Antara niat dan lafaz

Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat
Sesungguhnya amal itu mestilah disertakan dengan niat

Ustaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat?
Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu?
Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya?

Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai yang masih keliru dan kurang arif tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat. Continue reading Antara niat dan lafaz

Berilmu sebelum bersolat itu wajib

Sebelum kita bersolat, terlebih dahulu kita wajib belajar dan menuntut ilmu tentang ibadah yang akan kita kerjakan, supaya nanti ibadah yang kita laksanakan itu molek dan sempurna.

Kerana jika tidak dipelajari, besar kemungkinan ibadah yang kita lakukan itu tidak sah atau rosak. Paling tidak pun, rendah mutunya. Continue reading Berilmu sebelum bersolat itu wajib