Rebutlah peluang pada kelebihan Nisfu Sya’baan

Hari nisfu sya’baan pada tahun ini akan jatuh pada hari Sabtu malam Ahad (sebaik saja masuk maghrib), 17hb Ogos 2008.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna, dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya’baan adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Continue reading Rebutlah peluang pada kelebihan Nisfu Sya’baan

Ketahui hikmah solat untuk tingkat khusyuk, kerajinan

Ibadah solat mengandungi pelbagai jenis hikmah dan rahsia. Hikmah dan rahsia ini termasuklah didikan, asuhan, faedah, dan tujuan. Amat tinggi nilainya terhadap orang yang melaksakannya.

Dengan mengetahui hikmah yang terdapat dalam solat, kita akan berasa begitu bertuah dan bahagia sekali kerana dapat menerima kurniaan anugerah solat daripada Allah s.w.t, yang merupakan ibadah yang cukup berharga.

Dengan itu kita akan mencintai ibadah ini dengan sepenuh rela hati dan bukanlah dengan perasaan berat atau merasakannya sebagai suatu bebanan.

Hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:

  1. Mengingati Tuhan, pencipta alam;
  2. Menghalang perbuatan keji dan mungkar;
  3. Melahirkan ketenangan jiwa;
  4. Mendidik akhlak mulia;
  5. Menyucikan zahir dan batin;
  6. Mengekalkan kesihatan tubuh badan;
  7. Melatih disiplin diri;
  8. Melahirkan semangat bersatu padu;
  9. Meningkatkan taraf ekonomi;
  10. Mendapat ilmu politik Islam; dan
  11. Menjadi tanda kesyukuran dan keimanan. Continue reading Ketahui hikmah solat untuk tingkat khusyuk, kerajinan

Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam II

Alhamdulillah dapat juga aku sambung tajuk ini ke bahagian II seperti yang aku janjikan dulu dalam post Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam.

Solat adalah suatu penghormatan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita di mana kita diizinkan mengadap-Nya dengan rasmi sebanyak lima kali sehari semalam.

Sedangkan dalam hidup kita seharian pun belum tentu kita dapat membuat perjumpaan rasmi dengan bos kita sebanyak lima kali, siap dengan dibolehkan pula untuk mengemukakan pelbagai permohonan dan rayuan. Continue reading Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam II

Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam

Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam

Beberapa hari lepas, kita dah bincang tentang betapa pentingnya solat. Dalam tajuk Solat itu fardhu bagi umat islam, dapat kita simpulkan bahawa selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam.

Kedudukan solat dalam Islam adalah teramat tinggi dan teramat mulia. Perkara ini telah diperjelaskan dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” รขโ‚ฌโ€ Hadis riwayat Baihaqi.

Sanggupkah kita meruntuhkan agama? Tepuklah dada, tanyalah iman.

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku nak tanya dulu. Pembaca Soleh.Net dah solat ker?

Kalau belum, pergilah solat dulu. Lepas tu jangan ke mana-mana, sambung balik baca Soleh.Net dengan penuh khusyuk dan tawadduk. ๐Ÿ˜€ Continue reading Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam

Solat itu fardhu bagi umat Islam

Solat itu fardhu bagi umat IslamDah lama aku tak menulis sesuatu yang soleh. Maklumlah, sibuk dengan bisnes menjual WP-Theme yang tak seberapa laku nih.

Hari ini, seperti yang aku janjikan semalam, aku nak menulis sesuatu yang memberi manfaat kepada kita semua.

Izinkan aku mengingatkan diri aku sendiri serta para pembaca sekalian tentang solat. Continue reading Solat itu fardhu bagi umat Islam