Pagi tadi aku terbaca berita gempar dari bro affuan tentang blog theme designer Malaysia yang masuk bertanding acara mencipta theme untuk wordpress.
Pertandingan yang dianjurkan oleh lunarpages ini terbuka kepada sesiapa sahaja dari seluruh dunia.
Hadiah yang ditawarkan berbentuk wang tunai sebanyak USD1,000 beserta perkhidmatan hosting 5 tahun percuma!
Percaya atau tidak, saudara kita xeroxaven dan eches telah berjaya sampai ke peringkat akhir di mana 12 design sedang dipertandingkan.
Masa aku vote tu, xeroxaven selesa berada di kedudukan ketiga daripada dua belas, manakala eches agak terkebawah dua anak tangga, di kedudukan kelima.
Kita kena berusaha untuk menyingkirkan Michal Uhrin (di tempat pertama) dan Mike Nocek (di tempat kedua).
Pertandingan telah bermula dari 22 Januari lalu dan akan berakhir 13 Februari ini.
Marilah kita sama-sama menyokong designer kita.
Jangan biarkan mat-mat saleh itu menang… 😈
Pesanan buat xeroxaven dan eches: Nanti kalo dah menang jangan lupa aku punya 25% hahaha (dengan nada dalam citer 3 abdul)
Akhir kata, bertanding, bertanding jugak. Jangan sampai tak ingat Allah. Walau macam mana sibuk pun kita, solat mesti di awal waktu. Wallahu a’lam.
P/s: Tengok AJL sekejap. Bukan ape, bila tengok AJL, esok ada lah benda aku nak tulis kat Soleh.Net ni.