Cara istinjak najis pertengahan yang sudah kering

Beberapa hari yang lalu aku menerima sekeping email dari seorang pembaca Soleh.Net yang menarik minat aku untuk berkongsi dengan pembaca budiman yang lain.

Soalannya berbunyi begini:

Saya hendak tahu tentang bagaimana penyucian najis pertengahan (air kencing dewasa) yang sudah kering…
(Terima kasih saudara Raja Muhamad Nadzmi Raja Zainal Abidin)

Saudara,
Cara menyucikan najis pertengahan adalah sama tidak kira basah atau kering, iaitu dengan menghilangkan warna, bau dan rasa. Continue reading Cara istinjak najis pertengahan yang sudah kering

3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah

Batu sebagai salah satu alat istinjak Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.

Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.

Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat seperti batu.

Namun, terdapat 3 keadaan istinjak dimana menggunakan batu adalah tidak dibolehkan. Keadaan ini ialah:

  1. Najis cair yang meleleh;
  2. Keluar sesuatu benda yang sempurna sifatnya; dan
  3. Lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena batang zakar. Continue reading 3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah