Advertlets Kembali Pulih, Nuffnang Makin Rancak!

Advertlets.comTengah hari tadi aku dapat email dari Josh Lim dari Advertlets.com, memohon kemaafan dan menerangkan tentang masalah ‘domain expired‘ baru-baru ini.

Menurut beliau, masalah tersebut berpunca apabila syarikat web hosting yang bertanggungjawab terhadap domain Advertlets.com gagal dihubungi. Namun setelah bertungkus lumus berusaha, akhirnya mereka berjaya memulihkan Advertlets.com kembali seperti sedia kala. Aku rasa mungkin diorang dah tukar hosting ke syarikat lain.

Walau apa pun, akaun kita sebagai publisher masih sama dan tidak mengalami apa-apa masalah atau kerugian. Aku harap Advertlets.com akan kembali bertenaga seperti dulu. Hidup Advertlets.com!

Nuffnang.com.my Cuba Monopoli Pasaran
Nuffnang.com.my Lain pula ceritanya dengan Nuffnang.com.my. Pagi tadi aku dapat email tentang program terbarunya. Aku rasa macam diorang ni nak monopoli pasaran pengiklanan blog Asia Tenggara jer.

Mana taknya, program eksklusifnya yang dinamakan Nuffnang Glitterati ini mengenakan syarat yang agak keras (pada pendapat aku laa) untuk tackle pasaran Asia Tenggara.

Untuk menyertai program tersebut, publisher dilarang keras daripada meletakkan sebarang iklan dari syarikat pengiklanan yang berasal dari Asia Tenggara!

Program ini akan dilancarkan pada 13 Januari 2008. Untuk itu, semua blog Nuffnangers akan di-‘scan’. Jika didapati blog tersebut mematuhi syarat yang ditetapkan itu, Nuffnangers tersebut akan dilantik secara automatik sebagai Glitterati Nuffnangers.

Mungkin spot-check ini akan bermula 2, 3 hari sebelum pelancaran kot. So hati-hati Nuffnangers sekalian (kalau nak join).. Sebagai tambahan lagi, menurutnya, spot-check ini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Awas!
Barang siapa yang melanggar undang-undang, maka akan jatuhlah hukuman ke atasnya di mana status Glitterati yang ada pada akaun tersebut akan digugurkan.

Walaupun bunyinya agak keras, namun pulangan yang dijanjikan tidak kurang hebatnya. Pengiraan kadar bayaran untuk Nuffnangers Glitterati dilonjak naik antara 20% hingga 40% lebih daripada Nuffnangers biasa.

Itulah antara kelebihan besar yang aku nampak. Banyak lagi kelebihan yang akan diberikan kepada kaum Glitterati ni. Nak tahu selebihnya boleh terus ke laman webnya dengan mengklik kat sini.

Tapi bagi aku, merbahaya jugak langkah ni. Ramai Internet-Marketer (IM) selalu berpesan, “Jangan sesekali meletak kesemua telur dalam satu bakul.” Kalau jatuh bakul tu, semua telur pecah. Kalau letak kat bakul lain, mungkin kurang sikit risikonya.

Satu lagi, aku musykil ni. Macam mana pula dengan iklan-iklan yang aku buat sendiri ni, ada kesan tak? Kalau kena buang juga, alamat bankrup tak menjadi lah bisnes aku.

Nampaknya aku kena contact diorang, untuk dapatkan maklumat lanjut. Apa-apa hal nanti aku bagi tau korang.

Sekian, wallahu a’lam.