Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri – bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan – lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

  1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
  2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan.
Pandulah dengan selamat, wallahu a’lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

Advertlets.Com Bermasalah?

Hari ni Soleh.Net tak boleh diakses. Aku pun tak pasti bila jadi macam ni. Pagi ni aku cek, ada something wrong sewaktu Soleh.Net sedang loading. Terdapat satu redirect yang akan bawa pelawat Soleh.Net ke laman berbahasa cina atau korea yang aku sendiri tak boleh nak baca. Cuma apa yang aku nampak, ia seperti jualan expired domain.

Aku pun tercari-cari dari mana puncanya, sehinggalah bila aku call khidmat sokongan teknikal dari internet-webhosting.com, barulah aku dapat tahu puncanya. Dia tengok jer Soleh.Net dari tempat dia, terus dia tahu puncanya. Cekap jugak brother ni, dapat detect error dalam masa sesingkat itu. Hari Ahad pulak tu. Setahu aku hari Ahad kalau kat area selain Terengganu, Kelantan dan Kedah – Holiday..

Masalah tersebut katanya datang dari Advertlets.com. Pada mulanya aku berasa hairan juga sebab takkanlah company tu bermasalah. Sedangkan dah ramai yang dapat cek dari agensi pengiklanan Malaysia-Singapore tu. Ai, kena hack ker, atau pun dah bankrap?

Aku pun dengan nada tak berapa puas hati, mintak brother tu cek sekali lagi takut ada mana-mana script yang menyebabkan masalah ini. Dia cek punya cek, dia kata takde dah sebarang kesilapan lain.

Nak tak nak, aku pun terpaksalah akur dengan paksa rela. Aku pun try buang script Advertlets.com tu. Dan kesudahannya, berkesan! Tahniah sekali lagi kepada brother technical support internet-webhosting.com di atas kecekapan tersebut.

Bila aku try masuk Advertlets.Com, rupa-rupanya laman dia expired. Jadi diharap pihak yang berkenaan dapat beri penjelasan kepada kami. Apa pun, duit aku dalam tu tak banyak pun. Kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, aku redha jer lah. Mungkin hari ni hari dia – bisnes tak menjadi ker, modal pusingan tak sempat pusing ker, politik dalaman ker, duit tabung lesap ker. Esok lusa entah-entah kita pulak yang kena, siapa tahu? Banyak-banyakkanlah bersabar.

Akhir kata, terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada internet-webhosting.com dari SKSA Technology Sdn. Bhd. di atas kecekapan tadi.

Update: Ramai blogger lain yang kena ‘serangan’ ini, termasuklah Noorizam Shah dot com yang juga menyedari tentang permasalahan ini.

Faktor Kelembapan Streamyx dan Cara Penyelesaiannya

Sejak akhir-akhir ini, lebih kurang awal Disember 2007, aku rasa macam ada yang tak kena dengan talian Streamyx. Lembab yang amat.

Aku pun email report kat TM Customer Care, dan ini reply yang aku dapat. Aku ingat bagus jugak untuk dikongsi bersama.

Mula-mula dia bagi tau aku faktor atau punca atau penyebab kepada berlakunya sindrom ini. Antara faktor yang boleh menyebabkan isu ini adalah seperti:

  1. Kualiti wayar telefon.
  2. Jarak antara kabel di rumah anda dengan “Exchange” TM (sebaik-baiknya kurang dari 5km).
  3. Cuaca (hujan dan kilat).
  4. Kesan elektromagnet. Pastikan modem anda dijauhkan dari perkakasan elektrik seperti televisyen, radio, mesin faks, peti sejuk, penghawa dingin, lampu, ketuhar gelombang, telefon bimbit dan sebagainya.
  5. Pencapaian komputer (saiz ruang cakera keras, pemproses, RAM, program yang dijalankan secara serentak).
  6. Kesesakan internet terutamanya bagi aplikasi “online game” dan P2P.

Lepas tu pulak, aku dinasihatkan untuk melakukan langkah-langkah penyelesaian seperti di bawah:

  1. Jangan guna “splitter”/”micro filter”/mesin faks/”lightning protector”.
  2. Membuat sambungan terus dari modem ke soket dinding (Tanpa sambungan selari).
  3. “Flush” DNS.
    a) Untuk Windows 98/ME:
    – Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
    – Taip “winipcfg” kemudian klik “OK”
    – Pilih jenis network card yang digunakan oleh komputer anda
    – Klik pada butang “Release”
    – Kemudian alamat IP akan menunjukkan bacaan 0.0.0.0. dan kemudian klik “Renew All”
    – Klik “Close” untuk menutup tetingkap program
    b) Untuk Windows 2000/XP:
    – Klik butang “Start” dan kemudian klik pada “Run”
    – Taip “cmd” dan klik “OK”
    – Taip “ipconfig /flushdns” dan tekan butang “Enter” di keyboard
    – Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
    – Taip “exit” dan tekan butang “Enter” di papan kekunci bagi menutup tetingkap program
    c) Untuk Windows Vista:
    – Klik butang “Start”
    – Klik “All Programs”
    – Klik “Accessories”
    – Klik kanan pada “Command Prompt”
    – Pilih “Run As Administrator”
    – Taipkan “ipconfig /flushdns”, dan tekan “Enter”
    – Sila pastikan perkataan yang terpapar di skrin adalah “Successfully flushed the DNS Resolver cache”
    – Taip “exit” dan tekan butang “Enter’ di papan kekunci bagi menutup tetingkap program
  4. Menghapuskan ruangan “Cache” (“Temporary Files”, “Delete Cookies” dan “Delete Files”) bawah “Internet Options”.
  5. Sila ubah konfigurasi pelayar (“browser”) kepada “Default”.
    – Klik “Tools”
    – Pilih “Internet Options”
    – Klik “Advanced”
    – Klik “Restore Defaults”
  6. Sila jangan gunakan fungsi “firewall” buat sementara waktu.
  7. Menghapuskan “SSL Certificates”.
    – Klik “Tools”
    – Pilih “Internet Options”
    – Klik “Content” tab
    – Klik “Clear SSL State”
  8. Melaksanakan imbasan Windows.
  9. Sila jangan gunakan fungsi Anti-Virus.
  10. Sila jangan gunakan aplikasi P2P.
  11. Membuat dialer dan mengkonfigurasi DNS. (Preferred DNS Server: 202.188.0.133/Alternate DNS Server: 202.188.1.5).
  12. Matikan bekalan kuasa modem dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum menghidupkannya semula.
  13. 13) Matikan bekalan komputer.
  14. 14) Bacaan ujian “Bandwidth” melalui ‘Bandwidth Test Page’ kami di
    http://202.188.95.52:8080/speedometer/ . Bagaimanapun, sekiranya keputusan ujian bandwidth dibawah 70% daripada kelajuan maksimum, sila sertakan keputusan ujian tersebut dalam kilobits (kbits).

Last sekali dia bagi tau aku, kalau tak jadi jugak, bolehlah menghubungi Unit Teknikal diorang di talian 100 dan pilih “Perkhidmatan Internet” sekiranya memerlukan bantuan bagi langkah-langkah di atas.

Jadi korang semua kalau ada masalah, try dulu buat benda-benda kat atas ni. Pastu kalau tak jadi, report kat diorang, email ker, call ker, dan bagi tau semua benda-benda kat atas ni.

Yang penting, jangan biarkan diorang suruh kita buat apa-apa yang kat atas tu. Suruh diorang datang terus ke rumah korang dan buat pemeriksaan ke atas talian internet korang.

Kalau tak dapat jugak, pesanan aku, carilah pengganti Streamyx. Ikutlah nak pakai Celcom Broadband ker, Maxis Broadband ker, Jaring ker, janji puas hati.

Wallahu a’lam.

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Dalam artikel ini izinkan saya menceritakan pengalaman saya diberikan Allah anak sulung yang manja dan berpenyakit.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan-Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.

Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati, sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”.

Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini.

Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad s.a.w?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.

Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah.

Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya.

Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot.

Dia semakin sangat mudah letih. Dia hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini pula semakin maju, maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam.

Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujuk kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak.

Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu Talesemia.

Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.

Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya.

Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya.

Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah-masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun.

Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.

Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius.

Waktu itu saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.

Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama.

Arwah guru saya menasihati agar :

  1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, mee maggi, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya.
  3. Elakkan minuman bergas.
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah.
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima.
  7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya.

Sejak dari saat ini, anak saya kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu Ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.

Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia.

Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia.

Ampunilah dosa ku Ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat.

Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.

Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden.

Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Julai akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Wallahu a’lam.