Tempat Duduk Air Asia – PERCUMA?

Semalam, hari ini, esok, dan lusa adalah hari untuk anda dapatkan tempat duduk percuma penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Singapura.

Siapa-siapa yang nak gi Singapura antara 1 Februari hingga 28 Oktober ni, cepat-cepatlah buat tempahan online.

Tadi aku try buat tempahan online, saja nak tengok berapa jumlah yang kena bayar. Tempah punya tempah, kena RM114.00! Dahsyat tuu. Kat situ dia tulis RM106.00 + RM8.00 = RM114.00, tak tau apa yang dia caj banyak sangat.

Setahu aku dulu RM40.00 jer caj. So kalau tiket tu harga RM0.90, maka jadilah RM40.90. Ini sampai ratusan ringgit ni, susah nak terima nih.

Lebih-lebih lagi bagi orang-orang macam aku ni. Nak kata kaya tak kaya, miskin tak miskin, duit tu ada, tapi banyak lagi benda lain nak buat.

Dah lah perjalanan sehala pulak tu. Nak balik Malaysia balik kenalah bayar. Hei, aku rasa takde can nak gi jenjalan kat Singapura tahun ni.

Takpelah, jalan kat Malaysia pun best jugak aper… 🙂