Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Ok tak tajuk pos aku kali ini? Maklumlah, dah 4 hari tak menulis, rasa macam berkarat jer otak kiriku yang “penuh kekreatifan” ini. Apatah lagi jari jemariku yang halus kasar ini, rasa macam kekurangan otot jer.

Cuba perhatikan gambar di bawah ini:

Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan

Yang mana satukah tabung yang anda gunakan? Aku rasa saudara Affuan amat sesuai guna tabung nombor 6. Faris Fakri sesuai dengan tabung nombor 1. CikF=), ixora (selamat kembali dari cuti) dan nono pula mesti sukakan tabung nombor 4 dan 5.

SembangKomputer.Com yang berfikiran ke”komputer”an itu amat sesuai kalau aku nak padankan dengan tabung nombor 2 yang berbentuk empat segi macam monitor komputer. Buat Mr Ah Fa, ambiklah tabung nombor 3 yang sesuai untuk digunakan oleh pengantin baru yang baru balik honeymoon.

Korang-korang yang lain yang aku tak sebut kat sini janganlah kecik hati. Korang kenalah terima hakikat yang tabung-tabung ni tak sesuai untuk korang semua. Kih3!

Tak kiralah apa jenis tabung pun yang digunakan. Apa yang aku nak bagi tau ialah betapa pentingnya amalan menabung. Continue reading Tabunglah anda sebelum anda ditabungkan