Nama-nama orang Jepun

Korang tau tak yang orang Jepun suka buat lawak? Kadang-kadang lawak diorang tu sampai ke tahap yang kita sendiri tak boleh nak terima. Yang latest aku tengok dalam siri realiti TV, diorang buat lawak, permainan senyap di library.

Dalam library tu, meja tengah diduduki oleh 6 orang peserta. Tempat lain macam biasa, ada orang baca buku di meja, ada orang cari buku di rak buku, dan ada penjaga library yang duduk di kaunter. Macam library biasa.

Di meja tengah tadi, satu ayat dipaparkan tentang hukuman yang akan diterima oleh insan malang. Contoh ayatnya ialah seperti “Cabut bulu hidung”, “Telinga digigit oleh orang tua”, “Dipukul di punggung”, “Sedut udara busuk”, “Makan roti berkulat”, dan sebagainya. Tak ke lawak bangang macam tu? Continue reading Nama-nama orang Jepun

Lawak Basi Pagi Khamis

Akui Diri
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Siapa bodoh angkat tangan!Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.”

Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Ada yang buat tak tahu. Ada yang menggeleng kepala. Ada juga yang pandang ke belakang.

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata, “Oooh, jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?”

Pelajar itu menjawab, “Bukan, sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri.”

Erk!

Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu yer…

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Tak usah dengar cakap ayah kamu tu…Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmm… Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.

Suzy: Ha????!!!!

Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan kambing-kambingnya yang berbulu hitam dan berbulu putih.

Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya;

Pemuda: Baguskah ternakan kambing-kambing kamu? Boleh tak saya tanya beberapa soalan?
Gembala: Oh, boleh saja.
Pemuda: Berapa jauh kambing-kambing ni berjalan setiap hari?
Kambing Hitam & Kambing PutihGembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?
Gembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Gembala: Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda: Yang putih.
Gembala: Aaa… menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.
Pemuda: Dan yang hitam?
Gembala: Yang hitam pun sama.
Pemuda: (Dengan perasaan geram) Kenapa engkau membezakan kambing engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja?
Gembala: Mestilah saya beza-bezakan, sebab kambing yang putih itu adalah milik saya.
Pemuda: Ooo, begitu, fahamlah saya kalau macam tu. Habih tu yang hitam tu pulak siapa punya?
Gembala: Yang hitam pun sama, saya punya juga…
Pemuda: (bengang, geleng kepala dan berlalu)

???

Apa motif lawak basi ni?
Saja release tension pagi-pagi ni, sebelum kena marah ngan bos pasal kerja semalam tak siap lagi. Relax laa beb, bak kata omputeh – “Thank God It’s Friday” (TGIF)… esok baru hari Jumaat – kerja. Tapi kat Kelantan, Terengganu dan Kedah, esok cuti.. Yahooooo!!!

Sekian, wallahu a’lam.