Tips rumahtangga bahagia

Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.

Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.

Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.

Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:

  1. Sentiasa bersyukur
    Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.
  2. Kawal emosi dan bermujahadah
    Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.
  3. Muhasabah diri
    Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).

Wallahualam.

Derita yang mengundang bahagia

Terima kasih kepada Hiz yang mengirim cerita ini melalui komentarnya di post Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia. Aku pindahkan ke sini, untuk tatapan semua. Mungkin ada yang dah pernah terbaca kisah ini. Aku pun tak pasti sejauh mana kebenarannya. Yang pasti perkara baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.

Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap. Continue reading Derita yang mengundang bahagia

10 sifat calon suami yang baik

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Continue reading 10 sifat calon suami yang baik

Cara menangani bebelan isteri

Cara menangani bebelan isteriGolongan isteri memang terkenal dengan sikap suka membebel atau berleter, tidak kira pagi, petang, siang mahu pun malam.

Bebelan golongan ini ternyata lebih pedas daripada wakil pembebel lelaki tunggal negara di peringkat antarabangsa, membebel.com yang tak berapa pedas itu.

Kadangkala bebelan golongan ini tidak berpadanan pun dengan perkara yang dibebelkan itu.

Namun begitu ada satu cara yang bijak untuk menangani bebelan isteri tercinta.

Ikuti kisah di bawah ini sebagai pengajaran bagi kita sebagai suami. Continue reading Cara menangani bebelan isteri