PayPal kini mesra Malaysia

PayPal semakin mesra Malaysia
PayPal kini mesra Malaysia

PayPal kini lebih mudah untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Tak pasti bila dilaksanakan, tiba-tiba jer dah boleh withdraw terus ke mana-mana akaun bank di Malaysia. PERCUMA pulak tu! (untuk RM40 ke atas).

Untuk cubaan pertama, saya telah membuat withdrawal terus ke akaun Maybank, tidak sampai 3 hari dah masuk. Lebih cekap dan hebat daripada withdrawal ke kad debit, yang biasanya mengambil masa 5 hingga 7 hari, ditambah pula dengan YURAN PEMPROSESAN sebanyak USD5! Nak dekat RM20 tuuu…

Bagi sesiapa yang nak mulakan bisnes internet, silalah menggunakan PayPal. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Boleh dikatakan hampir menyerupai NBEpay, iPay88, dsb yang bezanya cuma PayPal tidak dapat mengaplikasikan sistem perbankan online Malaysia secara terus sahaja. Selebihnya, PayPal menang. Apa tidaknya, dah lah mudah, percuma pulak tu.

Dengan kata lain, PayPal kini mesra Malaysia. Wallahu a’lam.