Elakkan penyampaian dakwah yang melulu

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Definisi dakwah
Dakwah merupakan satu proses penyampaian yang biasanya dikaitkan dengan ilmu agama, yang bukan bertujuan untuk lulus dalam mana-mana ujian atau peperiksaan duniawi, sebaliknya bertujuan membentuk amalan kehidupan berlandaskan jalan yang lurus.

Tujuan dakwah
Seseorang itu biasanya berdakwah untuk satu tujuan, iaitu mengumpul bekalan kepada diri sendiri untuk hari akhirat kelak.

Secara terperinci, seseorang itu berdakwah untuk mencari petunjuk, membentuk keimanan yang kukuh dalam diri, serta untuk kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.

Kebiasaan perjalanan dakwah
Tujuan yang satu itu menyebabkan seseorang yang berniat murni itu berdakwah dengan bertubi-tubi, kepada sesiapa sahaja yang ditemui, tanpa mengira tempat dan waktu, serta minat orang yang didakwah itu terhadapnya.

Baginya yang penting dia dapat lakukan, untuk bekalan bagi dirinya. Tanpa disedari bekalan yang dikumpul akhirnya membawa kepada 2 keadaan, kekecewaan atau keangkuhan diri. Continue reading Elakkan penyampaian dakwah yang melulu