Pengertian Mufti menurut kacamata Islam

Album puisinya bakal terbit!
Album puisinya bakal terbit!

Dengar cerita Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal meletakkan jawatannya sebagai seorang mufti setelah habis kontrak. Tepat sekali dengan minat beliau yang mendalam terhadap wadah dakwah.

Berkebetulan dengan perletakan jawatannya, izinkan aku berkongsi sedikit pandangan tentang apa yang aku faham tentang mufti.

Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan seorang mufti. Apatah lagi hendak mempersoalkan kredibiliti seseorang yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam.

Sudah sekian lama hatiku bersuara. Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak tulis lagu puisi, apatah lagi menerbitkan album.

Mufti yang sebenar ialah seorang yang diberi mandat oleh Sultan (atau Raja) sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.

Mufti adalah seorang yang memegang kedudukan tertinggi selepas Sultan. Tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa dan membatalkan fatwa.

Jika dibandingkan dengan sistem perundangan Malaysia, mufti itu sebenarnya setaraf dengan seorang hakim. Continue reading Pengertian Mufti menurut kacamata Islam