Perginya seorang bapa pembangunan

Al-FatihahBekas Presiden Indonesia, Suharto atau “Pak Harto” baru sahaja meninggalkan kita di dunia yang fana ini, kembali ke pangkuan Ilahi, kira-kira pada pukul 2 petang tadi.

Sedar tak sedar, banyak jasa yang telah beliau curahkan sepanjang memegang amanah sebagai seorang presiden bagi negara jiran itu, sehinggalah beliau digelar sebagai bapa pembangunan.

Beliau juga telah banyak memainkan peranan dalam memulihkan hubungan kejiranan Malaysia-Indonesia yang rapuh semasa pemerintahan Sukarno, suatu masa dahulu.

Walaupun sentiasa dikritik sepanjang pemerintahannya, beliau tidak pernah patah semangat dalam membangunkan tanah air yang dicintainya itu.

Setelah beliau pergi, barulah bekas-bekas rakyatnya mula sedar akan jasa baik beliau sebelum ini yang tidak terhingga dan tidak ternilai itu.

Mungkin kita pemuda pemudi di Malaysia tidak berapa terasa akan pemergiannya. Mungkin masa itu kita masih lagi si kecil yang sedang seronok bermain di laman rumah.

Namun itu semua tidak penting. Yang penting, kita harus insaf dan sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Semasa masih bernyawa, banyakkanlah berjasa. Tidak kira orang tahu atau tidak, perasan atau tidak, biarlah kita ikhlas kerana Allah.

Allah tahu bagaimana nak uruskan keikhlasan kita itu. Jangan disusahkan jika orang tak tahu yang kita buat baik. Jangan risau kalau bos tak nampak kita buat jasa padanya. Jangan bimbang kalau jiran-jirang tak perasan yang kita ni ambil berat tentang mereka.

Akhir kata, tidak kira lah korang kenal atau tidak pada Suharto. Tidak kiralah korang nak kata Suharto ni baik atau pun sebaliknya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.

Feedburner: Apa sudah jadi?

Apa sudah jadi?

Aku pun tak tau apa sebenarnya yang terjadi sepanjang 3 hari kebelakangan ni pada statistik pembaca feed Soleh.Net dari feedburner.com.

Apa itu pembaca feed? Pembaca feed ialah pembaca yang melanggan bahan bacaan Soleh.Net terus ke email mereka setiap hari, tanpa perlu berkunjung ke Soleh.Net.

Macam korang langgan surat khabar la. Tak perlu pergi kedai untuk beli dan membacanya. Mamak surat khabar tu yang akan hantar dengan motor cabuknya ke rumah kita setiap hari.

Berbalik kepada kisah feedburner aku nih. Masa itu statistik aku maintain menaik, perlahan-lahan. Aku pun masa tu menghitung hari jer dengan bangganya nak cukupkan 100. Itu adalah target pertama aku dalam tahun 2008 untuk Soleh.Net. Continue reading Feedburner: Apa sudah jadi?

Kedatangan ‘Wakil SPR’ (Penipu) ke Kampungku

Hujung minggu lalu, sewaktu duduk bersantai di kampung bersama isteri, aku terdengar suara seorang makcik memberi salam. Aku tak berapa endah, sebab mak aku ada di luar, menyambut tetamu yang datang.

Mereka berbual di luar, kadang kala lantang dan kadang kala berbisik. “Biasalah orang kampung, kalau tak bercakap hal orang tak sah,” fikirku ringkas.

Lama kelamaan, aku dengar lain macam jer bunyi di luar. Ada bunyi-bunyi perkataan mengundi, pemilih, dan sebagainya. Isteriku keluar menjenguk tetamu tadi, dengan niat mera’i tetamu.

Dari SPR katanya. Dia datang dengan tujuan nak cek nama pemilih di kawasan kampung aku tu. Aku pun keluarlah menunjuk diri. Bukan nak jadi hero, tapi aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku tak suka dengar atau percaya bulat-bulat cakap orang tanpa usul periksa.

Aku tanya dia dari mana. SPR katanya. Aku pun mintak kad kuasa SPRnya (SPR ada kad kuasa? Aku gertak jer).

“Eh eh, bukan begitu. Saya bukan kerja SPR, tapi saya buat kerja SPR,” tetiba lain pulak dah ceritanya, siap tersipu-sipu lagi, tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah aku.

Aku tanya lagi, “ni apa?” (sambil menunding jari pada kertas yang dibawanya)

Aku pegang kertas tu nak tengok, tiba-tiba dia tarik perlahan-lahan, macam takut jer. Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang dia takutkan.

Tajuk terpampang, “Daftar Pemilih Sehingga September 2007”. Aku tanya, “nak buat apa senarai ni? Bukan ker SPR tengah pamer rang daftar pemilih untuk Pilihan Raya? Gunalah rang, buat apa guna yang dah basi ni?”

