Prokrastinasi terlampau

Prokrastinasi terlampau
Prokrastinasi terlampau - sekadar gambar hiasan.

Sungguh sukar mengeluarkan diri dari belenggu prokrastinasi

hanya itu yang mampu diucapkan oleh hati sanubariku.

Apabila perniagaan merudum, bercampur pula dengan urusan peribadi yang tak menentu, berkebetulan pula dengan kes-kes kecemasan yang hadir tanpa diundang, maka di saat itu jugalah prokrastinasi mula menjinakkan diri di dalam sanubari tuannya.

Di tengah kesibukan vs kemelesetan itu maka berbondong-bondonglah datang peluang-peluang samar yang menjanjikan kebahagiaan bersifat sementara.

Di saat itu juga rakan-rakan sebaya datang membawa pengaruh-pengaruhnya yang berbagai. Yang berkaki pancing datang membawa joran, yang berkaki lepak datang membawa alat-alat lepaknya, yang berkudis buta pun datang membawa kudis-kudisnya. Jijik aku!

Soleh.Net-ku, kerja-9-5-ku, part-time-bisnesku, keluarga-anak-isteriku, semi-D-ku, Waja-Kancil-ku, dan duniaku – semuanya menanti curahan kasih sayang dariku.

Masihkah perlu aku ber-prokrastinasi? Wallahu a’lam.