Kisah Nurin, Sharlinie Mesti Dijadikan Iktibar

Penculik dan pembunuh Nurin Jazlin masih lagi tidak ditemui. Kini, Sharlinie pula menjadi mangsa seterusnya. Sehingga kini masih belum ditemui.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak. Ada yang buat solat hajat. Ada yang buat pencarian besar-besaran di ladang-ladang. Kakak Sharlinie (Sharlina) pula tak henti-henti turun naik Bukit Aman untuk membantu siasatan. Poster Sharlinie pun sudah diedar di seluruh Malaysia.

Yang menyedihkan, ada juga anasir jahat yang bertindak menghantar SMS palsu yang tidak bertanggungjawab.

Licik sungguh penculik ini (kalo dia baca mesti kembang idung dia). Tapi ingat, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Sepandai-pandai kamu lari pun wahai penculik, akhirnya kamu pasti akan terima balasannya. Walau sehabis dunia kamu lari pun, Akhirat akan tetap menanti. Bertaubatlah kamu sebelum terlambat, wahai penculik.

Tidak kurang juga dengan kerajaan parti UMNO, kerajaan parti PAS, dan kerajaan-kerajaan parti-parti lain, cukup bertungkus lumus dan bekerja sama berusaha mencari Sharlinie beserta penculiknya yang tak bertanggungjawab itu.

Tahniah rakyat Malaysia atas pakatan mulia ini. Tapi masing-masing takyah lah nak cari nama. Takyah lah nak bertanding pulak siapa dapat dia terel. Buatlah kerja mulia ini dengan ikhlas.

Masing-masing ada ilmu. Masing-masing tahu erti bongkak, angkuh, menunjuk-nunjuk, menghuduh-huduhkan orang lain, dan sebagainya. Bersama-samalah kita berlumba-lumba berbuat kebaikan serta meninggalkan kejahatan.

Marilah kita semua sama-sama saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Jagalah anak-anak kita, adik-adik kita, saudara mara kita, sebaik yang mungkin. Kerana si kecil tidak akan dapat menilai seperti mana orang dewasa menilai.

Tumpukan sepenuh perhatian kita, dengan menggunakan mata dan tangan (bukan naluri semata) terhadap si kecil di bawah jagaan kita. Tolong tumpukan juga perhatian kita terhadap si kecil lain berhampiran kita, yang kadangkala penjaganya leka.

Daripada pemerhatian aku hari-hari, masih ramai ibu bapa, datuk nenek yang alpa dengan anak-anak, cucu-cucu mereka. Mereka sentiasa berasa senang, seolah-olah perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada mereka.

Pernah aku tegur seorang ibu yang sedang makan di restoran, yang membiarkan anaknya bermain di kaki lima restoran itu, sedangkan si ibu dengan lahap menikmati hidangan malamnya. Aku tanya dengan lembut tapi tegas dan direct, “Anak tu nak suruh jadi macam Sharlinie ker?”

Terus melompat si ibu, meluru mendakap anaknya, yang terkebil-kebil dipeluk dengan tiba-tiba.

Begitulah kita manusia yang selalu alpa dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Bukan nak kata sesiapa, aku sendiri pun, cukup bimbang dengan diri sendiri. Bimbang alpa dengan nikmat dan kesenangan yang Allah berikan. Sesekali nak juga ditepuk dari belakang, biar tersedak sikit. Baru sedar dari mimpi di siang hari.

Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sambil-sambil baca Soleh.Net ni, perhatikanlah gambar di bawah ini. Cuba ingat wajah-wajah ini. Kalau-kalau terselisih di jalanan, anda tahu apa yang harus dilakukan…

Ini wajah Sharlinie

Ini wajah suspek yang menculik Sharlinie

Apa yang patut anda lakukan? Terus hubungi 999 (atau 112 jika dari telefon bimbit). Tak yah ingat nombor lain, nanti kang pening, tak tahu nak pilih yang mana satu.

Sekian, wallahu a’lam.