Ikhlas Berpuasa Itu Besar Ganjarannya

ikhlas berpuasa
Tahukah anda, sesiapa yang ikhlas berpuasa akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah subhanahu wataala. Sebagai tazkirah buat pembaca yang sudah biasa dengar, dan ilmu baru bagi yang belum tahu, marilah sama-sama kita manfaatkan.

Kedudukan orang yang ikhlas berpuasa di sisi Allah adalah sangat mulia, hinggakan Allah menyediakan pintu khas untuk orang yang ikhlas berpuasa ini ke syurga, iaitu pintu yang dinamakan pintu Rayyan.

Malaikat yang menjaga pintu Rayyan itu akan menyeru dan memanggil orang yang ikhlas berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu Rayyan yang dijaganya. Tidak ada sesiapa yang dapat melalui pintu tersebut melainkan mereka yang layak sahaja. Continue reading Ikhlas Berpuasa Itu Besar Ganjarannya