Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan

Kemuncak perayaan

Hari ini semua orang gembira. Kenduri kesyukuran diadakan di banyak tempat di seluruh Malaysia, termasuk Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, dan lain-lain.

Laungan “SPR Penipu!” sudah tidak lagi kedengaran mencucuk-cucuk lubang telingaku. Kedua-dua orang tuaku juga tidak putus-putus mengucapkan kata syukur kepada yang Maha Esa.

Kesibukanku juga nampaknya sudah semakin reda. Laporan kerja juga sudah dihantar. Bolehlah aku relaks sedikit, menyambung semula perjuanganku dalam Soleh.Net yang kucintai ini. Continue reading Berakhirnya sebuah kemuncak perayaan

Antara parti dan SPR: Siapa yang kotor?

Antara parti dan SPR: Siapa yang kotor?Sedang aku lena dibuai mimpi, aku dikejutkan dengan sekeping trackback yang berdesup muncul secara tiba-tiba.

Datang dari celahan blog afham, membuatkan biji mataku menjadi terang benderang di kala pagi yang buta ini.

Dalam luahan hati saudara Afham tentang PRU-12, beliau ada menyebut begini:

Penipuan awal oleh SPR ini sudah dapat dibuktikan dengan pelbagai isu seperti pendaftaran pengundi hantu. Ada bayi baru lahir pun mengundi.”

Oleh kerana kebetulan link tersebut terkena pada aku, izinkan aku untuk menerangkan maksudku yang sebenar dalam post tersebut, yang mungkin agak mengelirukan pembaca Soleh.Net kesayanganku ini… Continue reading Antara parti dan SPR: Siapa yang kotor?

Apa yang korang tahu tentang PRU-12?

Perang bendera, siapa paling tinggi dan besar, dialah juara!

Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dah semakin hampir. Debaran rakyat sudah mula dirasai segenap pelusuk tanah air.

Gelombang biru, hijau, merah, kuning, biru air laut, dan sebagainya, melonjak-lonjak, penuh warna warni.

Ceramah-ceramah politik bergema di mana-mana, kecuali pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kat situ mana ada orang nak buat ceramah, takde maknanya. Continue reading Apa yang korang tahu tentang PRU-12?