berbicara melalui penulisanku kini.

Untuk mengembalikan semula mood pembicaraanku dalam Soleh.Net, izinkan aku berbicara sedikit tentang kakitangan kerajaan.

Aku tidak berniat untuk memburuk-burukkan sesiapa, sama ada pihak atasan, mahu pun bawahan, mahu pun pihak sahabat handai yang berkaitan dengan topik hari ini.

Tapi hatiku selalu tertanya, mengapa penjawat awam, terutamanya yang berpangkat pembantu tadbir atau lebih dikenali sebagai kerani, yang biasanya kita berurusan dengan mereka di kaunter, selalu menyakiti hati dan perasaan pelanggannya (rakyat)? Continue reading Sikap kerani awam di kaunter selalu menyakitkan hati

Mentaliti pelabur ASJ

Mentaliti pelabur ASJHari ni aku bukan nak promote tentang pelaburan ASJ mahupun pulangan balik pelaburan ASJ yang menguntungkan, tapi aku nak buat satu sesi luahan perasaan terhadap mentaliti pelabur-pelabur ASJ ini.

Seperti biasa, sesudah kita membuat pelaburan di kaunter, kita akan tinggalkan kaunter.

Masalahnya, ada beberapa pelabur yang selalu tertinggal barang di kaunter.

Ada yang tertinggal beg duit, ada yang tertinggal lighter, dan sebagainya.

Jap, korang tahu tak apa itu ASJ? Kalau tak tahu, teruskan pembacaan. Continue reading Mentaliti pelabur ASJ

Impak kemarahan terhadap persekitaran

Ada rupa korang macam ni tak masa marah?Arghhhh! Geramnyerrrr! (hehe ni ayat intro jer, takde kena mengena dengan aku)

Korang pernah dimarahi tak? Atau, korang yang memarahi orang lain?

Bagaimanakah rupa atau wajah atau air muka korang sewaktu sedang marah?

Ada macam gambar kat sebelah ni tak?

Marah adalah sejenis perasaan. Perasaan ini timbul apabila berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dengan kehendak, sangkaan, atau harapan, yang melangkaui daya penguasaan kawalan emosi seseorang.

Apabila perasaan tersebut meletus, ia akan memberikan impak yang besar terhadap masyarakat. Semakin berpengaruh diri seseorang itu, semakin tinggi impak yang akan dihasilkan. Continue reading Impak kemarahan terhadap persekitaran

Terengganu pun dah tak selamat

Terengganu pun dah tak selamatHah? Apa? Tak selamat? Apa yang tak selamat? Tak selamat dunia ker, tak selamat akhirat?

Ish bukanlah. Korang ni. Aku nak cakap pasal kes penculikan. Aku nak bagi tau, bukan kat KL atau Selangor jer yang terdedah dengan bahaya penculik tak bertanggungjawab ni.

Sekarang ni, penculik-penculik jahanam tu dah mula nak buat operasi kat Terengganu pulak!

Tak taulah penculik sama ker penculik baru yang baru terlepas kandang atau yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes jual budak nih! Continue reading Terengganu pun dah tak selamat