“Eh eh, takde. Saje, saje jer ni.. hehehe…” balasnya tersipu-sipu, kelihatan lebih sampah menyampah daripada yang mula-mula tadi.

Aku pun terus berangkat menuju ke kereta aku. Malas aku nak layan orang macam ni. Takde kerja lain, semuanya nak menimbulkan spekulasi dan kontroversi. Kata dari SPR, padahal dari parti politik. Yang jadi mangsa, SPR jugak. (Uiks, bela SPR nampak!)

Continue reading Kedatangan ‘Wakil SPR’ (Penipu) ke Kampungku

Bila Pilihan Raya Semakin Hampir

Macam-macam perkara luar jangkaan boleh berlaku. Setiap seorang dari kita mestilah mengambil langkah berhati-hati dalam apa jua perkara yang kita lakukan, bimbang nanti mengundang padah kepada diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Orang ramai sudah mula bersikap sensitif. Kelmarin, aku ada baca satu blog, Badawi’s Site namanya, yang menghentam kerajaan, yang menghentam SPR mempersoal ketelusan, kebebasan dan keadilan SPR, yang kononnya menipu dengan meletakkan daftar pemilih tak cukup umur.

Perkara sebegini pernah terjadi sewaktu pilihan raya 2004 yang lalu, di mana parti pembangkang mempersoal integriti SPR dengan membuat tuduhan bahawa SPR menerima pemilih yang tak cukup umur, mengada-adakan pemilih yang tiada, dan sebagainya.

Tak sangka pula musim pilihan raya kali ini, putaran yang sama juga dimainkan.

Lepas aku tengok Badawi’s Site tadi, aku rasa terpanggil (kononnya) untuk siasat siapa yang betul dan siapa yang salah.

Menurut blog tadi, SPR mendaftarkan pemilih yang tak cukup umur. Ada yang (ikut IC) lahir tahun 99, 91 dan 98, siap display nombor IC lagi, suruh kita cek (bagi yang tak percaya).

Jadi aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dengan ke’terer’an aku mengejas kawan JPN aku, aku dapat trace nombor-nombor IC ni.

Ternyata kesemua mereka tidak bersalah. SPR juga tidak bersalah. Yang sebetulnya pemilih-pemilih tersebut lahir pada tahun 1899, 1891, dan 1898, bukan 19xx seperti yang didakwa. Yang lahir tahun 1899 tu pemilih berbangsa cina, dah pun meninggal dunia baru-baru ini. Sebab tu katanya, nama beliau belum lagi dipotong, sehingga tutup suku 1 2008.

Aku pun kat sini bukanlah nak bekap SPR ker, sokong SPR ker. Cuma aku rasa tak logik SPR nak buat macam tu. Orang-orang SPR pun bukannya tak tahu yang kita semua ni ada akal, boleh berfikir. Takkan lah diorang nak tipu rakyat dengan perkara-perkara yang tak masuk akal macam tu.

Bila dengar ceramah politik, memang banyak perkara kita dihasut. Sebab tu kita perlu study dahulu tuduhan yang dilemparkan, jangan mudah terpedaya. Bukan apa, aku ni malas sangat nak dengar perkara-perkara yang mengakibatkan perpecahan ni. Sepatutnya kita umat Islam ni bersatu, bukan berpecah.

Hei malas nak membebel rasanya. Kang hilang mood aku yang sedang bercuti ni. Bestnyer balik kampung jenguk ummi dan abahku serta adik-adikku di Sungai Buloh. Sambil makan free kat restoran Al-Kauthar, yang abah aku baru buka hujung tahun lepas. Sedap giler nasik lemak pagi kat sini.. (chey, promote nampak!)

Kepada pembaca semua, jemputlah datang beramai-ramai ke Restoran Al-Kauthar, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Kalau nak datang tu, kontek lah aku dulu, mana tau kot-kot aku ada kat sini lagi, boleh aku ejas diskaun.. hehehe…

Sekian, wallahu a’lam.

Nuffnang.com.my: Apa Sudah Jadi?

Nuffnang.com.my Baru-baru ni Advertlets.com buat hal. Hari ni, pada ketika ini, (dari tadi lagi) nuffnang.com.my pulak yang buat hal. Nasib baik tak redirect ke page lain. Kalo tak, bikin panas jugak dibuatnya.

Harap-harap tak berpanjanganlah perkara ini. Tadi Soleh.Net ambil masa 441 saat untuk loading. Bayangkanlah, betapa menjengkelkan. Semua ni disebabkan oleh nuffnang, di mana status bar dok asyik display ayat “Waiting for nuffnang.com.my…” pah ceroh.

So, untuk sementara waktu ni, kena buang dulu lah ‘sekejap’ ads nuffnang ni. Esok lusa ada lah tu apa-apa penjelasan dari nuffnang.