MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, diberikanNya kekuatan untuk saya sekali lagi memulakan penulisan ini, semuga dengan rahmat, kekuatan dan hidayah dari Allah SWT, saya dapat menghabiskan penulisan untuk kali ini. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu mungkin dari salah faham diri saya sendiri, Saya memohon keampunan Allah SWT dan berdoa semuga penulisan ini memperoleh keberkatan dariNya.

Di akhir zaman ini, setelah kita ditinggalkan oleh Rasulullah selama lebih 1,400 tahun, Rasulullah meninggalkan amanatnya untuk kita mengambil pengajaran darinya. Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan tergolong sebagai hadis yang hassan dan sahih iaitu pemberitahuan daripada ‘Auf bin Malik r,a, beliau berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya, umat ku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan/puak, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka.
Lalu para sahabat pun bertanya kepada baginda: “Golongan manakah yang akan selamat itu?”
Jawab baginda: “mereka yang berada dalam ‘Jamaah’ (Al Jamaah)
Sesetengah periwayat yang lain seperti At Tabrani pula menyatakan: “mereka yang mengamalkan sunnah ku dalam jamaah (ahlul sunnati wal jamaah)
Makna jamaah itu pula adalah ‘kumpulan’ dan daripada Abu Dawuud pula menjelaskan lagi mengenai jamaah atau kumpulan ini sebagai mereka yang melaksanakan “Apa yang aku (Rasulullah saw) lakukan dan juga para sahabat-sahabatku”

Continue reading MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH SAW

INGAT MENGINGATI

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, saya mampu sekali lagi menulis dalam ruangan ini, semuga Allah SWT menunjuki kita semua jalanNya yang benar lagi lurus, AMIN

Keinginan untuk menulis ini tiba-tiba sahaja timbul apabila saya membaca surahtul Anbiya’ dan terasa wajar untuk kita kongsikan bersama-sama, saya hanya tuliskan mafhum ayat ini untuk kita hayatinya:-

92: Sesungguhnya, umat kamu ini (wahai Muhammad) adalah umat yang satu dan Aku (Allah) adalah Rabb kamu, kerana itu abdikanlah diri kamu kepada Ku

93: Dan mereka itu (umat Muhammad itu) saling bantu membantu (bertolong-tolongan, bergolong-golongan) sesama mereka, kepada Kamilah mereka diangkat kembali.

94: Barang siapa beramal soleh (melaksanakan perkara kebajikan) dalam keadaan dia itu beriman (kepada Allah SWT), maka tidaklah diingkari amalannya itu, dan sesungguhnya kami menuliskannya.

Demikianlah sifat manusia yang mengakui bahawa dia adalah umat Muhammad iaitu mereka itu adalah menjadi umat yang satu, saling tolong menolong dan bantu membantu, sering mengerjakan amalan soleh dan mereka itu beriman kepada Allah SWT. Continue reading INGAT MENGINGATI