Aku Teraniaya!

Dua hari lepas, Soleh.Net telah disuspend oleh pihak hosting. Aku dituduh menjalankan aktiviti tidak bermoral, iaitu phishing site.

Pihak hosting melemparkan tuduhan kepadaku dengan sewenang-wenangnya, tanpa memeriksa terlebih dahulu. Aku agak kecewa dengan tindakan mereka.

Padahal server mereka yang dihack oleh orang luar. Pada awalnya Google dapat kesan, kemudian terus maklum kepada pihak penyedia hosting, siap dengan bahan bukti.

Kalau aku yang jadi mereka, aku tak suspend dulu. Sebaliknya aku akan klik dulu pada bukti-bukti yang disertakan dan lihat dulu sekali imbas apakah justifikasi yang boleh kita berikan.

Sebab bila aku klik, terus dapat lihat phishing itu meniru laman web luar Malaysia, yang memang tidak ada kena mengena pun dengan kita semua.

Secara logik akalnya, tidak ada sebab untuk aku buat benda tu. Itu pun kalau aku memang pandai dalam bidang hack. Ini dah lah tak pandai, luar negara pulak tu. Hish, tak masuk akal langsung!

Bila kita report, diorang sengaja melambatkan proses nak up balik Soleh.Net. Bila ditanya, tak berjawab. Apa la nak jadi.

Moral of the story:

Jangan buat tuduhan melulu, buruk padahnya.
Jangan menganiaya orang yang tak bersalah, itu zalim namanya.

Sekian, wallahu a’lam.

Adrenaline di manakah kamu?

Sekian lama kutinggalkan blog ini, dengan alasan kesibukanku yang tidak pernah pudar. Aku pun tidak tahu di manakah titik noktahnya kesibukan duniawi itu. Apa yang aku dan kamu semua tahu, Soleh.Net sudah lama tidak kubelai.

Hari ini aku cuba mencari adrenaline untuk mula mem-boost-kan penulisanku yang telah lama terhenti. Aku rasa mulai dari sekarang aku harus mula melapangkan masa untuk Soleh.Net, bukan lagi menunggu masa lapang untuk Soleh.Net.

Sesi pencarian pengganti Soleh.Net juga masih belum menemui jalan penyelesaian. Masih belum ada yang benar-benar layak untuk mengambil alih Soleh.Net secara total.

Apa pun, aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada yang mencuba. Aku amat menghargai usaha kamu semua. Mungkin buat masa ini aku akan cuba cari jalan untuk terus berusaha mempertingkatkan mutu persembahan Soleh.Net, supaya tidak lagi bersawang sebegini.

Insya-Allah dalam masa seminggu lagi aku akan datang semula dengan design baru yang lebih baik untuk membuka semangat baru dalam diriku ini.

Wallahu a’lam.

Naik taraf butang Negaraku!

Makluman Pengguna WP
Makluman Pengguna WP

Maaf, entri ini untuk makluman para blogger WordPress. Jika anda hanya nampak bahasa Jerman, dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan.

Baru-baru ini aku mendapat ilham untuk memudahkan proses paparan dan juga proses naik taraf butang Negaraku!.

Itu pun setelah Eddie NH membentuk rekabentuk butang baru untuk plugin ini melalui SembangKomputer.com.

Apa yang aku perasan, ramai yang berkenan dengan rekabentuk butang baru. Akan tetapi ada juga yang tidak mahu sebarang perubahan terhadap butang asal sedia ada.

Dari situ aku mendapat satu idea, mengapa tidak diberikan pilihan kepada pemilik blog WP itu sendiri, kan lebih baik. Continue reading Naik taraf butang Negaraku!

Soleh.Net berehat buat sementara waktu

Kerosakan teruk pada hardisk di PC saya menyebabkan perjalanan Soleh.Net tersekat, entri-entri baru tidak lagi muncul kebelakangan ini.

Kekurangan dari segi sumber teknikal menjadi penyebab utama aktiviti saya untuk Soleh.Net terhenti buat seketika.

Saya kini sedang menunggu ketibaan hardisk baru yang sedang dalam proses “warranty claim“, yang mungkin mengambil masa sehingga sebulan (mungkin lebih).

Buat sementara waktu saya menumpang PC rakan untuk menjawab serta memberi maklum balas sedikit sebanyak persoalan dan komen yang diajukan di Soleh.Net.

Oleh itu saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang melanda.

Wallahu a’lam.

Baucer PERCUMA untuk pembaca Soleh.Net

Aku ingin membuat tawaran kepada sesiapa yang KEBETULAN BERCADANG untuk pergi bercuti di Cameron Highlands bermula dari sekarang sehingga 30 November 2008.

Update: Maaf, dah habis.

Continue reading Baucer PERCUMA untuk pembaca Soleh.Net